Andai ditanya bagaimana tahap kewangan keluarga kita pada masa ini, adakah stabil atau sebaliknya? Tentu ada yang sekadar mengagak dan tidak tahu cara mengukurnya yang sebenar.
Diharap melalui perkongsian daripada Amir Syahir ini dapat memberi pencerahan dan sekali gus kita sedar dimana tahap kesihatan kewangan kita.
Jom Semak Tahap Kesihatan Kewangan
Bagaimana tahap kesihatan kewangan korang?Amat baik? Baik? Kurang baik? Ataupun bahaya?
Macam mana nak kira?
Contohnya si A ada;
Pinjaman Peribadi: RM330
Ansuran kereta: RM560
Gaji bersih: RM1850
Bayaran Balik Pinjaman (Ansuran Bulanan Dengan Bank) / Pendapatan Bersih X 100:
RM330+RM560 / RM1850 X 100= 48.11%
Jadi, si A dalam kedudukan kurang baik. Si A harus berhati-hati jika mahu buat hutang lagi.
Si A juga kena pastikan membuat hutang adalah untuk membina aset dan bukannya untuk liabliti lagi.
Jadi macam mana dengan korang? Harap tidak dalam keadaan bahaya.
Gambar: AKPK
Sumber : Amir Syahir
“ Suami Meninggal 2 Minggu Sebelum Ulang Tahun Pertama Kelahiran Anak. “ Sedih & Down, Namun Pesanan Arwah Reda & Jadi Orang Islam Yang Baik Pegangan Mualaf Ini!
Kisah penghijrahan wanita bernama Nur Amiraa Lee ini cukup syahdu. Bukan mudah rupanya untuk dia menjadi saudara baru. Pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilaluinya.
Islam itu indah subahanallah, dek kerana ingin tahu, Amiraa sanggup pergi kursus untuk saudara baru dan setiap kali itulah dia mengajukan soalan untuk mendapatkan lebih kepastian. Setiap jawapan memang meyakinkan danitu membuatkan dia bertambah yakin untuk memeluk islam. Namun, keputusan tersebut nyata membawa perubahan dalam keluarganya.
Pertama kali buat ibu menangis
Malah, penghijrahannya juga menyebabkan ibunya, Chong Moi, 64, yang bersusah payah membesarkannya menangis dan sedih kerana dia rasa seolah-olah kehilangan seorang anak lagi.
“Saya memang anak mak yang tak pernah buat mak menangis. Itu kali pertama saya buat dia menangis. Sebab dia sedih kerana seolah-olah saya lain. Tapi saya cakap dengan mak Islam bukan begitu. Tetapi sebab saya tak cukup ilmu dan kekuatan tetapi ibu sangat memahami.
“2009 saya ambil keputusan peluk islam dan awalnya family tak boleh terima kerana 22 tahun hidup bersama mereka dan buat semua benda sebagai family. Tentunya mereka rasa seolah-olah saya macam tak nak jadi ahli keluarga, tapi itu tak tepat kerana selama 9 tahun jadi saudara baru, saya masih tinggal dengan mak yang belum peluk islam.
“Cuma ada perubahan selepas peluk Islam termasuklah menutup aurat. Awalnya rasa susah tapi saya nak buat juga. Keluarga juga rasa tak seronok. Saya tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga guna. Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu.
“Mak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama. Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu.
“Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,”,” jelas Amiraa yang masih tinggal bersama emaknya dan mendoakan moga syurganya itu mendapat hidayah kelak.
Suami meninggal sakit Leukimia
Bukan hanya keluarga, malah Amiraa juga berhadapan dengan ujian paling besar bila mana suami tersayang, Mohamad Norasyrul Nordin meninggal dunia akibat leukimia atau kanser darah pada Disember 2012.
“Siapa sangka arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya. Inilah dugaan paling berat saya lalui selepas kami mendirikan rumah tangga pada 2010.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memang Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
Akui Amiraa, Allah uji dia (arwah) dengan sakit tapi Allah ampunkan semua dosa-dosanya.
“Arwah dapat lafaz dua kalimah syahadah apabila arwah dijemput oleh Allah. Kita belum tentu lagi dan apabila saya melihat orang yang diuji dengan ujian yang dahsyat reda, jadi kenapa pula saya tidak reda, saya reda dan patut reda.
‘Malah, saya tetap ingat pesanan dari arwah. Dia minta saya jadi orang Islam yang baik kerana Allah. Dia cakap kalau kita niat dan buat sesuatu kerana Allah, insyaAllah sampai bila-bila kita akan kekalkan niat tersebut dan kita akan buat sesuatu kerana Allah.
Dulu saya pelik tengok banyak benda yang Orang Islam kena buat itu ini tapi mereka tetap gembira dan cepat terima hakikat kalau apa2 yg berlaku termasuklah Move on. Itu yang membuatkan saya jadi tertarik untuk mengenali lebih dekat tentang Islam,”ujar Amira lagi.
Tidak mudah tapi tak mustahil kerana menurut Amira tiada yang mustahil bagi Allah dan sebagai umatNya kena sentiasa yakin dan usaha sahaja. Paling penting dia mahu Allah memandangnya dengan gembira dan mendapat redhaNya.
Kisah Penghijrahan -Amira Lee Abdullah
'Pada mula-mulanya kakak tak faham kenapa kena pakai tudung,Kakak marah. Dia kata ramai orang Islam tak pakai tudung dia pun Islam tapi tak pakai juga..' Jom dengarkan kisah penghijrahan Amira Lee Abdullah dari sebelum beliau memeluk Islam. #IndahDihati #CeritaIndahDihati
Posted by Zayan on Friday, 19 October 2018
Sumber: IG amiraannlee
“Time Sakit Tak Nak Jaga Ibu Bapa, Masa Dah Tiada Datang Menuntut Pula.” Deep Perkongsian Ini
Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita perlu menghormati mereka kerana merekalah tempat kita bergantung harapan semasa kecil. Adalah menjadi tangungjawab kita untuk membahagiakan ibu bapa walaupun ibu bapa uzur. Malah ketika ibu ayah sakit atau uzur anaklah yang harus menguruskan semua bukannya berebutkan harta benda semata. Jom semak perkongsian Firdaus Shakirin ini. Moga bermanfaat bersama.
Pesan kat adik-beradik…
Bila dah besar, dah ada keje, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dgn nama sendiri…
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnt…jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nnt bahagian kita lebih dr adik beradik yg lain ke, jgn pikir, jgn berharap…jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nnt bila xdpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt2 “hak” kita…
Hak apa yg kita nak? Hak apa yg kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita2 kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa2 dr mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan…tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”…
Time sakit xnak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.
Moga kita menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa.
13 Tahun Kahwin, Hadiah Biasa-Biasa Jer Tapi Itulah Membahagiakan Pasangan.
Sambutan ulang tahun perkahwinan tidak semestinya kena hadiah mewah tapi hadiah yang dihargai pasangan.
Begitulah yang diamalkan oleh pasangan bahagia ini yang baru menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 13.
Baginya yang penting hidup bahagia dan tenang bersama pasangan bukan meraih perhatian orang lain.
Ikuti perkongsian ini.
Hari ni anniversary kami. 13 tahun hidup bersama kami dah masuk fasa “couple tua” dah . Dua-dua sudah mamahami perangai masing-masing.
Contoh kalau nak beli hadiah, saya tak akan beli barangan aksesori wanita. Walaupun purse dia dah buruk macam ni dia bukan excited kalau bagi hadiah purse.
Dia suka guna barang yang sama lama-lama.
Barang kemas pun di tak suka. Tak pakai langsung walaupun satu. Anak-anak perempuan follow mama diorang, zero barang kemas.
Alat mekap juga sama. Lama dah tak ada barang mekap. Dua bulan lepas je terpaksa beli gincu dan bedak compact sebab TV3 nak datang shooting kat rumah. Minat natural beauty.
Alhamdulillah hidup simple dan tenang bila tak perlu nak impress orang sekeliling dengan material. Ada orang cakap mereka rasa dipandang rendah kalau tak pakai barang kemas mahal, tak pakai pakaian branded, nampak tak kaya.
Tapi Widyana Ali terbalik. Dia pakai baju rm20 tapi orang cakap harga ratus-ratus. Tak pakai benda mahal dan barang kemas tapi orang tetap pandang tinggi sebab dia memang tinggi.
Sebenarnya tak perlu nampak kaya, tak perlu nak impress orang. Yang penting kaya jiwa, ini kekayaan yang sebenar.
Kalau nak bagi hadiah kena pergi Ikea. Yang ni dia suka. Tapi sekarang PKPB. Tunggu anniversary tahun depan ye baby haha.
Sumber: Mohd Yazid Ismail