kalau kat rumah, stok makanan paling mudah nak sediakan semestinya roti. Tak payah susah-susah, sapu jem ke planta ke makan gitu je. Settle!
Tapi.. Kadang-kadang bosan juga kan kalau saja gitu je. Apa kata tukar selera sesekali buat menu macam ni pula, iaitu Roti Horns Mini Inti Ayam Krispy dari Cik Puan Julieta
. Mesti anak-anak suka!Sja buat utk anak² makan ” Roti Horns Mini”, sya guna roti gardenia, isi ayam dan serbuk roti.. Ibu buat, last ibu juga yg x sempat makan..Update resepi..😉
Resepi Roti Horns Mini
Bahan-bahannya :-
6 keping roti gardenia
2 biji telur pukul manja
Serbuk roti – secukupnya
Isi ayam – potong memanjang celup tepung bistari kemudian goreng.
Mayonis & sos cili
Corrot- parut halus
Daun salad
Sedikit tepung gandum- cmpo sedikit air utk lekat kan roti
Cara-caranya :-
1. Roti di potong bahgian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3
2. Then sapu larutan tepung pada sisi roti kemudian gulung menjadi bentuk horns pastu tekan² sikit supaya roti melekat.
3. Celup roti dalam telur dan salut serbuk roti , pastikan bahagian dalam juga bersalut then goreng sehingga menjadi kuning keemasan…
4. Isi bahagian tengah dgn isi ayam, corrot dan salad.. Kemudian paipkan sos n mayonis okey dah siap…