Johan kongsi tip rumah tangga bahagia – “Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul.” Rumah tangga bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Johan Kongsi Tip Rumah Tangga Bahagia – “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”
Walaupun tiada formula yang sempurna untuk mencapai kebahagiaan, terdapat beberapa rahsia dan amalan yang boleh membantu mewujudkan suasana harmoni dan bahagia dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkongsi petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia.
Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan.
Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar.
Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul.
Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergaduh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan petua yang dikongsikan oleh Johan. Isteri yang gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Sekadar info, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Setiap orang memiliki minat dan hobi masing-masing. Ada yang hobinya memerlukan modal ribuan ringgit, ada juga yang tak perlu keluar belanja mahal.
Biasanya kalau sebut barangan kemas, ia cukup sinonim dengan kaum wanita. Ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Namun perkongsian ini agak ‘unik’. Yang suka mengumpul barangan kemas adalah sang suami.
Menurut Noraina Raena, sebelum berkahwin dia langsung tidak berminat dengan emas. Semuanya berubah selepas mendirikan rumah tangga memandangkan suaminya sangat suka dengan emas.
Menerusi perkongsiannya di laman facebook, empat tahun mendirikan rumah tangga, Noraina berjaya mengumpul pelbagai rekaan barangan kemas.
Suami sy kata cukup 1kg stop tau , no more gold transaction ! 🤣🤣🤣 . Storynya kumpul dr hasil perkahwinan dekat 4 tahun . Belom ada rezeki nak dpt baby , tetapi ada rezeki boleh kumpul emas . Sebelom kawen sis lgsg tak minat dgn emas pon , di sebabkan suami suka dgn emas , so inilah hasilnya ❤️ …
Seronok kan kalau dapat suami yang suka menghadiahkan isteri dengan barangan kemas sepertimana perkongsian ini, tetapi bagi pasangan yang tidak boleh berbuat demikian, jangan cemburu atau kecewa.
Kebahagian dalam rumah tangga bukan terletak pada kemewahan wang ringgit atau emas, sebaliknya bagaimana suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau mampu, bolehlah manjakan pasangan dengan emas kan.
Kredit: Noraina Raena
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika dibangku sekolah lagi, suami isteri ini adalah contoh pasangan cinta monyet yang kekal sehingga ke jenjang pelamin.
Ajak Shiro dan isterinya, Afifah Amin mula berkenalan ketika di tingkatan 1. Daripada kawan sehingga kepada suami isteri, kini sudah 10 tahun pasangan ini melayari alam rumah tangga dengan dikurniakan 3 cahaya mata.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ajak menerusi laman instagramnya sebelum ini.
Biarpun bergelar selebriti, namun Ajak Shiro merupakan seorang suami dan bapa yang cukup penyayang.
Tidak hairanlah, sesekali dia memuat naik gambar bersama isterinya Afifah dengan kapsyen yang cukup sweet. Terbaru, Ajak memuat naik satu video yang memaparkan dia memeluk isterinya dengan kapsyen:
“Suami kalau perlu kekuatan, peluk je isteri…Insyaallah..tak percaya cuba peluk..tapi bini koranglah..bukan bini aku,” tulis Ajak Shiro.
Semua kita yang berkerja pastinya mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Pada usia tertentu duit boleh dikeluarkan oleh pencarum.
Namun, dalam tempoh itu, kita tidak tahu, jangka hayat kita. Mungkin kita ‘pergi’ dulu sebelum usia matang untuk pengeluaran duit di KWSP.
Oleh itu, di sini pentingnya pencarum meletakan penama atau waris kepada akaunnya di KWSP.
Tak kisah lah isteri, ibu atau ayah. Jika anak kena usia 18 tahun untuk jadi pemegang amanah itu.
Penama ni bukan bermakna individu dapat semua harta kita, tetapi pemegang amanah untuk memudahkan urusan pengeluaran duit. Kita orang islam tetap mengikut faraid.
Jangan pulak kita letak penama ibu atau ayah di kampung yang uzur. Kesian mereka jika terpaksa ke pejabat menguruskan hal segala dokumen.
Ingat penama adalah pemegang amanah. Harta tetap kena ikut pembahagian faraid. Tetapi pastikan penama itu amanah. Kalau tidak, hukum Islam semua dia tolak tepi.
Apa pun, penama waris adalah penting bagi urusan pengeluaran duit.
Begitu juga dengan perkongsian oleh Siti Zainab Abd Raof mengenai kepentingan penama.
Lepas baca ni jangan lupa kemas kini datang anda ye.
“Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.”
“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?”
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.
“Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?”
Soalan dibalas dengan soalan.
ARWAH SUAMI TAK LETAK PENAMA, SIJIL KEMATIAN TAK BOLEH GUNA
“Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.”
“Apa?Kenapa macamtu pulak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?”
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.
“Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.
Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.”
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.
PENCARUM KENA LETAK PENAMA
Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.
Tambahan pula,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.
Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?
Sila ingat ya.
Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.
Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.
Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.
BILA TAK ADA PENAMA PROSES PENGELUARAN DUIT JADI SUKAR.
Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?
Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.
Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.
Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.
Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!
Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.
Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan.
Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.
BUAT PENAMA BAGI SEBARANG AKAUN LAIN MUDAHKAN URUSAN
So guys,
Sis nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.
Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO!
Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.
Tapi,harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.
Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.