Setelah 11 minggu berlangsung program Gegar Vaganza, semalam berakhirnya program tersebut dengan menobatkan penyanyi, Jaclyn Victor sebagai juara!
Jaclyn yang memenangi wang tunai bernilai RM100,000 itu berhajat untuk membahagikan wang tersebut kepada dua orang anaknya, iaitu Jonah Joshiah Rivera, 7, dan Molly Marguerite Rivera, 5, sebagai simpanan masa depan.
“Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini. Segala kepayahan selama 11 minggu ini berbaloi. Apa yang penonton nampak di kaca TV tak semudah yang dibayangkan.
“Dengan hadiah kemenangan ini saya hanya terfikir untuk berikan wang itu kepada dua orang anak saya untuk simpanan masa hadapan.
“Tak terfikir nak beli apa-apa lagi kerana mereka pun setakat ini dah cukup segalanya terutama mainan yang rasanya banyak dah tu.
“Jadi lebih baik duit ini masuk untuk tabungan mereka sahaja kerana sebelum ini pun apa-apa duit saya galakkan untuk mereka menyimpan,” katanya.
Ads
Selain wang tunai, Jaclyn turut menerima hadiah sebuah trofi serta percutian ke Paris.
Ads
Tiada perancangan terperinci selepas memenangi pertandincan berkenaan, Jaclyn yang merupakan seorang ibu tunggal itu memberitahu dia hanya mahu bercuti bersama anak-anaknya.
“Selepas ini, saya akan berehat dan bercuti bersama anak-anak kerana mahu luangkan masa lebih kepada mereka.
“Yelah, selama 11 minggu saya di GV9 saya kurang luangkan masa bersama mereka kerana terpaksa melakukan persiapan untuk persembahan, kongsinya.
Ads
Jaclyn berpisah dengan suami, Shawn Rivera sejak dua tahun lalu selepas lima tahun hidup bersama.
Bak kata peribahasa peribahasa bagai aur dengan tebing bila masyarakat yang hidup saling bantu-membantu. Tak perlu berkira agama dan budaya. Semua harus dibantu sama.
Begitulah yang dilakukan oleh cikgu ini. Walaupun pada mulanya bantuanya disalah erti untuk tujuan lain namun ia tidak patahkan semangatnya. Yang susah tetap dibantu halangan.
Baginya bantuan pertolongan diberi tidak kira warna kulit atau agama.
Ikuti perkongsiannya. Moga jadi iktibar untuk kita saling membantu dalama masyarakat.
SAYA BUKAN NAK TARIK DIA MASUK ISLAM, SAYA NAK BANTU SAJA.
Semalam dapat khabar dari kawan lama katanya ibu kepada muridnya kena breast cancer tahap tiga.
Ibu ini berbangsa India. Berdasarkan patung dalam rumah, aku yakin dia beragama Hindu.
Apa yang sedihnya, dia sebatang kara. Tiada sanak saudara atau adik-beradik yang tinggal berdekatan. Yang berjauhan pun dia tiada nombor contact. Terputus hubungan terus.
Cancer pula dah stage 3. Payudara sebelah kiri dah kena buang. Dan kini merebak ke tangan kiri hingga membengkak dan tak boleh angkat pun. Makin teruk keadaan dia.
Dia berpesan pada parents kawan anak dia,
“Jika aku mati, anak aku ini kau jaga lah. Aku tiada siapa-siapa”.
Sedih juga mendengarnya. Anak bongsu dia usia 10 tahun. Mereka tinggal berdua di Kg Fajar, Gombak selepas suaminya meninggal dunia masa anaknya masih kecil.
Anak ini lah yang memasak sebab ibunya tak lagi mampu memasak.
Bila sampai di rumah, aku lihat bekalan barangan dapur dah kurang.
Terus aku ajak anaknya ke kedai runcit berdekatan dan beli sedikit barang dapur untuk mereka.
Aku bertanya tentang apa bantuan yang dia pernah dapat. Katanya hanya sumbangan dari sekolah yang buat kutipan derma kilat sahaja.
Dia kerja cuci pinggan di kedai makan berdekatan. Tidak dapat bantuan JKM ke apa katanya.
Aku minta izin untuk berkongsi kisah dia dan nombor telefon dia pada umum, dia izinkan.
Jadi kawan-kawan dari NGO berbangsa India khususnya, jika kalian ada dana dan sudi bantu, ini salah satu sasaran yang boleh kalian bantu.
Hubungi sini : 01131855238 – Letchumi
Mungkin ada antara kalian yang nak jadikan anak dia sebagai anak angkat. Atau nak bantu anak ini bersekolah sampai dia besar.
Ini bukan famili Indian pertama yang saya bantu. Dah banyak juga sebelum ini termasuk kaum Chinese, pribumi Sabah Sarawak dan lain-lain.
Walau berlainan agama dan bangsa, saya bantu saja mana yang mampu. Tambah-tambah kes depan mata.
Cuma pernah saya kena marah bila bantu satu famili India ni dulu. Katanya saya bantu nak tarik dia masuk Islam. Marah komuniti India tersebut. Kena maki saya.
Kawan-kawan dari kaum India dan apa-apa kaum sekali pun, ya saya Islam. Dan dalam Islam kami mempamerkan akhlak dan sikap.
Membantu orang tidak kira kaum dan agama tetap dapat pahala. Bahkan bantu anjing pun Allah bagi pahala kat kami.
Saya pergi hulur bantuan saja. Bukan pergi ajak masuk Islam. Jika dia lihat sikap orang Islam bagus dan baik, dan terbuka hatinya untuk masuk Islam, Alhamdulillah. Jika tidak, tak mengapa. Saya tetap bantu juga.
Jangan marah-marah saya nak bantu orang. Sebab saya sendiri ada terima sumbangan dari kaum India, Cina, Kadazan, lain-lain bangsa.
Mereka yang agama Kristian, agama Hindu, agama Buddha pun ada kirim duit untuk setiap projek amal saya.
Sebab tu saya bantu apa jua bangsa dan agama yang mampu saya bantu. Nak bantu semua orang pun, tenaga saya terhad. Dana saya terhad.
Kita sama-sama bantu lah.
Yang mana marah saya dulu siap tengking dan jerit-jerit, itu nombor telefon Puan Letchumi. Kalian pergilah bantu. Tapi jika kalian tak pergi bantu pun, sebulan dua sekali mesti saya singgah juga rumah ini hantar barang dapur dan duit belanja sekolah anak dia.
Jangan risau. Saya tak suruh masuk Islam punya. Saya nak pastikan mereka ada makanan untuk dimakan dan tidak berlapar sahaja.
Kita satu Malaysia. Darah kita sama merah. Bendera sama kita sanjung. Usah gaduh-gaduh, kita semua kawan.
Saya seorang tak mampu nak tolong semua orang. Namun semua orang mampu menolong seseorang.
Begitulah.
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini pihak kerajaan membenarkan ziarah hari raya hanya boleh dilakukan merentas daerah sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa, hari ini kerajaan mengeluarkan maklumat bahawa perjalanan tersebut hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam, dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang.
“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.
“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya.
“Jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah. Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi. 20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakan sosial dalam rumah tersebut. “Bagaimana pun semua pihak masih perlu mengikuti SOP ketika beraya dengan sentiasa menjaga penjarakan sosial, pemakaian topeng muka serta amalan kebersihan diri,” ujarnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan pemilikpemilik rangkaian pasa rraya besar Mydin, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, seorang yang humble dan disayangi oleh pekerjanya.
Muat naik terbaru di Instagram rasmi Mydin Malaysia memaparkan video staff Mydin berpakat dengan isteri beliau, Datin Dr Siti Hawa untuk membuat prank sempena hari jadinya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.