Jodoh di tanah perkuburan, Marinah dan Norhisham bina rumah tangga bersama selepas ‘hilang’ pasangan. Siapa sangka lelaki dan wanita ini bertemu jodoh semula ketika  menziarahi pusara pasangan masing-masing di tanah perkuburan.

Jodoh Di Tanah Perkuburan

Marinah Mohd Beseri, 48, kehilangan suami pada Mei tahun lalu. Isteri kepada Norhisham Mohd Nor, 64 pula meninggal dunia pada April tahun sama. Kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan.

Jodoh Di Tanah Perkuburan, Marinah & Norhisham Bina Rumah Tangga Bersama Selepas ‘Hilang’ Pasangan

 

Marinah berkata, sejak arwah suaminya meninggal dunia, boleh dikatakan setiap hari dia menziarahi pusara itu sebelum wujudnya komuniti dalam kalangan waris.

“Kebetulan suami baharu saya (Norhisham) juga baru kehilangan isteri dan dia juga kerap menziarahi kubur isterinya. Apabila kerap berjumpa di tanah perkuburan, beberapa waris mewujudkan kumpulan WhatsApp.

Marinah & Norhisham Bina Rumah Tangga Bersama Selepas ‘Hilang’ Pasangan

“Daripada situ saya mula kenal waris lain termasuk Norhisham. Selain kerap ziarah kubur, kami turut mengadakan gotong-royong dan tahlil bersama dan semua mulai saling mengenali dan rapat,” katanya.

Jodoh Di Tanah Perkuburan, Marinah & Norhisham Bina Rumah Tangga Bersama Selepas ‘Hilang’ Pasangan

Marinah yang kehilangan suami akibat kanser pankreas berkata, sepanjang mengenali dan berurusan dengan Norhisham dia mendapati lelaki itu mempunyai persamaan dengan arwah suaminya.

Ads

“Selepas enam bulan kenal, Norhisham menyatakan hasratnya dan kami melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu,” kata usahawan produk kecantikan dan kesihatan itu.

Mengulas mengenai pertanyaan beberapa rakan dan saudara mara bahawa dia seolah mencari pengganti terlalu cepat, Marinah berkata, sebenarnya dia mengalami kemurungan lebih sebulan selepas kematian suami.

Jodoh Di Tanah Perkuburan, Marinah & Norhisham Bina Rumah Tangga Bersama Selepas ‘Hilang’ Pasangan

“Itu antara sebab saya ke kubur suami setiap hari dan kehadiran Norhisham sedikit sebanyak mengubati kehilangan ini. Malah sehingga kini kami masih lagi sama-sama menziarahi kubur pasangan masing-masing.

“Orang boleh cakap apa sahaja, tetapi kena ingat, ini juga aturan Allah, sudah jodoh kami bertemu dengan cara ini, kami terima,” katanya.

Sementara itu, bagi Norhisham pula, matanya mula terpaut pada Marinah ketika kali pertama melihat wanita itu di tanah perkuburan berkenaan.

Ads

Jodoh Di Tanah Perkuburan, Marinah & Norhisham Bina Rumah Tangga Bersama Selepas ‘Hilang’ Pasangan

“Pada waktu itu mungkin dia dalam kesedihan dan sebagainya jadi saya hanya pendam perasaan itu. Selepas beberapa bulan, saya berbincang dengan lima anak dan adik-beradik mengenai hasrat saya.

“Mereka bersetuju dan anak-anak saya rupanya saling kenal dengan anak Marinah. Difahamkan juga saya dapati Marinah juga mempunyai pertalian dengan arwah isteri.

“Bergelar ibu tunggal satu cabaran bagi wanita dalam berhadapan dengan masyarakat dan kehidupan. Dengan adanya lelaki disampingnya, sekurang-kurangnya ada yang membimbing dan melindunginya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca artikel lain juga: Cari Duit Dulu Simple Je Khairul Aming Jawab Bila Ada Tanya Soal Jodoh

Ads

Sama Cantik Sama Padan Anak Lelaki Habib Jewels Bertemu Jodoh Dengan Pelakon Terkenal Indonesia

Coretan Cik Epal Penuh MaknaPilu, Jodoh Hanya Bertahan 1 Dekad

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI