Jualan Air Balang Laris Hingga RM60K Sebab Populariti? Youtuber Kelantan Syahmi Sazli Beri Penjelasan. Deep!

Share

Rezeki itu milik Allah. Semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain, semakin dipermudahkan rezeki buat kita. Rezeki tak pernah salah alamat. Tak pernah menyimpang sesat. Tak pernah salah orang dan tak pernah salah waktu.

Begitulah yang nikmat rezeki yang dilimpahkan kepada youtuber Kelantan ini, Syahmi Sazli yang tidak menyangka perniagaan air balangnya semasa bulan Ramadan yang lalu mencecah lebih RM60,000!

Perkongsiannya mengenai pencapaiannya itu tular di media sosial itu meraih tumpuan ramai hingga tanda suka (Likes) 90,000! Namun jauh di sudut hatinya bukan untuk menabik dada dengan apa yang diperolehinya.

Katanya muat naik perkongsiannya itu adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa persoalan yang menjadi perbualan yang tidak sedap di dengar.

Katanya lagi, ada yang mengatakannya perniagaannya laris kena popularitinya yang dikenali ramai. Namun dia menafikan dakwaannya secara berhemah. Dalam pada itu, dia turut berkongsi amalan sehingga rezekinya melimpah ruah pada bulan Ramadan yang lalu.

AIR BALANG MI

Alhamdulillah, selama 3 minggu dlm bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

Mi tak nak cerita mcm mana resepi air yg Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live yang Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.

1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”

Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”

Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”.

Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji?

Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..

 

 

 


3) “Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.

– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

– Cara diampunkan dosa dengan berzikir

i. Zikir 1: Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

ii. Zikir 2

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

– Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

– Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu Semoga bermanfaat..

Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru

Sumber: Syahmi Sazli Production

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club