Journey Bersama 3 Orang Anak Tunai Umrah, Ibu Ni Kongsikan Tip Agar Tak Meragam Di Sana!

Share

Jika dilihat ramai ibu bapa hari ini selesa merancang untuk menunaikan umrah bersama keluarga di musim cuti sekolah. Walau pun harga pakej yang ditawarkan agak tinggi, namun itu semua tidak menghalang tujuan tersebut.

Pun begitu, tidak dinafikan ada juga ibu bapa masih teragak-agak untuk membawa anak yang masih kecil menunaikan umrah kerana bimbang kesukaran yang bakal dihadapi sepanjang berada di sana. Umpamanya membayangkan anak meragam, menangis, demam dan macam-macam hal di sana sudah cukup membantutkan niat untuk membawa si kecil bersama.

Meredakan gusar di hati, cubalah baca tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Sabrina ini yang telah pun melalui pengalaman membawa anaknya mengerjakan umrah, bukan seorang tapi tiga orang yang masih kecil iaitu berumur 5 tahun, 3 tahun dan Setahun.

Semoga melalui perkongsian ini akan memberi inspirasi untuk ibu ayah yang lainnya membuat keputusan terbaik dalam mengerjakan Umrah di masa akan datang.


UMRAH JOURNEY : 2 TIPS PENTING PERLU IBU BAPA TAHU BAWA ANAK KECIL SEUSIA 1,3 DAN 5 TAHUN

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar

“Eh tak susah ke bawa anak anak ni datang sini”

“Payah kan bawa budak budak”

“Budak budak ni tak meragam ke”

Ini di antara kata kata yang kaksab hadap dari mula nak pergi dan sepanjang dalam flight yang mengambil masa 8 jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah

Dengar dari pengalaman orang lain, kita perlu cari yang memberi pandangan positif sahaja, sebab dari situ minda kita akan di set kan, alhamdulillah dari mula nak buat keputusan daftar nama untuk menunaikan umrah kaksab dah sungguh-sungguh positif

“Boleh ni bawa depa, nanti umi nak angkut Muhammad Ismail Mahdi pi tawaf dan masuk hijr ismail, nak bawa iffat Mifzal bergambar depan Kaabah, nak bawa isma Madihah di raudhah masjid nabawi

Alhamdulillah mudahnya lahai, apa yang telah di set dalam minda dari mula betul-betul terjadi tau… Sebab itu visualisasi dibawah pemikiran separa sedar, fikiran yang positif, kata kata baik dan doa itu perlu

Alhamdulillah hari pertama dari Malaysia terus ke Jeddah selama 8 hari di Makkah segalanya dipermudahkan Allah, berpeluang masuk selama sejam di kawasan hijr ismail di kala kesesakan jemaah yang sangat ramai, maklumlah musim sejuk/musim cuti sekolah yang semestinya menjadi pilihan jemaah untuk turun menunaikan umrah di Makkah.

Baki 4 hari di Madinah pula diuji dengan demam yang melanda namun, Allah permudahkan perjalanan kaki menjejak raudhah bersama anak anak dengan sangat sangat mudah dan lapang perjalanannya

Alhamdulillah banyak sangat Allah mudahkan, macam nak cerita banyak lagi, tapi tak pe sesiapa yang nak detail tentatif dan tip boleh je pm InsyaAllah nanti kaksab kongsikan ya secara detail, semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaatnya dan Bolehlah kita bantu mereka mereka yang mencari cari tips ini

Ada 2 tips yang penting kaksab nampak sesuai di praktikal kan bila nak travel jauh dan bagi menyesuaikan anak anak dengan keadaan untuk terbang dalam tempoh yang lama

1) Sebelum terbang beri masa untuk anak anak menikmati masa masa mereka seperti bawa ke taman di sekitar KLIA (beri mereka ruang berlari lari, bergelak ketawa, makan kenyang-kenyang)

2) Selesai cukupkan yang pertama, bawa ke tandas, tukar lampin, cuci muka dan beri mereka pakaian bersih (tips iffat, isma dan ismail lena di sepanjang penerbangan 8 jam)

Ekstra tip
Lain-lain tips pastikan anak anak kenyang dan gembira bagi memastikan mereka tidak meragam, jadi perjalanan yang kita rancang pasti berjaya huheeee senang kata lebih mudah bawa anak anak yakni “rezeki” kita ini bersama.

“Sebaliknya jika tidak bawa sangat sangat lah rugi tau.. Tiada istilah bawa anak anak susah, sebaliknya kalau kita seorang diri lagi susah uiiii bermacam ujian akhlak kau akan di uji (ini yang kaksab perhatikan terjadi) okay lah semoga bermanfaat tau”-Sabrina

sumber : Sabrina Tajuddin