“Jodoh Rahsia Allah. Cinta Kerana Allah, Sayang Hingga Jannah.” Throwback Momen Nikah, Puteri Sarah Buat Netizen Sebak!

Share

Bergelar suami isteri adalah saat yang dinantikan setiap pasangan. Saat sang suami melafazkan akad, pasti momen itu yang cukup indah dan paling sukar dilupakan.

Kesempatan menonton kembali video saat akad nikah membuai perasaan pelakon dan juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof ini. Bagi Puteri Sarah Liyana, tiada yang lebih bermakna bila mana dia dan suami disatukan biarpun pelbagai dugaan terpaksa dilalui oleh mereka ketika itu.

Menjelaskan sekadar throwback momen tersebut, Puteri Sarah mengakui setiap kali menonton video akad nikahnya, pasti rasa mahu menangis.

“#sajathrowback. It’s not my anniversary ? everytime tengok video nikah sendiri nak nangis. A very emotional day that day. Semua nangis haritu. Ternampak @fadzainuddin nangis for the first time ? @sofiamegat paling over menangis. 

” @syamsulyusoffilm denggi masa tu sampai terpikir nak nikah kat hospital je. @sudyrtahir siap kirim ubat denggi masa kat masjid ?Dugaan…but we made it dengan kuasa Allah. Who knows, jodoh kami kuat.,”tulis Puteri Sarah dikapsyennya.

Mengakui selama ini hanya melihat suaminya di kaca televisyen sahaja, Puteri Sarah mengakui jodoh itu rahsia Allah dan kini mereka berbahagia sambil menantikan kelahiran anak kedua.

“Selama ni kenal @syamsulyusoffilm

 tengok kat TV je. Tau dia ni pengarah termuda in Malaysia. Takotttt ?‍♀️ Tak pernah terjumpa kat ABP, ASK ke, tau2 jodoh.

“Jodoh itu rahsia Allah. Cinta kerana Allah. 6 years knowing you, loving u until jannah. Now we have Syaikhul Islam and …. ? ( cer teka girl or boy ?),”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ada antara netizen yang meluahkan rasa sebak dan tersentuh hati dengan perkongsian Puteri Sarah itu.

nrscollection kita yg tgok ni pn rsa emotional jgk..smogo bahagia to both of u..

i_m_fir_daus @mirahanafi_ bila sesuatu pernikahan tu terjadi, suasana sebak akan terasa.. di mana lelaki or prmpuan akan meninggalkn keluarga dan mmbina kelurga bersama psangan.. ? we will strong even sepoi2.. ?

fielieya Saya suka tgk kesederhaan kalian berdua… Moga bahagia hingga kesyurga… Mmg sepadan sgt puteri dan syamsul.

nourasabri Tarikh nikah kita sama..masa tu kecoh tragedi MH370..kisah u syamsul denggi..kisah i mak andam xdtg that day..nangis jugak..last2 make up

imah.sharif95 Sebak tengok kak sara menangis

puan_inayazilmar i adore both of u. May Allah bless this couple donia akhirat.amin. crying me?

Sumber: IG @puterisarahliyana