
Jodoh di Pak Mat Western! Siapa sangka pendakwah Ahmad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Beymad raih perhatian ramai apabila menamatkan zaman bujangnya dengan pempengaruh, Nurina Izzayani atau Izz.
Hari bahagia pasangan ini berlangsung di Pulau Pinang dengan mas kahwin RM2,000. Siapa sangka, pertemuan mereka bermula dengan menjadi duta produk Pak Mat Western! Mesti ramai yang tak sabar nak tengok bagaimana hubungan ini berkembang, lebih-lebih lagi selepas Beymad memaklumkan dia akan “berehat” dari live di TikTok.
Dalam satu perkongsian di akaun
PakMatWestern, Beymad meluahkan rasa syukur dan bahagia selepas disatukan dengan pilihan hatinya yang dikenali ketika menjadi duta kepada produk makanan sejuk beku tersebut.
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih juga kepada Pak Mat Western yang menjadi asbab dan perantara saya dan pasangan, Izz.
“Terima kasih semua. Saya tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur (dengan perkahwinan),” ujarnya dalam satu hantaran dikongsikan di TikTok.
Ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka dan ada juga yang berseloroh pasal buat drama “Cinta Pak Mat Western.” Cute kan? Netizen memang kreatif bab-bab macam ni.
Dengan pengikut 1.2 juta di TikTok, tak hairanlah ramai yang tertarik dengan Beymad—lebih-lebih lagi dengan persona ‘ustaz soft spoken’ yang sering memberikan motivasi dan dakwah dengan tenang dan penuh hikmah. Harapnya perkahwinan mereka diberkati dan dapat inspirasi ramai anak muda dalam mendirikan rumah tangga yang bahagia.
Larrie Perkenalkan Pelapik Kasut Baharu Untuk Kesihatan Kaki

Mengabaikan kaki boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk jangkitan bakteria, kulat, kulit retak dan berbau. Cakna dengan masalah ini Larrie, jenama kasut tempatan popular dan dikenali sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki berteknologi tinggi kepada penggunannya.
Terbaharu, Larrie menyediakan insole yang selesa untuk setiap rekaan kasut. Ia memberikan rasa selesa dan nyah bakteria kepada pengguannnya. Antara kebaikkan pemakaian insole ini untuk membantu mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan dan menyelaraskan semula kaki jika mengalami overpronate (roll ini) atau supinate ( roll out).
Sehubungan itu, Larrie telah mengeluarkan dua jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian untuk lelaki dan wanita.
Rebound Foam Foodbed direka khas untuk lelaki dapat membantu membentuk kaki anda serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa.
Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokong pemakaian sepanjang hari, Larrie Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.
Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.
Bagi wanita pula, Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles sesuai untuk kaum hawa. Selain anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free-size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut size kaki sendiri dengan mudah.
Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong. Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki kita. Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki.
Sempena Larrie Insole Talk bersama Pakar Perubatan Sukan Dr Laston Choong di LaLaport Bukit Bintang City Center, Kuala Lumpur, Lenson Chong, Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd menjelaskan Larrie mengikuti perkembangan fashion namun pada masa yang sama mementingkan rekaan selesa buat pembelinya.
“Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fashion, kami juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka.
“Keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan.” jelasnya yang turut mencadangkan insole ditukar setiap enam bulan.
Dalam pada itu, dimajlis yang sama, Pakar Perubatan Sukan, Dr Laston Choong memberi nasihat mengenai pemakaian kasut yang betul.
“Insole perlu dipilih dengan tepat dari segi material, fungsi dan rekaan disebabkan manusia memiliki saiz tapak kaki yang berbeza.
“Insole ini juga memberi keseimbangan dan kestabilan, juga material dapat membantu membentuk kaki dan mengimbangkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang lebih baik, ” jelasnya.
Kedua-kedua Larrie insole boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00 di butik Larrie atau secara atas talian di www.larrieshoes.com
Anak Lelaki Atau Anak Perempuan, Lepas Kahwin Wajib Jaga Ibu Bapa

Isi Kandungan
ToggleTidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya punya tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Anak Lelaki Atau Anak Perempuan
Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun wanita itu sudah berkahwin. Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
SUAMI TIDAK BOLEH HALANG
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Ia menunjukkan keadilan Islam termasuk kepada ibu bapa yang tidak mempunyai anak lelaki. Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana ia tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.

Lepas Kahwin Wajib Jaga Ibu Bapa
DOSA BESAR DERHAKA TERHADAP KEDUA ORANG TUA
Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami. Bagaimanapun suami boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Oleh itu masyarakat supaya tidak sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing. Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar.
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka
Sumber kredit: Hijabista via Berita Harian Online (Rencana)
Kredit foto: Freepik
Baca artikel lain di sini: Ibu Bapa Jual Sate Untuk Sara Keluarga, Kejayaan Abang Suntik Semangat Kembar Untuk Raih Cemerlang Dalam SPM
Anak Akan Deprasi Dan Murung Jika Ibu Bapa Selalu Mentertawakan Kesilapan Mereka
“Selamba Pegang Pipi Depan Ibu Bapa, Terus Dapat Kiss.” Gelagat Kanak-kanak Sweet Ini Curi Perhatian
Masalah Kewangan, Pelakon Era 80an Harun Hashim Mohon Bantuan Sewa Rumah, Isteri Hidap Kanser, Netizen Titip Doa.

Sejak berhadapan dengan pandemik Covid19 pelbagai usaha dilakukan orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Begitu juga dengan kisah pelakon era 80, Harun Hashim yang turut hilang punca pendapatan akibat tiada lagi penggambaran boleh dilakukan ketika PKP.
Dalam kesulitan hidup pelakon veteren ini baru sahaja sedar daripada serangan darah tinggi setelah tidurkan sebelum ini.
Lebih menyedihkan lagi, isterinya juga isterinya, Sakinah menjalani pembedahan akibat barah otak. Pasangan ini dimasukkan di tempat yang sama iaitu di salah sebuah hospital di Subang.
Situasi yang dialami oleh pasangan ini yang mempunyai enam cahaya mata diketahui setelah Exco Agama dan Muafakat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Salman al-Farisi menerusi Facebook berkenaan pelakon yang sinonim dengan watak hero drama TV sekitar 1970-an sehingga awal 1990-an itu yang sedang sakit serta isteri.
Dalam pada itu, menerusi Instagram pelakon Betty Banafe, memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai Harun dan isteri dimasukkan di sebuah hospital di Subang, sejak beberapa hari lalu.
Meluahkan rasa simpati kepada apa yang dilalui oleh rakan seperjuangannya, beliau mendedahkan bahawa Harun sebelum ini pernah menghantar mesej meminta bantuan bayaran sewa rumah.
“Harun ada menghantar mesej di aplikasi WhatsApp minta bantuan membayar sewa rumah pada 15 Ogos lalu.
“Namun, saya terlambat membalasnya kerana kesibukan kerja. Akhirnya, saya dapat tahu Harun dan isterinya masuk hospital.”
Katanya lagi, kali terakhir berjumpa Harun pada 25 Julai lalu.
“Saya terbabit dalam program infak artis bersama badan bukan kerajaan mengagihkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Harun antara penerima bantuan yang disalurkan. Ketika bertemu, saya lihat keadaan Harun sudah tidak sihat, malah matanya semakin kabur.
“Beliau menghadapi Glaukoma iaitu penyakit urat saraf mata yang boleh menyebabkan medan penglihatan pesakit semakin sempit.
“Jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan buta. Saya lihat matanya sudah bertukar warna. Perkara ini diakui Harun, cuma tidak berkemampuan mahu ke klinik untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Dilaporkan Harun membantu isterinya mengusahakan perniagaan makanan di sebuah restoran di Batu Caves Centerpoint sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
Dia juga turut membuka cawangan kedua perniagaan mereka di Sentul, selain berniaga secara dalam talian.
Dalam pada itu, sejak tular kisah pelakon veteren dan isterinya, para peminatnya mendoakan kesihatan agar kembali sembuh.
Sumber: Instagram bettybanafee, Kosmo, Berita Harian