Menjual rumah bukanlah terlalu sukar untuk dilakukan sendiri. Banyak juga kelebihan bila lakukan sendiri selain dapat menimba pengalaman baharu dalam jual beli rumah, malah dapat juga berjimat dalam pembiayaan kos agen hartanah. Jadi buat anda yang merancang untuk menjual rumah sendiri, bolehlah lihat dan hadam ilmu-ilmu berkaitan proses dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Hamizi Hamdan ini berkongsi ilmu tentang step pertama yang perlu dilakukan oleh tuan rumah untuk mencari pembeli. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
KALAU NAK JUAL RUMAH SENDIRI, BUAT MACAM INI
Tuan puan owner rasa nak jimat duit bayar ejen? Boleh ikut step by step ini:
1. Kalau rumah ada penyewa sebaiknya terminate sewaan, kerana susah bila ada orang tinggal dalam rumah bila nak bawa pembeli nak tengok.
Ads
2. Bersihkan rumah (buang sampah). Cuci lantai dan bilik air. Perabot lusuh yang menyakitkan pandangan perlu dibawa keluar.
3. Kalau dinding comot, catkan dengan cat putih yang baru. Cat putih senang diterima pembeli dan membuatkan ruang rumah jadi besar.
Ads
4. Jika rumah anda ada aircond dan pemanas air jangan sangka ia beri nilai (RM) yang tinggi macam unit baru. Ia adalah benda yang ‘diabaikan’. Jadi kalau tuan puan rasa ralat, buka sahaja atau kata kepada prospek pembeli, kalau mereka beli tuan puan nak buka dan pindahkan keluar. Lagipun pembeli senang beranggapan mereka beli rumah mahal kerana benda-benda ini.
5. Selepas siap dibersihkan, tuan puan kena ambil gambar. Ambil gambar secara lurus jangan senget. Pastikan pencahayaannya baik dan dalam gambar boleh nampak lantai, dinding dan siling. Ambil banyak gambar kerana bila masukkan dalam komputer nanti boleh pilih yang mana cantik. Kalau tak cukup banyak takut kena ulang ambil gambar.
Ads
6. Kemudian dapatkan market value daripada bank. Bawa geran atau S&P, bagitahu renovation dah dibuat kepada banker. Banker akan ambil masa untuk check dengan panel valuer. Kalau dia boleh jawab sepantas kilat maksudnya dia menipu.
7. Kemudian iklankan lah di internet. Mudah.my sekali iklan RM5. Seminggu kena bump sekali dua (RM5 setiap kali bump). Atau buka akaun i-Property (lebih RM1,000) atau PropertyGuru (bawah RM800) atau Propwall (RM50 satu listing). Semua berbayar. Yang free tu jin dengan syaitan je yang nampak. Nak murah lagi banner RM10 boleh juga gantung di pagar rumah.
Kematian itu suatu rahsia Sang Rabb. Sebagai umatNya, kita tidak tahu jauh sekali dapat mengetahui bilakah akan sampai masa kita. Sementelah syarat mati bukanlah usia tua dan tahap kesihatan yang kurang, sebaliknya ramai orang muda dan sihat yang telah pergi dahulu tanpa siapapun menyangka ia boleh terjadi.
Maka bersedialah dari awal. Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita kematian yang baik, Husnul Khotimah. Aamiin…
Kisah ini berlaku pada seorang anak muda yang meninggal dunia akibat kemalangan. Anak kedua dari enam beradik ini dilanda musibah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum kemalangan dengan sebuah lori.
“Jam 3:30 pagi, kami baru sampai ke rumah masing-masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi-balik dari KL ke Peserai, Batu Pahat, Johor menghantar satu jenazah remaja lelaki berusia 18 tahun yang maut akibat kemalangan.
Ayah tenang dan reda
Ayahnya memaklumkan kepada kami, anaknya itu nombor dua dari enam beradik baru saja mendapat pekerjaan di Ibu Kota dan hari ini (Selasa) sepatutnya merupakan hari pertama dia mula bekerja di situ. Namun musibah menimpa dirinya apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Semenyih. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Dari raut wajah ayahnya kelihatan sangat tenang dan sesekali mampu untuk tersenyum kecil seolah dia dapat menerima berita kematian anak lelakinya itu dengan redha.
Berbeza watak dengan si ibu yang semenjak dari awal saya bertemu dengannya tidak henti-henti mengalirkan air mata seolah mahu dihabiskan seluruh titisan air matanya itu untuk menerima kenyataan bahawa anak yang baru dilepaskan pergi dari rumah pagi itu telah pergi buat selamanya.
Sewaktu proses pengecaman mayat dibuat setelah selesai urusan bedah siasat, orang pertama yang menerpa masuk ke bilik mayat adalah si ibu. Melihat sekujur tubuh yang diselimuti sehelai kain putih, si ibu menggigil membuka helaian kain yang menutup wajah si anak. Berhamburan air mata si ibu saat menatap wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa itu.
Perlahan si ibu mula bersuara membisikkan sesuatu di telinga jasad anaknya itu;
“Syafie, pergilah Nak.. Mak redha.. Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu…”
Ibu berat hati
Setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, pasti saya segera memalingkan wajah menahan perasaan yang sedih ini. Jujur saya katakan, terlibat dalam urusan kematian bukan suatu perkara yang sukar, namun saat berhadapan dengan situasi yang memilukan sebegini, menjadi sukar bagi saya membendung emosi sendiri. Alhamdulillah semampunya dapat dikawal, cuma sesekali mengalir juga air mata ini tanpa dipinta.
Si Ayah bercerita, ketika anaknya ini hendak mula bekerja di Ibu Kota, ibunya seolah berat hati hendak melepaskannya pergi. Bagai ada suatu perasaan yang tidak tahu hendak ditafsirkan ketika itu. Ayahnya akui arwah anaknya itu seorang yang berdikari dan tidak suka membuang masa. Seusai saja menduduki SPM, dia terus mencari kerja di luar.
Kami sampai ke kampungnya di Peserai saat azan Maghrib mula berkumandang. Jenazah dibawa naik ke atas rumahnya sementara menunggu urusan solat jenazah seusai solat Isyak dan pengebumiannya.
Air mata si ayah
Alhamdulillah, masyarakat di kampung ini hadir menziarahi keluarga arwah tidak putus-putus dan ramai yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan untuk mengebumikannya.
Saat hendak melepaskan keranda anaknya ke dalam tanah, barulah kelihatan air mata Si Ayah mula mengalir tenang. Suaranya ketika berbicara pun mula berubah sebak. Sifat unik orang lelaki, selagi boleh tahan dia pasti akan menahan namun ketika perasaan sudah sampai ke kemuncak, tiada lagi yang mampu menahan titisan air mata tanda luahan perasaan yang sekian lama dibendung dalam jiwa.
Ketentuan takdir
Si Ibu pula berkali-kali meminta izin untuk menatap wajah anak kesayangannya itu sehinggalah di tepi liang kubur pun masih mahu melihat wajah anaknya itu. Begitulah kasih dan luhurnya seorang ibu yang telah mengandungkan kita di dalam perutnya dan membesarkan kita dengan susunya, namun terpaksa menerima ketentuan takdir sebegini.
Seusai mengebumikan jenazah, kelihatan si ibulah orang terakhir yang meninggalkan jejak di pusara anaknya itu. Begitu kuat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sungguh, kasih ibu membawa ke Syurga.
Duhai anak muda, hargailah ibu ayahmu selagi mereka masih ada. Mohonlah doa dan keampunan selalu dari mereka. Sesungguhnya Syurga kita ada pada keredhaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bercerita tentang nostalgia zaman kanak-kanak, mesti antara kita punya kisah yang tersendiri dan manis untuk dikenang.
Begitu juga dengan lelaki ini, berkongsi kenangan manisnya ketika zaman kanak-kanak menaiki motor Suzuki Phanter bersama ayahnya.
Kini setelah bertahun-tahun lamanya bagi mengembalikan nostalgia tersebut, anak muda ini telah lakukan tranformasi motor miliknya. Nyata usahanya ini membuatkan ayahnya cukup bahagia dan gembira.
Ini perkongsiannya.
Permulaan nostalgia motor Suzuki, ni motor abah WCQ. Motor ni abah beli anggaran tahun 94 /95.. masa tu Sham sekolah tadika lagi.
Dari kecik ke mana je dengan abah.. duduk atas tank. Bunyi moto tu sampai kenal.. bila abah balik kerje.
Moto ni memang kegunaan abah berulang alik, kerja masa tu di Taman Tun.. kira motor kesayangan.
Motor ni juga ada ceritanya yang tersendiri.. kira motor ni macam sponsor motor untuk raider.. abah dengan kawan dia (bengkel Kg Pandan) kira motor ni masuk track masa tu track Batu 3 Shah Alam. Sambil tu dapat lah abah modified motornya.
Abah guna motor tu lebih kurang 2-3 thun sebelum jual, sebab abah nak mula berniaga buat modal. Kemudian beli motor kapchai, senang bawak barang.
Abah selalu cerita kan pasal kenangan motor Suzuki phanter dia tu..bila nampak kat mana-mana mesti excited .. pastu tunjuk motor yang lalu dan kata, Wah! phanter.
2006 Abah Hadiahkan Motor
Tak silap pada tahun 2006 abah belikan Sham motor. Balik je dari sekolah terus bawak pergi kedai motor, tanpa pengetahuan mak. Mungkin excitednya macam masa dulu abah beli motor. Terus pergi kedai tempat yang sama abah beli motor Suzuki phanter. Sampai je kedai terus bayar deposit. Lepastu tu terus minta buat Phanter jerung. Keluar kedai warna putih.
Alkisahnya saya lak dibelikan motor tak pandai bawak motor clucth. Malam tu juga terus abah ajar bawa motor clucth. Ajar sampai dapat dan esoknya terus bawa pergi sekolah.(excited dapat motor baru walau tak berapa nak pandai bawak) terus pakai lepas tu tersadai 2012 sebab Sham lapor pulapol ( masuk polis dekat Sabah).
Hampir terjual motor tu.. tapi sebab sentimental value abah belikan, itu yang terus simpan hingga 2018 Sham mula restore balik moto ni.
Masa tu niat nak buat sama kaler dengan stiker motor abah.. excited pergi carik barang motor sama-sama dengan abah.
Kos buat motor ni lebih kurang 2k sebab motor banyak part ori (asal motor) Sham repaint /ganti barang baru.. Lepas tu repair enjin.
Masa motor tu dah siap.. tunjuk kat abah. Abah seronok sangat ianya betul-betul mengimbau kenangan masa dulu.. Abah seronok sangat!
Bagi Sham pula, ia sebagai satu cara Sham rewards abah. Dapat lihat senyuman dan gembirakan orang yang kita sayang itu amat berharga.
Wang ringgit kita boleh cari tapi kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit . Begitu juga dengan kenangan motor ni bagi saya amat berharga.
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dilihat mengajar ‘musuh’ tradisinya dari China iaitu Lin Dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tindakan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar rakan dunia sukannya bercakap dalam bahasa Melayu dikongsikan di dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu nyata telah mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.
Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.9 juta tontonan dan 194.9 juta tanda suka serta mendapat 3,209 komen daripada netizen.
Ajar Tiga Ayat Utama
Di dalam video tersebut di lihat di mana Datuk Lee Chong Wei memulakan dengan pertanyaan ‘Apa Khabar’ dan kemudian Lin Dan mengulangi ungkapan tersebut sambil melambai tangan ke arah kamera.
Setelah itu, ayat berikutnya pula Datuk Lee Chong Wei mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ di mana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan begitu lancar sekali.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.