Kebun yang cantik, kemas dan memberi hasil pada penghuni kawasan tersebut. Ini semua adalah hasil kesepakatan yang terjalin dalam komuniti kejiranan di Taman Perwira, Gombak Setia.
Kebun hasil usaha dan kerjasama 8 keluarga di taman berkenaan membolehkan kawasan lorong yang sebelum ini terbiar, kini berwajah baru. Cukup menarik sehinggakan mendapat pujian ramai dengan idea yang cukup kreatif itu.
Kisah kebun taman kejiranan ini dimuat naik Aida Haniza Adnan menerusi page kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Garden8️⃣ ~ Kebun Kejiranan di Taman Perwira, Gombak Setia. Usaha padu 8 keluarga merealisasi lorong belakang yang satu ketika dahulu terbiar dan tidak diberi perhatian kepada sebuah kebun taman yang bukan sahaja indah dan cantik tetapi memberi hasil pada penghuni2nya.
Kami juga mempraktikkan gayahidup hijau dengan sistem pengumpulan air hujan (SPAH), mengitar semula sisa makanan dan kebun untuk dijadikan kompos dan baja dan mengitar semula 3R (plastik, tin dan kertas). Lampu2 di Garden8️⃣ juga menggunakan tenaga solar yang menyerikan kebun taman diwaktu malam.
Kenal nama sayur dan herba
Selain membolehkan anak-anak mengenal nama-nama sayur dan herba, tarikan utama di kawasan ini adalah tiang tunjuk arah bandar-bandar utama.
Garden8️⃣ adalah tempat kami mengukuhkan ukhwah sesama jiran tetangga, menjadi tempat mengeluarkan peluh dengan aktiviti berkebun, untuk anak2 dan cucu2 kami belajar mengenai sayur2an dan herba kerana semua pokok2 dilabel dan tarikan utama adalah tiang tunjuk arah bandar2 utama didunia dan nama lama bandar2 tersebut.
Juga terdapat sebuah orang2an (scarecrow) buat anak2 yang jarang2 dapat melihat orang2an secara dekat dan weather station utk melihat suhu semasa dan aras air hujan.
Harapan kami agar Garden8️⃣ dapat memberi inspirasi pada sesiapa sahaja untuk membangunkan kebun kejiranan di kawasan rumah masing2.
Jiran Sepakat Bawa Berkat
IG: our.j8.abode
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club