Sebut sahaja Nasi Kerabu pasti sudah terbayang kesedapan dengan aneka sayurnya yang pelbagai ditambah pula dengan deretan lauk pauknya yang sememangnya cukup sedap.
Bagi membangkitkan lagi selera masyarakat Malaysia, Secret Recipe turut sama menyediakan juadah berbuka puasa dengan menampilkan sekali lagi menu Nasi Kerabu sebagai sajian utamanya.
Menariknya, menu “Jom Berbuka” dengan Nasi Kerabu sebagai hidangan utama ini merupakan tahun keempat bersama Secret Recipe.
Sajian enak ini boleh anda dapati bermula dari 8 Mac lalu hingga 9 April ini. Secret Recipe menjemput seisi keluarga dan orang ramai untuk berbuka puasa di restoran mereka bagi menikmati cita rasa asli Nasi Kerabu yang disediakan dalam set hidangan.
Ads
Tambah enak dengan keaslian nasi berwarna biru, yang terhasil daripada bunga telang, disajikan dengan sayur segar dan lauk sampingan lain seperti telur masin, sayur segar, keropok ikan, sos kelapa, sambal dan sos budu untuk memberikan tekstur dan perisa yang beraneka lagi lazat.
Paling istimewa pastinya pelbagai pilihan lain seperti Ikan Saba Kunyit Bakar, Sotong Goreng Kunyit dan Ayam Percik atau Ayam Goreng Rangup.
Ads
Bukan itu sahaja, tambah lengkap dengan hidangan minuman yang menyegarkan seperti Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz. Kesemua ini didatangkan pada harga hanya RM49.80 (set untuk 2 orang) dan RM94.80 (set untuk 4 orang). Memang berbaloi dan menjimatkan.
Ads
Tak lengkap hidangan tanpa menikmati kek Chocolate Indulgence sebagai manisan pencuci mulut! Kek ini boleh didapati dalam saiz 6.5 inci (berat 1kg) di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung Malaysia, pada harga RM88 untuk dibawa pulang dan RM96.30 untuk makan di restoran.
Kek bersaiz baharu ini sesuai dikongsi bersama keluarga kecil atau pasangan muda, yang boleh dipotong empat hingga enam potongan kek.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati cita rasa unik dan kekayaan budaya menu Ramadan Secret Recipe sepanjang Ramadan ini. Jom sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puding jagung memang enak dimakan sejuk-sejuk. Tekstur puding jagung yang lembut bergedik dan tak muak dimakan antara kriteria penting pudingjagung yang menjadi kegemaran ramai.
Resipi puding jagung perkongsian Muhammad Ali memang sesuai untuk dicuba. Bukan sahaja bahannya tidak banyak, cara membuatnya juga tak susah mana pun. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
Resipi Puding Jagung Lembut Bergedik
Bahan-bahan:
4 cawan air
1 tin susu cair
10gm serbuk agar-agar
180gm gula
3 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan kordial jagung
1 tin jagung manis creamy
1 tin jagung manis (optional)
1 sudu kecil garam
Loyang saiz 8 inci
1.Masukkan air, serbuk agar-agar, gula, susu cair, tepung kastard dan tepung jagung ke dalam kuali.
2.Kacau sebati dulu semua bahan biar sebati. Kemudian barulah hidupkan api perlahan.
3.Masukkan juga jagung manis creamy, kordial jagung. Sebatikan.Kacau adunan hingga mendidih.
4.Semasa mendidih, biarkan selama 1-2 minit kemudian barulah tutup api.
5.Seterusnya masukkan garam dan sebatikan.
6.Jika suka, masukkan jagung manis. Kacau lagi.
7.Tuang adunan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum sedia untuk dipotong dan dinikmati.
INFO: Resipi Puding Jagung ini memang lembut dan kena kendalikan dengan berhati-hati kerana ia menggunakan agar-agar.
Empunya resipi menggunakan agar-agar kerana kurang menggemari tekstur kasar bila menggunakan tepung kastard. Jadi kuanti tepung kastard dan menggantikannya dengan agar-agar.
Menu-menu ringkas seperti sayur suhun sememangnya cukup sedap dan senang di masak. Apa lagi kala dimakan bersama sepinggan nasi panas. Memang terlajak sedapnya.
Pun begitu, sifat suhun yang mudah kembang membuatkan sup suhun seakan diserap dan suhun menjadi kembang. Apa nak buat? Macam mana nak pastikan suhun tidak terlalu kembang?
Jom ikuti perkongsian tips dari Faraherda ini. Barulah puas hati dapat menghirup kuahnya bersama suhun yang lembut. Jom cuba!
Korang suka makan sup suhun dan fucuk campur kentang? Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan? Tapi, korang kalau masak sup suhun, pernah ada masalah suhun kembang sampai serap habis kuah tak? Tak suka kan?
Dulu saya pun ada masalah ini. Geram je rasa. Kemudian, saya cuba beberapa tips asas, menjadi! Mudah je tips ini, jom buat.
Tips masak suhun tak kembang serap kuah.
1. Suhun jangan letak banyak sangat.
2. Mesti rendam suhun dulu.
3. Tuang air lebih dari biasa (kalau sebelum ini letak 1 liter, tambahkan jadi 1.5 liter).
4. Letak suhun akhir sekali.
5. Kemudian, kacau sekejap dalam 20 saat.
6. Terus tutup api dan tutup periuk.
7. Biarkan sahaja suhun masak sendiri dalam periuk itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasti haru-biru jika hidangan Hari Raya anda terlebih masin. Sudahlah para tetamu sudah hampir mahu bertandang, makanan extra pula tiada. Hanya mengharapkan hidangan yang sedia ada.
Pasti anda rasa tidak sampai hati untuk menhidangkan juga juadah tersebut.
Walaupun sudah bermacam-macam cara dibuat, num masinnya tetap sama. Bak kata orang ‘boleh kena darah tinggi.’
Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut dan membetulkan rasa masakan supaya tidak terlalu masin. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.
7 PETUA KURANGKAN MASIN DALAM MASAKAN YANG TERLEBIH GARAM
Berikut adalah petua kurangkan masin dalam masakan yang boleh anda praktikkan dalam ‘kecmasan’.
1. PELEPAH / DAUN PISANG
Gunakan pelepah pisang untuk kurangkan rasa masin. Potong dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam lauk dan didihkan bersama sehingga lauk masak. Kemudian buang pelepah tersebut bila nak dihidang.
Selain pelepah pisang, daun pisang juga boleh digunakan untuk kurangkan rasa masin. Caranya ialah dengan meletakkan koyakan daun pisang yang sudah dibersihkan ke dalam juadah yang siap dimasak. Biarkan selama 30 minit. Daun pisang juga dapat meyerap lebihan rasa masin pada lauk.
2. MASUKKAN KENTANG
Apabila lauk hampir siap dan terasa masin apabila dicuba, jangan panik. Jika tiada pelepah pisang, boleh masukkan sebiji kentang yang dipotong empat di dalam lauk dan biarkan sehingga mendidih. Kentang akan membantu menyerap kemasinan dalam lauk dan mengimbangi rasa masakan.
Boleh juga pakai sayur-sayuran yang tinggi kandungan air seperti terung dan timun yang dipotong secara memanjang untuk membetulkan rasa masin pada juadah.
3. BERAS
Masukkan sedikit beras yang dah dibasuh ke dalam sehelai kain bersih yang jarang. Ikatkan seperti bunjut dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih masin.
Bunjut beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dalam lauk. Bila lauk dah siap masak dan rasanya pun dah OK, bolehlah keluarkan bunjut beras tadi.
4. HAMPAS KELAPA
Dengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut kedalam lauk dan masak bersama dalam 15 ke 20 minit.
Bunjut hampas kelapa dapat membantu membuang rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk.
5. CEBISAN ROTI
Bagi lauk yang berkuah pekat seperti sup cendawan atau stew, adalah lebih baik untuk mengekalkan kepekatannya supaya lebih enak. Daripada menambah air, terdapat cara yang lebih praktikal untuk membetulkan rasanya.
Ambil beberapa keping roti dan koyak kepada beberapa cebisan. Kemudian, masukkan ke dalam kuah supaya ia dapat menyerap rasa masin. Setelah roti terendam, keluarkan roti dan cuba rasa masih masin atau tidak. Jika masih masin, ulang beberapa kali sehingga rasanya memuaskan.
6. IMBANGKAN RASA MANIS & MASAM
Selain penggunaan barang dapur seperti sayuran dan roti, boleh juga gunakan perasa lain untuk meneutralkan kembali rasa makanan. Tambahkan sesudu gula, kacaukan dan kemudian tambahkan sesudu perasa masam seperti cuka atau perahan limau nipis. Boleh ulang beberapa kali sehingga mencapai rasa yang diinginkan.
Boleh juga cuba untuk memekatkan kuah lagi dengan cara menambah santan sehingga cukup rasa.
7. TEKNIK TUTUP PERIUK
Apabila rasa lauk agak masin, tutup lauk dengan tudung periuk dan didihkan beberapa minit. Biarkan seketika. Kemudian, angkat tutup periuk dan basuh dengan air paip. Biarkan basah dan tutup semula periuk tadi dan tunggu lagi 10 minit.
Ulangkan lagi dan alihkan tutup periuk apabila lauk dihidang. Lauk akan menjadi kurang masin dengan sendirinya.
MUDAHKAN?
Memasak sendiri sebenarnya adalah cara terbaik untuk mengawal pemakanan dengan berkesan. Pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian.
Dengan memasak sendiri, kita dapat menyukat sendiri jumlah perencah dan perasa dalam lauk.
Jadi, jangan rasa down kalau masakan tak jadi atau tersilap sukatan. Semoga dengan petua kurangkan masin ini, anda masih dapat menyelamatkan rasa masakan dan menjadikannya lazat untuk dihidangkan!
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.