Jom Uji Tahap Kesihatan Kewangan Keluarga. Lelaki Ni Tunjuk Cara Nak Kenal Pastinya!

Share

Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak  tahu cara mengukurnya yang sebenar.

Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.

Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan

Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya?

Macam mana nak kira?

Contohnya si A ada;

Pinjaman Peribadi: RM330
Ansuran kereta: RM560

Gaji bersih: RM1850

Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:

RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%

Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi.

Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi.

Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya.

Gambar: AKPK

Sumber : Amir Syahir