Ah Kai yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang mengatakan bahawa hobi mengumpul wang lama ini bermula sejak dia masih kecil lagi dan mula serius menjadikannya sebagai bisnes pada tahun 2012.
Berkongsi mengenai bisnesnya itu, Ah Kai menjelaskan bahawa RM1 yang masih digunakan sekarang tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih terlalu banyak.
“Tapi dalam video itu, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.
“Saya tawar (nilai) dan dia bersetuju dan amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700. Tapi saya beri dia RM1,000,” katanya.
Mengulas lanjut, Ah Kai memberitahu, nombor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah, malah ia merupakan antara nombor pilihannya.
Ads
“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor ‘solid’.
“Saya ada banyak koleksi nombor ‘solid’. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina,” ujarnya lagi.
Bercerita mengenai video yang tular sehingga mendapat lebih 3.4 juta tontonan di TikTok, Ah Kai menerima gambar wang kertas RM1 dengan nombor siri lapan menerusi WhatsApp daripada seorang pemuda sebelum mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur.
“Saya pandu kereta dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan dia, dan jumpa beberapa pelanggan pada hari tersebut. Selepas itu, saya balik semula ke Pulau Pinang,” katanya.
Ads
Bagi pemuda ini, dia menganggap satu kepuasan setiap kali melakukan urus niaga dan memperoleh wang kertas lama yang menjadi pilihannya.
Setakat ini, Ah Kai mempunyai koleksi hampir 500 keping wang kertas Malaysia dan Malaya, termasuk beberapa negara lain seperti Singapura dan China.
“Saya jual juga (wang lama) tapi kepada ahli grup saja yang mempunyai hobi ini, kadang-kadang kita tukar… tukar jika saya ada lebih dan dapatkan yang belum ada.
“Memang sangat gembira apabila dapat barang yang disukai dengan harga mampu milik,” katanya lagi.
Baru masuk kereta, dah nampak anak lipas terus spoil mood nak memandu kan? Mana taknya, kang terjumpa lagi, tak ke menjerit sepanjang jalan!
Kadang bukan sebab tak jaga kebersihan pun, tapi serangga halus ni memang suka bersarang kat tempat-tempat macam ni, jadinya kita la yang jadi mangsa kena hadap kewujudan dia!
Yang mana buntu dah buat macam-macam cara tapi masih tak lari lagi ‘mahkluk’ kecil tu, haaa ni ada satu cara penyelesaian yang anda boleh ikut dari perkongsian pengguna laman Facebook, Khushairi Borhanudin untuk melenyapkan lipas kecil ni dari kereta anda!
Hanya berbekalkan RM7.90, anda boleh membunuh semua lipas dalam kereta!
“Kereta ada anak kecil macam ini la, Kinderjoy la, ‘cikedis’ la, ais krim tumpahlah. Semua di adun sebati atas seat dan lantai kereta”, tulisnya.
Keadaan itulah yang membuatkan lipas datang ke dalam kereta serta beranak pinak di dalamnya. Maka dengan itu, ia muncul dengan satu penyelesaian.
“Saya beli Fumakilla Vape ni di Speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga kali bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur”, tambahnya lagi.
Kemudian pada keesokan paginya, akan ada bangkai-bangkai lipas kecil ini di dalam kereta. “Puas hati kutip seekor-seekor”.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya jika kita lihat senario di klinik kesihatan ibu dan anak, memang payah untuk melihat kelibat seorang suami menemani isterinya. Andai ingin juga dikira, mungkin boleh dibilang dengan jari. Itu baru bab menemankan isteri, apatah lagi untuk datang sendiri ke klinik dengan menguruskan bayi kecil yang perlukan rawatan. Mungkin orang itu adalah 1000 dalam 1.
Lantaran itu, apabila seorang suami yang bernama Muhammad Taqiyyudin berkongsi pengalaman menguruskan sendiri bayinya yang demam kuning ke klinik tanpa di temani isteri, nyata mendapat perhatian warganet. Ada yang memuji dan tidak kurang juga sebaliknya. Walau apapun reaksi orang ramai, tindakan sepertinya itu wajar dijadikan inspirasi buat lelaki bergelar suami untuk lebih menghargai isteri. Sentiasa membantu isteri, meringankan beban dan apa yang penting sentiasa ada untuk isteri tercinta.
Untuk itu, jom baca perkongsian daripada seorang suami ini.
Ini gambar semalam, bawa puteri kesayangan 'cek kuning' di klinik kesihatan.
Tiba-tiba nurse tanya, "Mana isteri awak? Tak datang ke"
Dalam hati aku, aik baru bersalin tak sampai 5 hari takkan nak bawa datang. Nurse pun minta Qiey duduk dulu di ruangan menunggu
Sambil tu nurse sempat bergurau…
"Weyh, laki datang sorang-sorang dukung anak dari tadi lagi."
Nurse lagi satu pun jawab, "Fuh kalau laki aku ni memang takkan laa"
Baru Qiey sedar, ramai lelaki di luar sana yang masih belum sedar. Tanggungjawab sebagai seorang suami teramat besar, bukan sekadar pergi kerja sahaja.
Dalam tempoh isteri lepas bersalin, layanlah dia bagai bidadari. Sakitnya bersalin takkan mampu kita tanggung walau ada 'sixpack' sekalipun. Kesakitan yang teramat dahsyat itu hanya mampu ditanggung orang yang selalu kita anggap lemah.
Cubalah, ambil alih semua tugas isteri dalam masa beberapa hari lepas bersalin. Baru kita tahu betapa penatnya isteri menjalani kehidupan setiap hari. Ya, itulah isteri yang kita anggap 'tidak bekerja'.
Kerja mereka sebenarnya jauh lebih penat dari anda. Mereka tiada 'office hour', mereka juga tak boleh claim 'overtime' walau kadang-kadang terpaksa bekerja sampai pagi ketika anak sakit.
Pesan Qiey, hargailah isteri anda. Mereka bukan 'hamba abdi', tetapi mereka bukti cinta abadi.
Zaman kenaikan barang sekarang ni, alternatif nak berjimat semestinya masak sendiri dan bawa bekal. Bukan sahaja save bajet, malah makanan yang dibawa juga lebih enak dan semestinya diyakini kerana di masak sendiri.
Baru-baru ini tular seorang suami yang membawa bekal ke tempat kerja dan disakat oleh rakan kerana membawa bekal tersebut dari rumah. Dek kerana usikan itu, isterinya daripada bekalkan menggunakan bekas makanan bertukar ke bekas pakai buang seperti dibeli di kedai makan.
Menerusi YouTube mStar, pasangan bahagia yang bernama Zahratunur Ismail dan Faisal Hamzani itu berkongsi tentang kejadian dimana si suami selalu disakat apabila membawa bekal makanan ke tempat kerja. Jelas pasangan tersebut, mereka dahulunya sempat PJJ dan ini merupakan tahun pertama mereka tinggal bersama.
Menurut lelaki berkenaan, kebiasaannya dia akan membeli makanan bersama rakan-rakannya. Namun, disebabkan isteri tercinta rajin memasak, individu tersebut berasa teruja untuk membawa masakannya.
Menerusi temu bual tersebut, Zahra memberitahu bahawa tetap mahukan si suami membawa hasil air tangannya ke tempat kerja. Demikian itu, wanita tersebut ambil alternatif lain membungkus makanan dengan gaya seperti di kedai makan mahupun restoran. Jelas mereka, sama sekali tidak terlintas perasaan malu untuk membawa bekal malahan lebih kepada teruja.
Walaupun menerima pelbagai kecaman daripada netizen berikutan posting berkenaan, namun kedua-dua pasangan tersebut sama sekali tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan. Malah masing-masing hanya memandang dari sudut positif sahaja. Tambahan pula, si suami merasa bersyukur dapat tinggal bersama serta menjamah air tangan pasangannya setiap hari.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.