
Semalam kecoh di media sosial kontroversi hutang RM1 juta, aktres terkenal, Rozita Che Wan.
Pada hari yang sama pada malamnya dia tampil menjual baju terpakai secara langsung di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi siaran langsung itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju terpakai miliknya serta ahli keluarga.
Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.
Meninjau diruangan komen siaran langsung berkenaan, Che Ta dilihat tidak menghiraukan komen-komen terbabit serta hanya fokus terhadap barang jualannya.
Ujarnya, jualan baju-baju berkenaan adalah untuk mengosongkan rak di premis miliknya.
Terdahulu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah menyerbu kediaman Rozita di Kota Damansara berikutan pelakon tersebut didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Selain membuat penilaian harga, pelbagai barangan peribadi bernilai hampir RM100,000 milik pelakon itu turut disita sementara menunggu proses lelongan yang dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
Sumber: Tiktok Che Ta & Sinar Harian
Cara Neelofa ‘Groceries Shopping’ Raih Perhatian Mak-Mak

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, selebriti, usahawan, dan ikon fesyen terkenal di Malaysia.
Dikenali bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia hiburan, tetapi juga kejayaannya dalam bidang perniagaan, Neelofa kini semakin menonjol dalam peranannya sebagai seorang ibu.
Setelah bergelar ibu, kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga, dan terbaru, dia berkongsi pengalaman membeli barang keperluan di pasaraya, mencuri perhatian ramai dengan gaya keibuan yang semakin terserlah.
Neelofa menerusi perkongsian di Instagram (IG), video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan sedang mengambil bahan-bahan makanan kering dan basah.
Apa yang menarik perhatian, Neelofa turut menggunakan dua buah troli untuk kelengkapan bahan-bahan tersebut siap disusun kemas.
Biasalah, bila mak-mak masuk grocery, niat asal nak beli beberapa barang je, tapi akhirnya macam-macam masuk dalam troli. Dari barang dapur, keperluan rumah, sampai kudapan anak-anak semua diborong!
Apa yanh buat netizen terkejut, bukan sahaja troli tetapi resit pun jangan cakaplah, panjang berjela!
Meninjau diruangan komen meluahkan teruja melihat bekas pengacara meletop itu membeli barang dapur
Sumber: IG Neelofa
Jangan Buat Main! Zakat Fitrah Tak Sah Jika Makan Beras Basmathi, Bayar Kadar Beras Biasa

Jangan buat main mengenai hal zakat ni. Tidak sah zakat fitrah seseorang individu yang memakan beras mahal (beras basmathi) namun membayar kadar zakatnya berdasarkan beras biasa.
Sekiranya memakan beras mahal wajib seseorang itu membayar zakat berdasarkan apa yang dimakannya.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh ppenceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya memakan beras mahal wajib seseorang itu membayar zakat berdasarkan apa yang dimakannya.
Katanya, jika seseorang itu makan beras mahal dan juga ada ketikanya makan beras murah, maka kena lihat yang mana dia lebih banyak makan.
Watch on TikTok
Bagi mengetahui hukum tersebut, menerusi laman website Pusat Zakat Selangor menjelaskan bahawa bayaran Zakat harus mengikut beras yang dimakan oleh ahli keluarga berkenaan.
Muat naik perkongsian yang dipaparkan di website berkenaan dapat memberi penjelasan dengan lengkap.
1. Apakah maksud “Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan”?
Bermaksud bayaran zakat fitrah adalah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga.
2. Apakah hukum dan dalil galakan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?
Hukum adalah sunat dan dalil galakan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.
“Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra : Sesungguhnya kami di zaman Rasulullah SAW memberinya (membayar zakat fitrah) satu sha’ dari makanan yang dimakan, satu sha’ dari kurma. (Sahih Bukhari)
3. Kenapa kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?
Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.
Firman Allah SWT
*Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya”.
(Al Baqarah 184)|
4. Bolehkah saya membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7.00 walaupun saya berkemampuan untuk membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan?
Dibolehkan kerana keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 12 Disember 2017 menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah untuk tahun 1439H/2018M adalah sebanyak
RM7.00 seorang.
5. Bagaimanakah kaedah kiraan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan?
Rujuk jadual zakat fitrah mengikut harga beras yang telah disediakan oleh pihak LZS “Diri dan Tanggungan”.
6. Berapakah bayaran zakat fitrah sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar
RM7.00 atas sebab kesihatan?
Kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum iaitu RM7.00.
Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
Afdal – Waktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
Makruh – Setelah selesai solat sunat hari raya.
Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Kadar Zakat Fitrah mengikut negeri
Berikut dikongsikan kadar bagi bayaran zakat fitrah yang diwajibkan bagi umat Islam untuk tahun 2025 mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Sumber: Zakat Selangor
Demam Virus Tak Kebah-kebah Lebih Seminggu, Lelaki Ini Kongsi Penawarnya

Isi Kandungan
ToggleDemam virus tak kebah-kebah lebih seminggu, lelaki ini kongsi penawarnya. Demam virus atau dikenali sebagai viral fever adalah sejenis keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Demam Virus Tak Kebah-kebah Lebih Seminggu, Lelaki Ini Kongsi Penawarnya
Penyakit ini sering berlaku apabila tubuh diserang oleh pelbagai jenis virus yang menjejaskan sistem imun. Walaupun ia bukan penyakit yang jarang berlaku, gejalanya boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.
Punca Demam Virus
Demam virus biasanya disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan atau organ lain dalam badan. Penyebaran virus boleh berlaku melalui:
*Sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti.
*Udara, seperti melalui batuk atau bersin.
*Kontaminasi permukaan atau objek.
Gejala Demam Virus
Beberapa gejala biasa demam virus termasuk:
*Demam tinggi: Suhu badan yang meningkat mendadak.
*Sakit kepala: Rasa berdenyut atau sakit di kepala.
*Sakit badan: Ketidakselesaan dan keletihan di seluruh tubuh.
*Sensasi terbakar di mata: Rasa pedih atau panas di mata.
*Loya dan muntah: Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan perut.
Gejala-gejala ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti tubuh.
Rawatan Dan Ikhtiar Alternatif
Walaupun rawatan perubatan adalah kaedah utama untuk mengawal demam virus, beberapa kaedah alternatif boleh dijadikan ikhtiar tambahan. Salah satu petua tradisional yang popular adalah menggunakan bahan semula jadi seperti garam kasar, lada hitam, dan limau nipis.
Berikut perkongsian daripada Tok Janggut’s
Bahan-bahan yang diperlukan:
Garam kasar – secukupnya untuk merendam kaki.
Lada hitam – tiga genggam (sebaiknya gunakan yang berkualiti).
Limau nipis – tujuh atau sembilan biji.
Cara-cara penyediaan dan penggunaan:
- Campurkan semua bahan tanpa menambah air.
2. Perah limau nipis dan masukkan kulitnya sekali ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam kaki ke dalam campuran ini.
4. Gosokkan kaki sehingga garam hancur dan sebati dengan air perahan limau.
5. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ayat Kursi sebanyak sembilan atau sebelas kali.
Dengan izin Allah, perubahan ketara boleh dirasai selepas mencuba kaedah ini. Sekiranya anda merasakan sensasi seperti kaki melecur akibat terkena api, segera dapatkan bantuan daripada perawat rawatan Islam. Jika tiada masalah, Alhamdulillah, ia dipercayai mampu membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.
Amalan Tambahan
Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan meminum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut. Minumlah sebanyak dua hingga tiga biji air kelapa muda sehari.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar, manakala penyembuhan sebenar datangnya daripada Allah SWT. Semoga petua ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang mengalami demam virus. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan ini untuk manfaat bersama.
Sumber: Tok Janggut’s
Baca artikel lain juga: Bila Suhu Badan Anak Demam Makin Tinggi. Ini Antara Tanda Jangkitan Influenza Yang Kena Tahu. Doktor Ini Jelaskan Cara Nak Elak Virus Ini
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my