“Jom Baca Al-Mulk Baby.” Elfira Buka Cerita, Ibu Beri Syarat Pada Suami Kena Hafal Surah Al-Mulk Sebelum Nikah!

Share

Setiap pasangan pasti ada momen indah bertemu buat kali pertama sebelum bergelar suami isteri.  Demikian juga dengan pasangan muda sama cantik sama padan, Elfira Loy dan suami, Faris Khairol Anuar.

Kini rumah tangga pasangan ini bertambah bahagia dengan hadirnya permata hati sulung, Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.

Bakal memasuki tahun kedua perkahwinan awal Januari nanti, Elfira atau mesra dengan panggilan El ditanya peminatnya mengenai ‘cara pertemuan’ bersama sang suami tercinta.

Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimana pun cukup sporting dan berkongsi kisah ‘sweet’ di sebalik pertemuan mereka suatu ketika dahulu.

Setiap soalan yang diberikan peminat dimuat naik jawapan menerusi IG Storynya termasuklah detik pertemuan istimewa dengan suaminya.

 

Menurut Elfira, kali pertama dia bertemu dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 pada 2013.

Faris memuat naik foto mereka berdua di Twitter dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Aznil Nawawi yang telah mempertemukan mereka berdua pada malam bersejarah tersebut.

Tambah El lagi, rakan baiknya Anis, yang juga merupakan anak kepada pelakon Rosyam Nor pernah mendoakan supaya dia dan Faris berjodoh.

Lebih istimewa lagi, El turut mendedahkan  saat manis bermulanya bibit cinta dengan Faris apabila ditanya oleh peminat mengenai surah kegemarannya.

Malah, ibunya turut memberi syarat kepada Faris supaya menghafal surah al-Mulk terlebih dahulu sekiranya mahu beristerikan Elfira.

“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.

Sumber: Elfira Loy