Bila ada anak remaja ni, mesti ibu ayah faham fenomena mereka yang sukakan acara berbentuk digital apatah lagi yang melibatkan pelbagai aktiviti interaktif dan sebagainya.
Untuk anak-anak yang sukakan acara sebegini, bolehlah galakkan mereka untuk ke Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: LEVEL UP PLAY beserta acara baru CREATORS XPO KL yang diumumkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini.
Dari 13-15 September 2024, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang ikonik akan menjadi tuan rumah untuk sambutan meriah ini bagi kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara dan seterusnya.
Tahun ini, MYDCF memperkenalkan jenama baru iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.
Agenda Utama:
Pertandingan dan perlawanan E-sport, PC & Mobile yang mengujakan
Kejohanan Permainan Kad Terbesar dari jenama terkemuka.
Zon permainan interaktif yang menampilkan permainan, perkakasan, dan perisian terkini.
Persembahan dan Aktiviti Animasi Malaysia yang pasti memukau.
Pencipta kandungan digital dan influencer paling popular.
Acara ini juga akan menampilkan dewan pameran yang luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.
Ads
Para pengunjung akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.
Jangan Lupa Ke Booth SeeNI dan KLIIK!
Di dalam Dewan 7 pada 13 hingga 15 September ini, booth SeeNI dan KLIIK akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta bermacam-macam hadiah untuk korang bawa pulang.
Ads
Antara yang paling mencuri tumpuan adalah sudut podcast yang akan dilangsungkan di sana serta uji bakat Drama Pendek SeeNI pada 14 dan 15 September dari jam 3 petang hingga 5 petang bagi korang yang ingin mempamerkan bakat lakonan terpendam.
Hiburan Tanpa Had, Dapatkan Tiket Sekarang
Nikmati hiburan pentas tanpa had, dari konsert mini yang memukau hingga persembahan Vtuber yang mangasyikkan dan perayaan cosplay yang meriah. Temui pelbagai barangan rasmi berinspirasikan kandungan digital dan pelbagai koleksi lain, serta jelajahi pameran komik terbesar dari artisan terkenal tempatan. Penglibatan dalam aktiviti gamifikasi boleh mendapatkan barangan eksklusif MYDCF, peluang penyertaan untuk pertandingan, serta cabutan bertuah.
Ads
Tiket bagi peserta terawal kini boleh didapati di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off. Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dapat dilupakan.
Seronoknya, Macam-Macam Acara Menarik Ada!
LEVEL UP PLAY adalah komponen acara Business to Consumer (B2C) bagi Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) untuk meraikan konten digital terbaik yang dihasilkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & Global.
Pameran, Demo dan Pelancaran Permainan Digital
Pameran Permainan Indie Terbesar di Asia Tenggara (Taiwan, Australia, Hong Kong, Malaysia)
Pameran dan Aktiviti Animasi Terkenal Malaysia
Bushiroad Expo 2024
Pameran, Demo dan Jualan Permainan PC
ACER Liga Predator 2024
MLBB Junior Cup 2024 dan PUBGM Pertandingan Terbuka
Kejohanan E-Racing Antarabangsa 2024 dan Kejohanan e-Football Pocket
Persembahan Pentas Tanpa Henti dari mini-konsert, Vtuber, dan aktiviti cosplay
Jualan Pelbagai Mainan & Merchandise dengan harga istimewa
Pameran komik terbesar dari artis terkenal tempatan
Sertai aktiviti gamifikasi untuk memenangi merchandise rasmi
Setelah empat tahun menyepi, jurassic sekali lagi membuat kemunculan dengan lebih banyak watak dan jenis dinasour untuk menjadi tatapan peminat spesis dinasour ini!
Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic.
Empat tahun setelah Isla Nublar dihancurkan pada filem Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), dinasour telah terlepas ke seluruh bahagian bumi dan hidup bersama manusia.
Kewujudan semula dinosaur di muka bumi yang wujud secara bersama-sama akan menyaksikan era baharu masa depan dalam Jurassic World : Dominion, dan menimbulkan permasalahan di mana mereka juga berburu mangsa di habitat yang sama dengan manusia.
Jadi, agak-agaknya mampukah dua hidupan ini duduk ‘sebumbung’ di dalam kawasan yang sama? Kalau nak tahu, jom sama-sama ajak ahli keluarga saksikan Jurassic World : Dominion bermula 9 Jun 2022 di pawagam berdekatan anda ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penularan wabak Covid-19 secara global telah memberi impak kepada politik, ekonomi, agama dan sosial dengan begitu drastik dan mencemaskan.
Rentetan itu, pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kendiri dengan duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP adalah norma baru dalam masyarakat.
Cakna dengan tanggungjawab sosial, baru-baru ini Majalah Keluarga telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti secara virtual sehingga berjaya menarik perhatian ramai.
Aktiviti E- Keluarga Gader, Ceriakan Hati Dengan Buat Roti Jala Viral ini telah disertai 60 orang peserta. Lebih istimewa, kali ini Majalah Keluarga berkolaborasi dengan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) di bawah Biro Kesenian & Kebudayaan.
Terima kasih diucapkan kepada Naib Presiden PABJ merangkap Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail yang juga dikenali sebagai LadyRose serta Penasihat Biro Kesenian & Kebudayaan PABJ, Mohsen Hasbollah yang merupakan antara insan-insan yang menjadi tulang belakang yang merealisasikan kerjasama ini.
Tidak lupa dengan sokongan daripada Pengerusi PABJ, YBhg Dato Dr Sudin Haron, Setiausaha PABJ YBhg Dato Ray Imran, exco-exco dan ahli-ahli persatuan yang menyokong program ini.
Roti Jala Viral
Roti jala adalah antara kuih traditional yang masih popular sehingga ke hari ini. Cuma bezanya dulu roti jala cuma berwarna kuning, kini mengikut pelbagai warna tema majlis supaya nampak lebih menarik.
Tenaga pengajar, Noorul Huda Binti Ayob atau dikenali sebagai Cikgu Huda memberikan penerangan cara membuat roti jala secara kreatif yang mudah tapi cantik. Malah beliau juga memberi beberapa tip dan petua agar bancuhan roti jala menjadi lebih sempurna.
Akhir program para peserta dapat melihat hasilnya resipi yang dipelajari pada hari berkenaan iaitu kek roti jala dengan corak bunga rose. Siapa sangka makanan sebegini boleh dijadikan sebagai karya seni!
Aktiviti lain
Untuk memeriahkan lagi program ini, turut diadakan cabutan bertuah serta soalan kuiz dan sesi soal jawab. Program ini berlangsung pada 28 Ogos lalu pada jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Program ini mengunakan aplikasi Slido dengan yuran penyertaan dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang.
Antara soalan kuiz
Cabutan bertuah
Program ini juga disiarkan secara LIVE menerusi FB Majalah Keluarga yang mendapat perhatian warganet.
Program E Keluarga gader bulan september.Jom daftar sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mengikuti filem Despicable Me, mesti anda mengenali si kecil comel berwarna kuning dan berbaju jeans, iaitu Minions! Kini mereka kembali dengan pelbagai aksi yang mencuit hati dan pastinya anda yang menonton tidak akan kering gusi melihat telatah mereka.
Untuk filem terbaru Minions : The Rise of Gru ini, pengarahnya Kyle Balda membawa penonton menyelusuri watak Gru ketika masih kecil iaitu berusia 12 tahun.
Tatkala kanak-kanak lain mempunyai pelbagai cita-cita menarik bila meningkat dewasa seperti polis, doktor, guru dan sebagainya, lain pula dengan Gru yang lebih memilih untuk menjadi seorang penjahat!
Malah, cita-citanya bakal tercapai apabila sekumpulan orang jahat paling licik dan digeruni The Vicious 6, memanggilnya datang untuk temuduga sebagai salah seorang ahli mereka.
Agak-agaknya, berjayakah Gru untuk menyertai kumpulan penjahat yang menjadi idolanya itu? Nak tahu, kena lah tonton Minions : The Rise of Gru di pawagam berdekatan anda bermula 30 Jun 2022!
Eh jap, yang paling menarik dalam filem ini, terdapat beberapa perkataan bahasa melayu yang disebut oleh Minions tau! Antaranya terima kasih dan nasi goreng. Menarik kan? Haa tunggu apa lagi, jom tempah tiket wayang Minions : The Rise of Gru sekarang juga!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.