Kata orang, kalau ikhlas berniaga pasti keberkatannya terasa. Allah akan permudahkan segalanya dan rezeki hadir dengan sendirinya.
Bagi seorang peniaga di Ipoh, Perak, sepanjang Ramadan ini dia telah berniaga juadah dan kuih-muihyang di ambil daripada 24 vendor.
Apa yang menariknya, setiap hari lebih 3000 kuih-muih dan juadah yang dijual dengan hanya RM 1 sahaja. Semuanya habis licin dibeli oleh para pengunjung.
Pelbagai kuih seperti lopes, kuih ketayap, cara berlauk, tauhu bergedil, koktelbuah termasuk aneka juadah seperti nasi ayam kunyit, nasi ayam merah, makaroni goreng dan kuetiau goreng yang dijual laris kerana rasanya yang enak.
Pembantu kedai Nurul Nartisa Ishak berkata inisiatif itu dilakukan agar para pengunjung dapat merasai pelbagai kuih-muih dan juadah dengan harga yang murah iaitu RM1 untuk setiap satu paket.
Setiap satu paket kuih dan juadah ini dibungkus cukup untuk seorang makan.
Jadi, bila ada yang berkeluarga, mereka dapat membeli dalam kuantiti yang banyak tanpa risau tentang harga yang mahal seperti sesetengah kedai di luar sana.
Gerai kami sudah dibuka sejak dua bulan lepas, setakat ini memang kuih-muih dan juadah di gerai kami akan habis dibeli oleh pengunjung dan rata-ratanya ada yang sanggup datang dari pekan Ipoh kerana mereka teruja dengan harga dan pilihan yang disediakan.
Ads
Nurul Nartisa yang membantu perniagaan iparnya berkata jualan agak memberangsangkan apabila mereka boleh mengekalkan hasil jualan lebih RM3,000 sehari.
Katanya lagi, dia dan pihak vendor tidaklah mendapat keuntungan yang tinggi, cukup-cukup untuk kami para peniaga mendapatkan modal pusingan daripada jualan.
Saya lebih seronok melihat para pengunjung yang hadir dapat membeli kuih-muih dan sajian makanan kami dengan harga yang murah.
Ada seorang ayah dan beberapa anaknya hadir ke gerai, ayahnya suruh pilih sahaja apa yang mereka mahu memandangkan terdapat pelbagai pilihan dan harga yang sangat mampu dimiliki oleh setiap golongan lebih-lebih lagi B40.
Bagi vendor, Siti Nur Syazlili Mohd Shafiaie berkata dia akan menghantar beberapa kuih ke gerai itu antaranya kuih lopes, cara berlauk dan pulut inti bagi membantu meringankan beban keluarga.
Ads
Setakat ini, saya seronok berniaga macam ini. Bila hantar kuih, habis. Pengunjung yang datang pun gembira dan ada juga yang datang dari jauh hampir setiap hari bagi merasai keenakan kuih kami.
Walaupun dijual pada harga yang murah, kami para vendor akan memastikan kuantiti yang dijual adalah banyak. Macam satu jenis kuih, saya perlu hantar dalam 10 paket sebab ingin pastikan ada modal pusingan.
Seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Amy berkata sudah masuk hari ketiga dia hadir membeli kuih-muih dan juadah di situ kerana banyak pilihan dan murah.
Saya datang dari Ipoh, ini sudah masuk hari yang ketiga saya hadir ke sini. Makanan di sini sedap dan banyak pilihan. Dengan harga RM1 ini saya dapat membeli macam-macam kuih, kalau saya bawa RM10, saya boleh membeli 10 paket kuih pelbagai jenis tanpa perlu berkira tentang harga.
Ads
Semoga setiap para peniaga yang berniaga di bulan Ramadan ini akan lebih dimurahkan rezeki dan berkongsi rezeki dengan yang lain.
Cara menyimpan setiap orang berbeza-beza, tetapi cara yang satu ini sangat kreatif. Walaupun sedikit amaunnya, namun hasilnya tidak mengecewakan.
Menurut Miss Watie Resaliza kaedah tersebut sudah lama dipraktikkan setiap kali suaminya memberi duit untuk membeli kuih. Baki membeli kuih tersebut dijadikan simpanan olehnya.
Menarik idea yang dikongsikan ini. Boleh cuba praktikkan ni.
“siapa igt lagi cara saya saving duit hasil dari baki belanja bli lauk.baki bli sarapan..atau bli kuih kuih.
“Husband bg duit sy g bli dan baki sy packing mcm ni…hujung bulan buka…dapat la 300-400 tgok pda baki la kan.
“Alhamdulillah..murah rezeki husband kan😁🥰🥰smoga suri2 terinspirasi ya.
Bukan semua orang dipilih untuk menerima ujian dariNya. Untunglah mereka yang terpilih untuk diuji kerana itulah permulaan dalam melatih diri sama ada reda atau sebaliknya.
Berpantang maut sebelum ajal. Demikian bagi pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek yang diuji dengan Kanser Limfoma, namun ia tidak pernah sedikit pun menghentikan kerja-kerja dakwah beliau. Sebaliknya Ustaz Hanafiah tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.
Malah, penyakit itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi. Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.
“Hadiah tidak selalunya dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakalanya dibalut dengan kedukaan tetapi di dalamnya subhanaallah, penuh dengan cahaya keimanan.”
Syukur
“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”
Jangan Stress
“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”
Never Give-up! Allah kan Ada
Merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati.
Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Lawak yang bersahaja dari pelawak popular Jep Sepahtu sememangnya menjadi tumpuan orang ramai dalam rancangan Sepahtu Reunion Live. Memiliki bakat lawak yang semulajadi, Jep sememangnya tak perlu ‘try hard’ nak buat lawak, tengok dirinya sahaja boleh membuatkan orang ketawa.
Selain dari bakatnya itu, perkara lain yang berjaya mencuri hati tumpuan pada Jep adalah caranya menjaga batas dari bersentuhan dengan rakan selebriti berlainan jantina. Walaupun dia sering menggunakan alasan ‘takut bini’ tetapi ramai yang menganggap itu hanyalah caranya mengelakkan diri dari melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang lain.
Buktinya, baru-baru ini tular satu video kompilasi gelagat Jep di laman Tiktok milik @anakpokyi ketika berlakon dalam Sepahtu Reunion Live di mana dia sedaya upaya menjaga batas pergaulannya dari dulu hingga ke musim baru ini.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memuji tindakan Jep yang cuba menjaga hati dan perasaan isterinya, Sari Yanti. Dalam masa yang sama, netizen menganggap Jep antara contoh terbaik yang boleh diikuti oleh pelawak lain semasa melakonkan sketsa lawak.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.