Musim Cuti Sekolah sinonim dengan aktiviti sunat atau khatan bagi memenuhi salah satu tuntutan ibadah yang disyariatkan dalam Islam. Alhamdulillah tahun ini, Bintang Kecil dengan kerjasama HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH telah mengadakan satu acara berkhatan beramai-ramai iaitu Program Jom Sunathon Bintang Kecil pada 10 Disember 2022.
Upacara yang signfikan dalam fasa kehidupan seorang lelaki ini disertai oleh 30 orang kanak-kanak berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Bermula dengan perarakan masuk peserta yang diiringi paluan kompang dan bunga manggar menggamatkan suasana majlis. Tidak dengan itu, seterusnya acara pemotongan pulut kuning dan gimik bersiram yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak menjadikan majlis Jom Sunathon begitu istimewa.
Wajib Baca : ‘Tak Takut Kena Potong.’ Anak Cina Ini Mendapat Pujian Ramai Kerana Berkhatan
Apa yang menarik dalam acara Jom Sunathon ini adalah penyertaan dari peserta non-muslim yang secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan mengenai kebaikan berkhatan kepada bangsa lain.
Editor Bintang Kecil, Encik Kim Rahim serta Puan Wan Erni yang merupakan Editor Pengurusan Family And Parenting, Nu Ideaktiv Sdn Bhd mengucapkan tahniah kepada semua kanak-kanak yang menyertai acara ini dan sangat berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan memberikan kepercayaan serta sokongan kepada kami dalam mengadakan aktiviti sebegini.
Selain itu, ucapan penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan Hospital Islam Az-Zahrah atas jalinan kerjasama ini. Semoga kerjasama di antara kedua pihak ini dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan.
Mesti Baca :
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club