
Sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad, beberapa individu telah menerima darjah kebesaran dari Baginda termasuklah selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah.
Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tahun itu meluah rasa syukur dan berkongsikan beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulis Qariah yang berusia 23 tahun ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.
Sumber: Instagram Farhatul Fairuzah
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
32 Tahun Tinggal Di Rumah Sewa, Rupanya Ini Sebab Pelakon Veteran Zulkifli Ismail Buat Begitu

32 Tahun Tinggal Di Sewa Rumah, Rupanya Ini Sebab Pelakon Veteran Zulkifli Ismail Buat Begitu
Memiliki rumah idaman sebagai tempat tinggal untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan hidup. Rumahku syurgaku. Begitulah impian setiap orang.
Namun tidak semua mampu memiliki rumah idaman lantaran syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak pemaju.
Begitulah yang dihadapi oleh pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang terpaksa memilih untuk menyewa rumah.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
32 TAHUN SEWA RUMAH
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi muat naik di instagram miliknya pelakon veteran ini mendedahkan bahawa rumah yang didiami itu sebenarnya adalah rumah sewa.
Katanya rumah sewanya itu meninggalkan banyak kenangan buat dirinya yang telah mendudukinya sejak masih belum berkahwin.
Hampir 32 tahun, menduduki rumah itu sehingga anaknya berkahwin, kini dia mengambil keputusan untuk berpindah dari kediaman itu.
32 tahun saya menyewa rumah ini. 32 tahun saya tinggal di sini, sejak berusia 27 tahun sehingga menghampiri usia emas.
Sejak masih bujang sehingga dah bermenantu. Terlalu banyak kenangan di sini.
Hari ini saya akan berangkat meninggalkannya. Salam pamitan buat rumah yang banyak berjasa ini.
RUPANYA INI SEBAB TAK BELI RUMAH
Rupanya pelakon veteran ini sebenarnya bukan suka-suka memilih untuk menyewa rumah dalam tempoh yang salam.
Menerusi komen kelihatan ada peminatnya mempersoalkan tempoh yang lama menyewa rumah. Tanpa berselidung, pelakon yang berusia 59 tahun itu menjelaskan bahawa tidak layak membuat permohonan pembelian rumah disebabkan kerjaya sebagai pelakon.
WARGAMAYA UCAPJ TAHNIAH BERPINDAH DI RUMAH BARU
Meninjau di ruangan komen rata-rata yang mengenali pelakon yang terkenal menerusi drama Gerak Khas sebagai ASP Razlanini ini meluahkan rasa kehilangannya. Bahkan ada yang menyebut akan merindui kelibatnya bersama anak di surau berdekatan dengan rumah sewanya. Tidak lupa juga, ada mengucapkan tahniah berpindah ke rumah baru.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Cukup Bekalan Sebulan. Ini Cara Nak Simpan Sayur Dan Bahan Basah Kekal Segar. Patutlah Viral.

Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tentu kita digalakkan membeli barang keperluan rumah untuk digunakan dalam tempoh yang lama. Ia bertujuan bagi memastikan ketua keluarga tidak kerap keluar.
Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kita harus tahu cara yang dan berkesan untuk menyimpan bahan dapur supaya tahan lama dan segar. Ia termasuk barangan basah seperti daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran.
Melalui seorang pengguna Twitter @anasulianna beliau berkongsi cara penyimpanan barang basah supaya tahan lama dan kekal segar. Viral hingga raih 9.7K retweet. Ikuti perkongsian.
Balik beli groceries, rehat kejap, pastu bukak lagu duduk dapur sorang2 cuci ayam, cuci ikan, packing sayur sayur. My kind of me time.
2-3 jam penat berbaloi sebab urusan masak jadi mudah, duit pun jimat sebab cara simpan betul tak cepat rosak ✨#dapoana pic.twitter.com/XEOqDaEk0X
— DAPOANA 🍲 (@anasulianna) April 12, 2020
BAHAN BASAH
Ayam ana pack 2-3 ketul satu pack untuk sekali masak. Sebelum ni buat 4 ketul tapi kalini size ayam besar. Makan jimat jimat sikit pasni. So kecikkan size. Ana dengan suami je makan laukz Anak2 biasa makan isi2 ayam buat sup,pasta or telur. Sekali beli 3 ekor dapat 13 packs.
SAYUR-SAYURAN DAN BAHAN KERING
• Sayur berdaun xbasuh terus potong2. Lapik tisu dapur dalam ziplock bag, masuk sayur2.
• Cili2 basuh, buang tangkai, lapik tisu dapur, letak cili & bawang putih.
• Halia Lengkuas Cekur Carrot simpan dalam bekas/balang isi air.
• daun2 herbs: D.limau, d.kari, d.sup, d.ketumbar, d.kunyit semua dlm ziplock/bekas simpan dlm freezer
• Labu tu ana simpan terus dalam ziplock dah seminggu masih tak berubah rupa.
• sayur2 belakang labu tu semua dh seminggu tp masih elok cantik.
• Kobis potong size kecik sikit untuk sekali masak pastu wrap pakai plastik wrap. Ana tak buat sbb plastik wrap habis pulekkk.
• Tomato simpan tempat terbuka lapik tisu dapur.
• Timun jepun ana try simpan dlm ziplock sekali sayur2 tu minggu lepas. Masih cantik sampai now.
Bawang-bawang dan kentang dalam bakul ajaaa. Biar suhu bilik and kering.
LABEL SENANG NAK CARI BAHAN MASAKAN
1. Because to some woman this is their self enjoyment to write & label their stocks.
2. Easier for me & husband to pick from the fridge. Sbb bila dah masuk dlm drawer fridge semua nampak sama
3. Jimat masa xperlu belek what you gonna cook that day. Plan menu, pick, and cook.
Mudah je kan. Peti ais pun kemas dan bersih. Malah dapat jimatkan perbelanjaan barang dapur apabil
Nak Uruskan Kewangan Dengan Bijak, Ini 9 Tips Cara Orang Kaya Urus Duit.

Siapa yang tak nak kaya. Tiada masalah kewangan dan dapat membeli apa sahaja yang diidamkan. Bak kata orang, harta turun keturunan pun tak habis.
Tapi untuk menjadi kaya ini, tentu ada caranya agar dapat mengurus kewangan dengan bijak. Bukannya bersikap boros.
Nak tahu caranya, ikuti tips yang disediakan oleh Thomas C. Corley, di mana beliau telah menggunakan masa beliau untuk belajar dari orang-orang kaya berkenaan dengan cara mereka menggunakan duit mereka yang banyak dengan bijak.
Mana tahu, dengan strategi boleh buat kita semua kaya-raya seperti mereka. InsyaAllah!
1. Ada Tabiat Merekod Setiap Duit Yang Mereka Guna
Ini sikap yang tak ramai orang ada. Kita boleh perhatikan sikap ini setiap hari dengan amat mudah.
Bila beli barang di kedai, berapa ramai yang ambil resit?
Kalau ambil pun, berapa ramai yang simpan? Atau resit itu akhirnya masuk ke dalam tong sampah?
Kalau nak jadi kaya, kita boleh mulakan dengan menanam sikap ambil tahu.
Kaji setiap pergerakan duit kita setiap bulan. Sama ada di bank atau penggunaan kad kredit.
Dari sini, kita akan perasan banyak benda yang kita bayar, tapi tak berapa penting untuk kita guna.
Contohnya seperti yuran keahlian kelab (seperti gym atau lain-lain), langganan, atau caj rahsia untuk setiap servis yang kita sedang gunakan.
2. Audit Perbelanjaan Mereka Secara Berkala
Kos perbelanjaan kerap berubah dari semasa ke semasa.
Contohnya, kos untuk bayar takaful. Ia akan meningkat atau menurun dalam satu jangka masa tertentu.
Mula kaji bayaran yang kita buat untuk perkara ini. Pilih kadar takaful yang terendah untuk rumah, kereta, dan nyawa.
Periksa bayaran untuk takaful kesihatan. Mungkin kita masih bayar perkara yang tak sepatutnya. Contohnya, takaful untuk anak-anak kita yang sudah bekerja, atau mereka sudah mula bayar takaful untuk diri sendiri, atau lain-lain.
Sama juga dengan kos seperti servis Internet atau Astro. Kaji perkara ini dan dapatkan kos yang terendah untuk servis-servis ini.
Jika perlu, boleh potong langganan ini untuk elakkan pembaziran (Info tambahan: Orang kaya jarang tengok TV).
Kita juga boleh cari dan kaji pelan telefon bimbit yang terbaik. Servis ini sentiasa bersaing dan kerap ubah pelan mereka untuk menangi hati pelanggan.
3. Beli Kereta Terpakai Yang Berkualiti
Kereta baru akan hilang nilai selepas beberapa saat ia beredar dari kedai. Ini perkara yang tak dapat kita elak.
Kita boleh hindarkan perkara ini dengan membeli kereta terpakai. 44% orang kaya suka beli kereta terpakai yang berkualiti. Ini berdasarkan daripada kajian yang Thomas buat.
Kita boleh gunakan tip ini: Mereka akan beli kereta yang tak gunakan banyak mileage. Kita cuma perlu sediakan kos untuk selenggara kereta terpakai ini (tukar tayar, minyak hitam, dan sebagainya).
Walau apa pun, ia masih berbaloi dan masih murah berbanding beli kereta baru.
4. Mereka Hargai Setiap Kupon Diskaun
Terkejut? Kajian Thomas selama 5 tahun telah membuktikan perkara ini. Ini adalah tabiat yang jimatkan penggunaan duit yang amat berkesan. 30% orang kaya akan gunakan kupon untuk beli makanan harian mereka.
Ini jelas menunjukkan mereka amat berhati-hati semasa berbelanja (dan ini tak bermakna mereka tak ada duit). Kenapa kena bayar lebih untuk makanan atau lain-lain benda, jika ada kupon diskaun yang boleh diguna?
Tak guna lebih 30% daripada gaji mereka untuk bayar kos rumah. Ramai yang sukar nak percaya perkara ini, tapi ia adalah hakikat yang terpaksa mereka telan.
Bukan semua orang kaya akan pilih untuk duduk di rumah banglo atau istana.
Kajian Thomas membuktikan bahawa 64% lebih suka duduk di rumah yang sederhana, asalkan ia selesa dan boleh tampung bilangan ahli keluarga mereka.
6. Ada Tabiat Tawar-Menawar
Ramai yang lebih rela bayar lebih untuk barangan yang dibeli. Ini adalah tabiat orang miskin.
“Padahal, kita boleh sahaja tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah,” jelas Thomas.
Orang yang ada tabiat ini boleh jadi kaya dengan mudah. Tawar-menawar adalah tabiat orang kaya yang boleh kita amalkan selalu (tapi tengok tempat. Takkan kat supermarket seperti MYDIN atau TESCO nak tawar-menawar juga?)
7. Mereka Tak Gunakan Kad Kredit Yang Tak Ada Kelebihan
Ada banyak program kad kredit yang beri kelebihan kepada pelanggan mereka.
Biasanya, program ini akan berikan ganjaran berupa point.
Point ini boleh ditukar kepada produk percuma atau lain-lain, bergantung kepada tawaran dari pihak bank.
Sebagai contoh, American Express berikan sehingga 88% pulangan untuk setiap perbelanjaan yang menggunakan kad kredit ini. Contoh lain seperti Barnes and Noble. Point yang dikumpul boleh ditukar kepada kad hadiah (gift card) secara percuma, 100% tanpa sebarang caj tambahan.
8. Ada Objektif Yang Jelas Kenapa Mereka Simpan Duit
Mereka ada satu jenis tabiat, iaitu simpan duit dalam pelbagai jenis akaun atau lain-lain bank.
Untuk ini, mereka biasanya akan asingkan duit dalam satu jumlah yang besar.
Kemudian, mereka akan bahagikan sesebuah jumlah ke dalam setiap akaun yang ada.
Sebagai contoh, katakan kita mampu asingkan 10% daripada pendapatan kita setiap bulan.
Kita boleh ambil 5% dan simpan sebagai duit persaraan kita, 2% untuk perbelanjaan, 1.5% sebagai persediaan untuk sebarang kecemasan, dan lebihan 1.5% untuk modal pusingan bisnes (ini hanya sekadar contoh sahaja).
9. Mereka Simpan Duit Secara Automatik
Kata kunci untuk perkara ini adalah: Perlaksanaan.
Kita boleh setkan agar setiap jumlah tertentu disalurkan terus ke setiap akaun secara automatik. Jumlah ini akan ditolak daripada pendapatan (gaji) bersih kita setiap bulan.
Dengan cara ini, kita tak perlu simpan duit secara manual.
Ia juga memaksa kita untuk berbelanja dengan cermat, sebab kita simpan duit dahulu dan belanja baki duit yang tinggal.
Sumber: Gila Hartanah & via www.businessinsider.com