Umum mengetahui bahawa Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tidak dilantik semula di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau lebih selesa memilih untuk aktif di media sosial.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu kini ‘ligat’ di pelbagai saluran media sosial peribadinya sejak dua minggu lalu.
Terbaru, beliau kelihatan memuat naik posting pertama di sebuah group masakan iatu Suami Masak Apa Hari Ini?. Mengucapkan terima kasih setelah diterima menjadi ahli group, beliau turut berkongsi resipi sambal nasi lemak ikan Tongkol. Lebih manis lagi, perkongsian resipinya turut mengandungi nasihat rumahtangga.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri joint group masakan
Terima kasih terima saya untuk masuk group ni. Hari ni nak kongsi resepi sambal Nasik Lemok Ikang Aye.
Istimewanya sambal Nasik Lemok Ikang Aye ni, mesti ada ikang aye (ikan tongkol). Kemudian bawang merah, bawang putih, asam keping, gula melaka, asam jawa, belacan, garam, daun pandan, cili boh.
Ads
Resipi Nasi Lemak Ikan Aye (Ikan Tongkol)
Kukus ikang aye, lapik dengan daun pisang dan tutup daun pandan. Blend bawang merah, bawang putih, belacan, cili boh dengan air asam jawa. Tumis bahan-bahan ni sampai pecah minyak. Masuk daun pandan, asam keping, gula melaka, garam, gula dan perasa sikit. Masak sampai betul-betul pekat, pecah minyak, kemudian baru masuk ikang aye.
Selit nasihat
Ads
Selain memuat naik menu masakannya, beliau turut menyelitkan nasihat terutama berkaitan hal rumah tangga.
Hidup rumahtangga ni kena saling bantu membantu suami isteri. Kerja rumah itu bukan kewajipan isteri tapi atas sifat ihsannya dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada isteri, isteri buat kebanyakan urusan tu.
Justeru, untuk bahagiakan isteri antaranya kita niat belajar memasak walaupun sikit. Insya-Allah berpahala. Bagus ada group macam ni. Sama-sama belajar masakan semua bangsa. Kita ringankan tugas isteri dan…biasanya kalau suami masak, kadang-kadang lagi sedap dari isteri masak!
Ads
Warganet teruja dan beri kata-kata aluan setelah beliau ahli kelab berkenaan. Malah ada yang meminta perkongsian masakan beliau turut mengandungi nasihat dan ilmu agama
Mana kala ahli group Mat Din juga yang berkongsi gambar menu yang sama dengan resipi yang dikongsi oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri .
Innalillahiwainnalillahirajiun.. perginya tatkala dia sedang mencurahkan bakti membantu mereka yang ditimpa bencana.
Demikian perkongsian mengenai Allahyarham Ahmad Zaki bin Mahbar dilaporkan meninggal dunia saat bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang.
Ketua Kor Jabatan Amal Pusat merangkap Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.
Berita mengejutkan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Amal Negeri Johor.
“Dukacita dimaklumkan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata.
“Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.
“Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.
Perkongsian tersebut mengejutkan ramai pihak, rata-rata melahirkan rasa sebak dan sedih dengan kehilangan insan berhati mulia itu termasuk Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pendakwah PU Ikhsan.
Berita hiba tersebut turut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah menerusi laman Facebooknya petang tadi.
KEMATIAN YG DICEMBURUI 😢
Tuan Zaki Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam ‘ops banjir’ di Bukit Changgang Sepang.
Beliau pengean dan terus dibawa ke hospital daerah Banting. Diisytiharkan meninggal di sana.
Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama dengan anggota-anggota Jabatan Amal Malaysia lainnya dari seluruh negara.
Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada.
إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
Sebanyak mana air yg Allah kirimkan ujian buat kita semua, akan jd “rezeki” penyaksian buat beliau dihadapan Allah. doakan ya semoga kita juga diberikan kematian sebegini ❤️
Pengisar yang sering digunakan untuk mengisar bahan masakan seperti bawang dan cili, atau mungkin kunyit hidup pasti akan ‘melekat’ baud an warnanya bukan?
Mungkin anda tidak selesa apabila menggunakan untuk masak masakan lain, tapi bekas pengisar berbau tidak enak, pastinya sukar. Bimbang juga kalau terus guna, nanti bau bawang dan cili memberi kesan kepada masakan rasa masakan anda nanti.
Jadi, mungkin petua ini boleh membantu anda untuk menghilangkan bau dan kesan yang kurang menyenangkan ini iaitu dengan menggunakan limau nipis dan beras. Begini caranya:
BAHAN-BAHAN:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
CARA-CARA:
Ambil limau nipis. Potong kecil.
Isi air dalam pengisar dan letakkan sedikit beras di dalamnya.
Masukkan limau nipis tadi dan kisarkan bersama beras.
Kisar selama 15-20 saat, tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan cuci bersih pengisar anda.
Gunakan hampas limau tadi untuk membersihkan bahagian dalam dan luar pengisar. Ia mampu menghilangkan kesan degil dan bau yang ‘kurang enak’ itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sakit sendi dan gout antara sebahagian sakit yang sering dialami oleh suami kita. Isteri mana yang tak susah hati bila tengok suami mengadu sakit sendi setiap kali selepas makan. Hati pasti rasa tak sampai hati setiap kali suami menahan sakit.
Selain pengambilan ubat yang dibekalkan, ada baiknya anda mencuba jus ini untuk encik suami. Selain memulihkan gout, masalah sakit sendi terutama sakit lutut juga akan dapat diatasi. Bonus berganda untuk suami anda. Anda sendiri pun boleh amalkan jus ini untuk kesihatan. Jadi kena cuba!
Bahan-bahan:
1 biji nenas
1 batang lobak putih
3 biji buah keras
Air secukupnya
1. Basuh kesemua buah ini bersih terlebih dahulu. Pastikan nenas dibuang putiknya hingga bersih.
2. Kemudian kisarkan bersama air secukupnya.
3. Tapiskan dan minum airnya setiap hari.
Amalkan jus ini setiap hari selama tiga bulan dan lihatlah hasilnya dalam tempoh itu. Jika keadaan makin berkurangan, amalkanlah jus ini secara berterusan. Jangan takut untuk mencuba kerana semua bahan yang digunakan berkhasiat dan tidak mendatangkan kemudaratan.
Selamat mencuba!
Foto: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...