“Jodoh Lewat Usia 40 Tahun, Dapat Zuriat Selepas 10 Tahun.” Adam Corrie Lee Nasihat Doa, Tawakal & Bersangka Baik Selalu

Share

Pelakon Adam Corrie Lee dalam satu perkongsian mengimbau kembali perjalanan hidupnya setelah hampir 15 tahun memeluk agama Islam.

Perkongsian asal menerusi video TikTok itu menunjukkan rakaman momen bersama pelakon ini bersama isteri, Fazima Mohd Fuad serta anak mereka, Adam Fateh.

Bukan mudah untuk kembali ke jalan yang lurus. Kembali kepada fitrah kembali kepada Islam pada usia hampir 40 tahun.

“Temui jodoh juga di usia lewat pada usia 40 tahun. Dapat zuriat selepas 10 tahun. Cepat atau lambat bukan hal yang utama. Yang penting doa usaha & tawakal.

“Qanaah, asal punya rasa cukup Hidup ini pasti indah Senyum selalu. Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” demikian perkongsian Adam Corrie menerusi laman Instagramnya.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun. Dia kemudiannya bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama Fazima pada tahun 2008.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Fateh Lee.

Sumber: Adam Corrie


ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami

ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah

“Selepas 35 Tahun, Bertemu Jua Pemilik Tulang Rusuk.” Mas Kahwin Senaskhah Al-Quran, Heliza Helmi Selamat Bergelar Isteri


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara