‘Jiran Tak Terkesan, Kita Yang ‘Suffer’. Air Meleleh Dari Tingkat Atas. Siapa Nak Tanggungjawab? Ini Jawapan Peguam Hartanah.

Share

Jiran yang tak terkesan, kita yang ‘suffer’. Begitulah situasi bagi yang menduduki kediaman jenis strata iaitu apartment atau kondominum apabila berlaku kebocoran paip di tingkat atas.

Berjiran pula dengan jenis yang jenis tak peduli hal orang, memang susah untuk selesai masalah.

Lazimnya bila berlaku disebabkan begini ia akan mengakibatkan air meleleh keluar pada siling atau dinding rumah penghuni tingkat bawah. Jika ia dibiarkan tentu jadi berkulat dan mengeluarkan bau yang busuk!

Pastinya rasa tidak selesa untuk berada dalam ruang begitu terutama jika ia berlaku dalam bilik tidur anda. Biasanya penghuni di tingkat bawah yang akan menjadi mangsa.

Jadi, siapa yang harus bertanggungjawan dan apa tindakan yang harus dilakukan bagi mengelak ia berlarutan. Nak tahu tindakan yang betul mengikut perundangan, ikuti penjelasan, Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri.

ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING! PENINGG
(Ketahui Hak anda dalam situasi ini)

Jika anda menetap di rumah strata seperti condo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR. Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.

HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.

APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya. Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.

INFO TAMBAHAN
1.Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
2.Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.

KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.

Sumber: Syazwan Mohd Jafri.

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

 

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara