Minat mengatasi segalanya. Seorang lelaki sanggup membelanjakan sejumlah RM300,00 untuk memiliki seekor ikan koi berkualiti tinggi dari Jepun.

Begitulah kisah seorang penternak ikan koi (Japanese Koi) yang sanggup menghabiskan wang hasil jualan tanah untuk membeli ikan berkenaan.

Ikan berkenaan adalah dari jenis Sakai Kohaku yang dibeli di Sakai, Jepun itu antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi pelbagai pertandingan ikan koi di peringkat antarabangsa.

Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.

“Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.

“Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi lain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.

“Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya lagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor.”

Ads

Di simpan di Jepun

Jual Tanah Demi Beli Ikan Koi RM300,000, Untuk Pelaburan, Bikin Netizen Kagum!
IKAN koi Sakai Kohaku berharga RM300,000 yang dibeli Usop Cerek. FOTO Ihsan Mohd Zulkifli Husin

Bagaimana pun ikan berkenaan tidak dibawa pulang ke Malaysia bagi mengelak harganya turun dan persiapan untuk menyertai pelbagai pertandingan anjuran Jepun.

“Jika saya membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaranya.

“Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibela di Jepun dan peluang untuk menjualnya semula adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana,” katanya lagi.

Miliki 40 ekor ikan koi

Ads

Lebih menarik, lelaki itu turut memiliki kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis di kolam rumahnya termasuk, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai lebih RM500,000.

“Harga ikan koi yang diternak di kolam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan.”

Dalam pada itu, netizen bersetuju cara lelaki berkenaan yang menjadikan ia sebagai pelaburan.Harga ikan koi akan mencanak naik yang memberi pulangan lumayan.

Sumber: Harian Metro

Ads

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Jual Tanah Demi Beli Ikan Koi RM300,000, Untuk Pelaburan, Bikin Netizen Kagum!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI