‘Joint’ Group Masakan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Kongsi Resipi Masakan, Sempat Selit Tip Rumah Tangga, Para Suami Teruja!

Share

Umum mengetahui bahawa Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tidak dilantik semula di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau lebih selesa memilih untuk aktif di media sosial.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu kini ‘ligat’ di pelbagai saluran media sosial peribadinya sejak dua minggu lalu.

Terbaru, beliau kelihatan memuat naik posting pertama di sebuah group masakan iatu Suami Masak Apa Hari Ini?. Mengucapkan terima kasih setelah diterima menjadi ahli group, beliau turut berkongsi resipi sambal nasi lemak ikan Tongkol. Lebih manis lagi, perkongsian resipinya turut mengandungi nasihat rumahtangga.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri joint group masakan

Terima kasih terima saya untuk masuk group ni. Hari ni nak kongsi resepi sambal Nasik Lemok Ikang Aye.

Istimewanya sambal Nasik Lemok Ikang Aye ni, mesti ada ikang aye (ikan tongkol). Kemudian bawang merah, bawang putih, asam keping, gula melaka, asam jawa, belacan, garam, daun pandan, cili boh.

Resipi Nasi Lemak Ikan Aye (Ikan Tongkol)

Kukus ikang aye, lapik dengan daun pisang dan tutup daun pandan. Blend bawang merah, bawang putih, belacan, cili boh dengan air asam jawa. Tumis bahan-bahan ni sampai pecah minyak. Masuk daun pandan, asam keping, gula melaka, garam, gula dan perasa sikit. Masak sampai betul-betul pekat, pecah minyak, kemudian baru masuk ikang aye.

Selit nasihat 

Selain memuat naik menu masakannya, beliau turut menyelitkan  nasihat terutama berkaitan hal rumah tangga.

Hidup rumahtangga ni kena saling bantu membantu suami isteri. Kerja rumah itu bukan kewajipan isteri tapi atas sifat ihsannya dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada isteri, isteri buat kebanyakan urusan tu.

Justeru, untuk bahagiakan isteri antaranya kita niat belajar memasak walaupun sikit. Insya-Allah berpahala. Bagus ada group macam ni. Sama-sama belajar masakan semua bangsa. Kita ringankan tugas isteri dan…biasanya kalau suami masak, kadang-kadang lagi sedap dari isteri masak!

Warganet teruja dan beri kata-kata aluan setelah beliau ahli kelab berkenaan. Malah ada yang meminta perkongsian  masakan beliau turut mengandungi nasihat dan ilmu agama

Mana kala ahli group Mat Din  juga yang berkongsi gambar menu yang sama dengan resipi yang dikongsi oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri .

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri via Suami Masak Apa Hari Ini?