Setiap orang mempunyai keinginan untuk berpasangan. Tidak terkecuali, anak kembar autisme kepada pelakon Zarina Zainuddin, iaitu Azal Azrai yang juga pernah suatu ketika dahulu tular tentang keinginannya untuk berkahwin.
Menjawab tentang soal itu, Zarina mengakui anak nombor dua dari empat beradik ini sememangnya ada keinginan untuk berkahwin namun kriteria yang dipilih terlalu berbeza dengan dirinya.
“Azal sekarang dah berumur 26 tahun, nak masuk 27 dah. Dia memang ada keinginan untuk berkahwin tetapi Azal ni masalahnya dia tak nak kahwin dengan orang yang sama dengan dia. Dia nak kahwin dengan orang yang normal.
“Mana nak cari orang normal yang impian dia tu dia nak yang cantik, tinggi lampai, kulit putih melepak, mata bulat, kaki panjang, rambut panjang. Dia perempuan rambut panjang je bukan yang bertudung.” Katanya pada Majalah Keluarga.
Ads
Menyedari kekurangan si anak, Zarina memujuk kembali Azal dengan mengatakan pada Azal bahawa mungkin jodoh anak terunanya itu tiada di dunia, tetapi akan dapat seorang bidadari di Syurga.
“Azal nanti mungkin jodoh awak mungkin tak ada di dunia, kat sana nanti awak dapat bidadari. Kemudian dia cakap apa tau, ‘baiklah ibu’. Awak ok Azal?, ‘saya ok ibu’.
“Dia macam dah terima keadaan itu. Terima keadaan diri dia tak kahwin dan dia tak letak harapan yang tinggi.” tambahnya.
Ads
Tonton video penuh di bawah :
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan yang terbaik buat anak istimewa Zarina Zainuddin. Selain itu, ada juga yang berkongsi kisah sendiri
Ads
Sumber :
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berpindah ke rumah baru dibeli, siapa yang tak teruja bukan? Itulah saat yang cukup dinanti-nantikan. Bermula sejak hari pertama menandatangani perjanjian jual beli dengan pihak pemaju hinggalah hari mendapat kunci di tangan.
Namun sebelum seisi keluarga berpindah masuk ke kediaman tersebut, sebenarnya banyak perkara perlu disediakan.
Bingung juga dibuatnya, apatah lagi memikirkan kos yang perlu dibelanjakan untuk menghias kediaman agar menjadi ruang paling selesa untuk seisi keluarga. Pastinya rumah idaman bukan sahaja perlu selesa malah nampak cantik dekorasinya.
Jadi apa kata anda baca perkongsian daripada Mardhiah Syazwani berkongsi pengalamannya sebelum masuk rumah baru.
Checklist & kos masuk Rumah Selangorku atau rumah pertama
Saya nak share checklist dan kos untuk masuk rumah terutamanya rumah baru. Saya share dari pengalaman saya. Ini merupakan rumah pertama kami, jadi saya menuntut ilmu dari family saya. Saya share untuk sesiapa yang masih buntu nak mula dari mana dan apa perlu buat.
Ini antara checklist & kos untuk masuk rumah :
1. Bayar booking, lawyer & developer
Pada awal selepas confirm beli rumah, anda perlu bayar booking (depends pada perumahan). Macam saya perlu keluar RM1000 untuk booking, RM4000 untuk lawyer & developer (SNP, Legal fees etc)
2. Upah Pemeriksaan Kerosakan Rumah (Check Defect)
Untuk rumah baru sangat normal untuk ada kerosakan atau defects. Ini adalah penting untuk sesiapa yang masuk rumah, sebelum buat apa-apa check dahulu kerosakan rumah. Boleh upah orang untuk check defects, kos around RM200-RM300. Macam saya alhamdulillah tak banyak sangat defects dan suami buat sendiri
3. Wiring
Semua rumah akan ada suis yang disediakan developer. Jadi yang ini saya share untuk wiring tambahan. Perlu buat semua pindah masuk rumah sebab kerja wiring ni agak kotor dan ada tebuk-tebuk lubang. Anda perlu kira alat eletrik untuk anda guna di setiap tempat. Macam saya tambah banyak di bahagian dapur. Dapur ada banyak barang elektrik seperti periuk nasi, blender, air fryer, penapis air, mixer, blender dan lain-lain
Kos untuk penambahan soket dalam satu rumah RM1500 (Penambahan sebanyak 20 suis & suis )
4. Lampu kipas & suis
Lampu & kipas kebanyakkannya saya beli di Shopee. Harga di Shopee lebih murah berbanding di kedai. Jadi sebelum masuk rumah anda perlu sediakan check list berapa banyak lampu dan kipas perlu beli. Senang nak buat budget
Tracklight : https://shp.ee/3jaeh2m
Kipas Deka : https://shp.ee/3yy8d4m
Downlight (ceiling) : https://shp.ee/wptqn2m
Lampu gantung (hallway) : https://shp.ee/qphq9ca
Lampu modern di area meja makan : https://shp.ee/49h4r87
Kipas dinding dapur : https://shp.ee/fcem3mz
Kos lampu & kipas : RM1000
5. Grill
Grill ada yang pasang, ada yang tak pasang. Tapi untuk tujuan keselematan, saya sarankan anda untuk pasang grill. Kos tak terlalu mahal kalau dibandingkan dengan keselamatan keluarga. Saya ambik warna putih & ikut specs yang developer tetapkan (Rumah Selangorku).
Kos grill satu rumah : RM1800
6. Kitchen cabinet
Sebelum nak buat kitchen cabinet, suami saya lukis dan jadikan model 3D terlebih dahulu mengikut saiz kelebaran dapur. Seterusnya buat pemilihan warna & material. Kami pilih warna kelabu & material formica.
Saya difahamkan material formica ni tahan air & kosnya mahal sikit berbanding melamine. Sebab nak buat dekat sinki & banyak guna air dekat situ. Saya fikir nak pakai lama jadi kami spend sikit duit untuk bayar lebih.
Untuk table top kami pilih quartz stone design marble grey. Dapur kelebaran 5x9ft kos RM10,000.
Untuk yang mencari contractor untuk kitchen cabinet, partition, sliding door, rak kasut boleh contact : https://www.instagram.com/eshh.home
7. Langsir
Langsir bagi saya perlu sebab privacy dan anda perlu masukkan dalam budget. Saya buat tempahan untuk satu rumah. Dia datang rumah ukur dalam masa 3 hari dia datang semula untuk pasang. Sangat mudah & jimat masa. Kos keseluruhan RM1000
Boleh contact Andy Low Curtain : https://www.andylowcurtain.com/
Untuk budget yang rendah bawah RM200, jangan risau Shopee ada banyak langsir yang berkualiti & harga sangat murah. Saya listkan beberapa seller di bawah :
Seller 1 : https://shp.ee/y46g3pm
Seller 2 : https://shp.ee/5qvdtvm
8. Peti ais & mesin basuh
Peti ais saya masukkan juga dalam budget sebab nak beli makanan basah untuk masak. Saya beli jenama Sharp 400liter berharga RM1500. Mesin basuh front load memandangkan kami nak buat decor sikit atas mesin basuh. Jenama Toshiba RM1088
Peti ais saya beli di Aeon Big Alamanda
Mesin basuh Toshiba : https://shp.ee/4jth96m
9. Bayaran Lori pindah
Lori pindah jangan dilupakan dalam kos masuk rumah sebab bagi saya dia diperlukan. Rumah kami sebelum ni size soho kecil je jadi kami hanya ambil 1 tan lori. Barang kecil-kecil guna kereta sahaja. Saya ambil Lalamove sahaja senang bagi saya.
Kos Lalamove RM300-400
Ada juga beberapa perkara untuk anda sediakan untuk masuk rumah. Ada yang penting, ada yang boleh beli kemudian. Saya listkan dibawah untuk rujukan korang.
Optional
– Lantai SPC/Vinyl
– Hiasan dalaman
– Aircond
– Cat rumah
– Ceiling plaster
– Tinted
– Hood & Hob (Penyedut asap & dapur masak)
– Barang elektrik yang lain seperti oven, microwave
– TV cabinet & TV
Ini sahaja pengkongsian saya & saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya. Harap checklist ini dapat membantu sesiapa yang nak masuk rumah baru. Mungkin ada yang saya terlepas boleh share di ruangan comment.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di salah sebuah pusat perubatan di Selangor pada Sabtu.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Mawar berkata, dia bersyukur proses melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Riyanna Sayang secara normal itu dipermudahkan Allah SWT.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, sama seperti dua anak saya sebelum ini, Rafael & Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya.
“Ucapkan hai kepada, Raden Seri Riyanna Sayang,” tulisnya.
Dalam ruangan komen, rakan artis dan pengikut meninggalkan ucapan tahniah selain mendoakan pelakon drama TQ Captain itu serta bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob pada November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.
Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.
Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Terbaru, dalam instagramnya, Zahirah berkongsi gambar ketika mengadakan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.
Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah memuat naik beberapa kepingfoto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Pasangan merpati sejoli ini bagaimana pun belum mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Dalam pada itu, Zahirah turut memuat naik pertanyaan sama ada bayi yang dikandungnya lelaki atau perempuan.
Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut memberi komen. Ada yang meneka lelaki ada juga beranggapan pasangan ini bakal menimang anak perempuan.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.