Bagi anda yang suka memasak, pastinya tauhu adalah pilihan utama untuk dicampurkan bersama sayur yang anda goreng lebih-lebih lagi yang mementingkan masakan secara sihat.
Tauhu adalah salah satu makanan yang penuh dengan protien dan berkhasiat. Namun penjualan tauhu dipasaraya sering dikaitkan dengan isu halal bagi umat islam.
Jadi bagi penggemar-penggemar tauhu, jangan risau. Resipi yang kami kongsikan ini sangat mudah dan menjimatkan.
Resipi dan cara membuat tauhu ini telah dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana tauhu homemade ni.
Alhamdulillah.. jadi juga tauhu keras kali ini. Buat sebelum ini tak jadi.. hahaha.. gembiranya hari ni!..
45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
CARA MEMASAK TAUHU HOMEMADE
Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya. Masak susu soya hingga mendidih.
Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
Ads
Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak
Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
Ads
Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang mengambil langkah untuk memfailkan kebankrapan terhadap pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau Che Ta, bersama anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, selepas gagal melunaskan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta yang tertunggak sejak tahun 2017.
Tiada siapa yang mahu hidupnya diuji dengan dugaan sebesar ini. Di sebalik kemelut yang berlaku, pasti berat untuk Cha Ta dan anaknya memikul beban ini, apatah lagi dengan pandangan serta tekanan daripada masyarakat.
Dalam pada itu, tindakan tersebut adalah langkah susulan oleh MARA selepas selebriti itu gagal menyelesaikan hutangnya selama tujuh tahun, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran termasuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.
Difahamkan, pinjaman MARA sebanyak RM960,000 itu dibuat oleh syarikat milik Rozita, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, bertindak sebagai penjamin.
Menurut maklumat, pada Julai tahun lalu, MARA telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Rozita dan anaknya. Namun, notis tersebut terpaksa ditarik balik pada bulan lalu akibat isu teknikal sebelum tindakan Writ Penyitaan dan Penjualan (WSS) ke atas harta milik pelakon itu dilaksanakan pada Selasa lalu.
Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan kebankrapan kali ini hanya akan dihentikan jika Rozita membayar sepenuhnya pinjaman itu susulan MARA tidak lagi memberi pelanjutan tempoh pembayaran hutang terbabit selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenainya.
Beliau berkata, tindakan itu adalah proses sama yang diambil MARA terhadap mana-mana peminjam yang enggan atau gagal melunaskan hutang mereka seperti terkandung dalam perjanjian ditandatangani selepas pelbagai pemudah cara pembayaran diberikan.
“Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang MARA mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah memberi tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.
“Tiada siapa boleh menghalang tindakan MARA ini kerana ia perintah mahkamah. Sebenarnya, kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan.
“Ini kerana MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang, malah sebelum sebarang tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘ihsan’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir diambil pihaknya jika semua usaha dilakukan MARA untuk pembayaran semula pinjaman tidak diendahkan peminjam dan ketegasan ini bagi memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula.
Beliau berkata, MARA sebelum itu sudah membuka pintu rundingan supaya penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika mereka menghadapi masalah.
“Bagaimanapun, bagi kes pelakon ini, saya difahamkan dia tidak memberi kerjasama sepatutnya, malah kes berlarutan lama kerana banyak kali mahkamah ditangguhkan kerana dia membuat pertukaran peguam,” katanya.
Mengulas serbuan dibuat di rumah Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya, Asyraf Wajdi berkata, ia susulan alamat yang tertera pada perjanjian ditandatangani dengan MARA membabitkan rumah berkenaan.
“Nilai sebenar barangan yang disita dari rumah itu pula hanya diketahui selepas lelongan dibuat nanti. Setakat ini, jumlah itu jauh lebih rendah daripada hutang sebenar yang perlu dibayarnya kepada MARA,” katanya.
Jumlah pinjaman RM960,000
Sementara itu, sumber berkata, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat di MARA Selangor dengan pelakon itu dan anaknya sebagai penjamin, selain simpanan tetap RM80,000 dijadikan cagaran.
Bagaimanapun, katanya, simpanan tetap itu sudah dicairkan MARA sebelum ini.
“Tidak dinafikan pelakon itu pernah beberapa kali memohon untuk mengurangkan bayaran pinjaman dan membuat penjadualan semula, tetapi selepas itu dia senyap begitu saja.
“Penghakiman terhadap Rozita dan anaknya dibuat mahkamah pada Mei tahun lalu. Peguam Rozita juga ada menghubungi MARA tetapi arahan yang diterima ialah pelakon terbabit perlu melunaskan hutang itu sepenuhnya,” katanya.
Sumber berkata, antara barangan yang disita di rumah Rozita pada Selasa lalu termasuk sebuah kereta, perabot, kasut dan peralatan rumah.
Katanya, mereka hanya menunggu tarikh daripada mahkamah untuk melakukan lelongan barangan berkenaan yang akan ditentukan kemudia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengacara terkenal, Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan yang terletak di Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu.
Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Dynas melalui laman Instagramnya.
“Ketentuan Ilahi. Alhamdullilah seorang bayi perempuan untuk kami.” Ujarnya melalui kapsyen di IG.
Ini merupakan anak keempat Dynas dan anak kedua bersama suaminya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din selepas dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil yang kini berusia 3 tahun.
Terdahulu, Dynas dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Khya Khalyssa yang berusia 12 tahun dan Mohamed Haqaish yang kini berusia 9 tahun melalui perkahwinan terdahulu.
Setiap orang akan menghadapi cabaran yang besar dalam kehidupan. Seperti ada pasang surutnya, kita pasti akan melalui satu rentetan dugaan yang besar untuk dilalui.
Namun ianyanya bergantung pada cara kita menyelesaikan masalah tersebut. Siapa yang putus asa pasti akan melakukan sesuatu yang tidak dijangka.
Seperti yang tular di aplikasi Tiktok, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dari Malaysia bertindak untuk menjual organ dalamanannya demi untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar.
Mungkin di antara kita akan mengatakan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana menjual organ dalaman adalah sangat berisiko kepada pemberinya lebih-lebih lagi ia melibatnya nyawa.
Melalui video tersebut, lelaki itu telah berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang.Bagaimanapun selepas membuat pemeriksaan lanjut, doktor mendapati buah pinggang lelaki itu tidak sesuai untuk digunakan kerana dia merupakan seorang perokok tegar dan ada kemungkinan buah pinggang itu akan mendatangkan masalah kepada ‘pembelinya’ pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, ‘pembelinya’ menawarkan harga yang lebih murah iaitu sebanyak(SGD30,000/~RM99,756) daripada harga pasaran semasa, SGD60,000-SGD100,000 (~RM199,512-RM332,520) namun permintaan itu telahditolak oleh lelaki tersebut.
Dalam satu videonya yang terbaharu, dia menjelaskan keputusan dibuat itu bukanlah sebab dia ‘pemalas’ dan tidak berusaha untuk mendapatkan kerja bagi meraih pendapatan seperti yang didakwa oleh segelintir netizen.
Sebaliknya jawatan yang pernah dipegangnya dahulu, sebagai seorang ketua pegawai eksekutif telah menyebabkan banyak majikan takut dan kurang yakin untuk mengambilnya bekerja bagi jawatan yang lebih rendah daripada kelayakkannya.
Netizen yang menonton video-video yang dikongsikan mendoakan lelaki itu dipermudahkan urusan dan dapat mengatasi masalah yang membelenggunya pada ketika ini.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.