
Durian kini menjadi tumpuan ramai apabila banyak ada dipasaran.
Rasa dan bau yang menyelerakan menyebabkan ramai yang sanggup beli durian biarpun harga mahal!
Ia menyebabkan ramai yang ingin menjual durian.
iSebagaimana perkongsian coach Bahar bahawa ia perniagaan yang menguntungkan!
Untung Besar Jual Durian
Ya betul durian tengah musim. sana murah kat sini murah.
Tapi semalam masa berhenti makan durian terjumpa seorang abang ni. Datang dari dungun ke tangkak beli durian.
bisik-bisik dengan dia,
Rupanya dia penjual durian. Setiap minggu tiga kali datang muar beli durian. Jual kat dungun.
Jadi saya sedut ilmu bisnes dia sikit. Katanya durian ni barang orang nak makan. Jadi jangan jual mahal-mahal. Ada untung sikit, asal lepas modal jual.
Sebulan RM24K!
Setiap kali dia ke tangkak, untungnya bersih RM2000. Mungkin lebih. Sekilo ambil untung RM2-RM3 je. Tapi setiap kali trip ambil 1000kg. Jual sehari dua boleh habis..ambil lagi.
3 kali seminggu x 2000 = RM6000
RM6000 x 4 kali = 24 ribu.
Cakaplah dia dapat RM15,000 je.
Bukan ke gajinya lebih dari gaji seorang CEO.
Katanya, kalau tangkak tak ada durian dia cari kat perak. Kalau tak ada juga dia ke pahang. Katanya durian sekarang memang sepanjang tahun.
Naihatnya jangan tamak dan kena rajin. Pasti rezeki itu ada.
Sumber: Coach Bahar
Dulu RM2000, Sekarang Dah RM6000! Emas Bukan Perhiasan, Tapi Pelaburan Berguna Masa Kecemasan.

Jika dahulu barang kemas sering dijadikan perhiasan. Namun kini, barang kemas menjadi perhatian apabila nilainya menjadi lebih berganda. Ia terbukti apabila perkongsian ini menyatakan bahawa dulu nilai emasnya hanya RM2000, kini setelah 7 tahun ukar menjadi tiga kali ganda.
Menarik kan? Ikuti perkongsian ini.
Inilah buktinya barang kemas itu bukan sekadar perhiasan sahaja tetapi satu pelaburan yang sangat bagus. Dalam masa 7 tahun, Puan ini berjaya meningkatkan aset beliau sebanyak 300% iaitu 3 kali ganda (anggaran).
Jika ada yang tertanya-tanya berapa agaknya berat rantai Puan ini, tak perlu Google cari harga 7 tahun yang lalu. Hanya perlu bahagikan RM6,000 itu dengan harga emas semasa.
Katakanlah harga emas semasa dari kedai tanpa upah seperti Gull Jewellery
ialah RM267 untuk 1 gram. Ini bermakna RM6,000 / RM267 = 22.47 gram.
Bagaimana pula harganya 7 tahun dari sekarang? Bayangkan harganya juga akan naik 3 kali ganda. Tapi mungkin itu terlalu tinggi, kita cuba 2 kali ganda. Bukan ke dari RM6,000 akan jadi RM12,000? Berat tetap sama, tetapi nilainya sudah jauh berbeza.
Apa yang kita dapat dari sini? Kumpullah emas. Tak kira berapa berat pun. In Shaa Allah nilainya akan naik.
Saya tunjukkan sedikit jadual ringkas tentang nilai emas yang anda ada sekarang berbanding 7 tahun dari sekarang. Ini hanyalah satu kebarangkalian.
1 gram
2020 = RM267
2027 = RM534
5 gram
2020 = RM1,335
2027 = RM2,670
10 gram
2020 = RM2,670
2027 = RM5,340
15 gram
2020 = RM4,005
2027 = RM8,010
20 gram
2020 = RM5,340
2027 = RM10,680
25 gram
2020 = RM6,675
2027 = RM13,350
30 gram
2020 = RM8,010
2027 = RM16,020
50 gram
2020 = RM13,350
2027 = RM26,700
100 gram
2020 = RM26,700
2027 = RM53,400
Nampak tak? Kalau sebelum ini kita tak buka mata, saya harap mata anda terbuka seluas-luasnya.
Lamanya nak tunggu 7 tahun? Sebenarnya 7 tahun tu tak lama mana. Perasan tak betapa kejapnya anak kita dah masuk darjah 1? Tak lama mana.
Mulalah dari sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi. Sampai bila nak tunggu? Ada sikit duit, beli 1 gram. Ada lebih duit, beli 2-3 gram. Dapat untung perniagaan lebih, beli 10 gram. Dapat bonus lebih beli 20 gram.
Kalau boleh, amalkan 1 bulan 1 gram. Dalam 1 tahun dah 12 gram. Kalau tak boleh, amalkan 1 bulan 0.5 gram. Dapat juga 6 gram setahun. Kalau simpan duit sahaja memang cepat habisnya.
Jenis apa yang mudah nak beli? Kalau yang 1 gram tu belilah subang atau charms.
Kalau 5 gram tu boleh beli rantai tangan budget atau cincin 1 atau 2 bentuk.
Kalau 10 gram tu dah banyak pilihan dia. Pokok pangkalnya diri kita tu nak atau tidak sahaja.
Kalau sentiasa fikir : Emas MESTI perempuan. Emas HANYA perhiasan. Emas PEREMPUAN sahaja yang gila-gilakan. Memang agak susah.
Tapi cuba fikir : Emas ialah PELABURAN. Emas sangat berguna pada masa KECEMASAN.
Emas akan memberi KEGEMBIRAAN. Saya pasti para suami atau lelaki pun akan mengumpul emas.
“Saya tak suka pakai barang kemas”. Cari yang padu. Yang padu ini rekaan dia ringkas tetapi berat. Kalau tak nak pakai langsung, simpan sahaja. Bila cecah 85 gram emas yang tidak dipakai, baru wajib bayar zakat emas. Jika anda berjaya kumpul sebanyak itu, saya pasti anda sendiri sudah berjaya dan akan sentiasa berlapang dada untuk membayar zakat.
Bayangkan berapa ramai umat Islam dapat dibantu dengan RM22,695 bayaran zakat yang anda buat. Berdoalah yang kita semua akan sampai ke tahap ini suatu hari nanti.
Itu sebabnya saya buat #CabaranRM3. Dah masuk hari yang ke 94 dari 180 hari sasaran.
Dengan mengumpul RM3 setiap hari, pada hari ini anda sepatutnya sudah ada RM282 sekurang-kurangnya. Itu sudah lebih dari 1 gram. Dah boleh dah pecah tabung kalau nak dan pergi beli emas. Esok boleh mula balik. Betul tak?
Semoga dapat mendetikkan sesuatu. Ini adalah kiraan anggaran sahaja berdasarkan apa yang Puan itu beritahu dan berdasarkan harga emas semasa 2020.
Kredit: Akhtar Syamir
Sebelum Hantar Kedai Untuk Cuci Barang Kemas, Baik Lakukan Sendiri. Mudah & Jimat

Wanita dan pemakaian barang kemas dilihat memang begitu sinonim. Lantaran itu dalam memahami naluri wanita yang suka akan barang kemas, tidak hairanlah aksesori yang bernilai ini turut dijadikan antara hadiah yang istimewa oleh seorang suami untuk menghargai isterinya yang tercinta.
Manakala daripada pihak isteri pula, sewajarnya kita kenalah tunjukkan rasa berterima kasih kepada suami dengan pemberian tersebut. Paling mudah, sentiasa pakai barang kemas yang telah dihadiahkannya itu.
Pun begitu, anda perlu tahu bila barang kemas ini sentiasa dipakai dan dijadikan basahan. Lama-kelamaan warnanya akan kelihatan kusam dan juga nampak kotor kesan daripada pelbagai sebab.
Umunya tahu, kalau ingin cuci barang kemas biasanya akan dihantar ke kedai emas. Pun begitu, ada cara termudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri proses mencuci emas ini. Nak tahu lebih lanjut jom semak perkongsian daripada Maryam Empayar Gold.
[su_highlight background=”#eef0c9″ color=”#ecc71f”]Cuci Emas[/su_highlight]
Bahan-bahan:
Sabun pencuci pinggan
Berus gigi (baru)
Lemon (kalau takda pun takpa)
Langkah demi lanngkah :
- Rendam barang kemas di dalam air panas bersama sabun pencuci pinggan dan lemon, sekurangnya setengah jam.
- Sental, gonyoh barang kemas anda dengan menggunakan berus gigi, sental semua bahagian, depan belakang dan bahagian dalam nya.
- Bilas guna air paip.
- Rendam sekejap dalam air panas dan keringkan dengan kain bersih.
Tadaaaa, hasilnya sangat nice. Barang kemas kembali berkilat macam baru beli.
Rupanya Tak Perlu Tunggu Start Kerja, Umur 14 Tahun Dah Boleh Jadi Ahli KWSP. Nak Daftar Pun Mudah, Guna Kiosk Je!

Sebut tentang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), pasti ramai yang tak tahu bahwa umur mencarum bukanlah ketika mula bekerja. Sebaliknya umur 14 tahun sudah boleh menjadi ahli.
Perkongsian lelaki yang menggunakan akaun facebook Mo Ameen boleh dijadikan rujukan yang mana, dia telah mendaftar dua orang anaknya sebagai ahli. Lebih memudahkan, proses pendaftaran tersebut hanya dibuat di kiosk sahaja tanpa perlu beratur di kaunter.
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022.
i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela. Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.
Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna 😃😃. Sekian!!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja #KWSP #SimpananShariah #iSaraan
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club