Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Iman, 7, disyaki didera hampir setiap hari oleh ibu kandung dan rakan ‘tomboy’ yang merupakan seorang warga asing di kediaman mereka di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, mendakwa, dia dan isterinya dapat mendengar perbuatan tersebut hampir setiap hari, khususnya dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Katanya, pasangan itu yang mendakwa sebagai suami isteri baharu berpindah ke kediaman tersebut pada April lalu.
“Pada mulanya mereka kelihatan seperti keluarga biasa, cuma Iman tidak dibenarkan bermain di luar rumah, sebaliknya hanya di kawasan tempat letak kereta.
“Namun, pada akhir Jun lalu, Iman terlepas bermain sehingga di luar kawasan taman perumahan, menyebabkan pasangan itu lebih marah, sejak itu dia lebih kerap dimarah.
“Mula-mula kami ingat itu bertujuan untuk mendidiknya, tetapi selepas hampir setiap hari dimarahi, jiran-jiran mula berasa sangsi, sebelum akhirnya pada malam Jumaat lalu kami membuat keputusan untuk menyerbu rumah tersebut,” katanya memetik laporan Utusan.
Ads
Wan Noor Badri berkata, selepas diserbu baharulah rahsia terbongkar bahawa Iman telah menjadi mangsa penderaan, dipercayai oleh ‘suami’ keluarga berkenaan.
“Malah,, rahsia pasangan itu bahawa si ‘suami’ merupakan seorang tomboy juga terbongkar,” katanya yang mempunyai dua orang anak.
Seorang lagi jiran, Firdaus Abu Hassan, 30, pula mengakui tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku di kawasan kediaman mereka.
“Ketika kediaman itu diserbu, kami dapat lihat beberapa kesan luka di badan iman, antaranya luka lama di bahagian kaki, luka pada tangan serta luka baharu di belakang badannya.
“Selama ini, semua penduduk di sini mempunyai hubungan yang akrab. Jadi, memang tak sangka ada kes seperti ini berlaku dan kami bersyukur kerana dapat bantu selamatkan Iman daripada terus menjadi mangsa penderaan,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala rakannya yang berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.
Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk memberi perlindungan sementara atau tetap terhadap kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera ibu dan kenalan ibunya di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Ads
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, penilaian itu akan dilaksanakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru bagi membolehkan kanak-kanak itu diberikan perlindungan daripada mereka yang layak, selepas mangsa keluar dari hospital.
Beliau berkata, sebelum ini, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu berada di bawah jagaan datuk dan neneknya di Kedah, dan baru setahun tinggal bersama suspek yang juga ibu kandungnya.
“Saya difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah dua beradik dan kedua ibu bapanya sudah bercerai.
“Mangsa baharu setahun tinggal bersama ibunya selepas berpindah daripada datuk dan neneknya, manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di Pokok Sena, Kedah.
“Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk penilaian bagi tujuan perlindungan sementara atau tetap selepas kanak-kanak itu ‘discaj’ dari hospital,” katanya menerusi kenyataan media.
Pastinya yang ramai yang mengagumi Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos cara mendidik enam orang anaknya.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja yang padat, mereka konsisten dan komited menguruskan anak-anak. Terbukti dua daripada enam anaknya telah meraih keputusan cemerlang dalam akademik iaitu Sophea Isabella, 10, Sophea Natasha, 8.
Manakala anak-anak lain juga menunjukan kecemerlangan dalam pembelajaran sebagaimana yang dikongsikan dalam perkongsiannya terdahulu.
Cara didikan pasangan suami isteri ini sering menjadi perhatian ramai. Nyata bukan calang-calang untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan dan penjagaan yang sempurna.
Bagaimanapun, sudah tentu ada ‘struggle’ iaitu cabarannya. Ini didedahkan oleh Angkasawan Negara ini.
Menerusi muat naik perkongsiannya terbaru, beliau mendedahkan beberapa cabaranya dalam tempoh membesarkan anak-anaknya.
Ia termasuk pernah tidur lima jam, lupa mengambil anak di sekolah dan pelbagai cabaran lain.
Dr. Sheikh Muszaphar mengakui ia memenatkan namun tidak lama. Namun katanya paling penting kena pasangan suami isteri harus memaikan peranan.
Malah beliau sempat berseloroh masih inginkan anak lagi diakhir coretannya!
Video – Sending the twins before my event .
There are times me & Dr Halina feel so exhausted . This feeling usually comes once in a BlueMoon . There are times we asked ourselves “ What were we thinking having 6 kids ? “
Juggling work , households and the kids take lots of effort from the both of us . I cant remember the last time we had a 5 hour sleep .
The chaos usually begins at 0530 am when one of the twins wake up . One twin will wake up the other . Thats usually our alarm Clock . Preparing the girls at 0600 am Preparing the Twin Boys at 0630 am Preparing the Other twins at 0700 am Then off to work .
We usually make sure one of us is at home during lunch break. At 130 pm – preparing Bella & Tasha for Sekolah Agama At 145 pm – preparing Adam & Noah for Ngaji Classes At 530 pm it’s either Kumon, TaekwanDo or Swimming Classes for the kids .
Malam usually more chaotic . Mandarin Tuition for the Girls Rushing up their homework – usually loads of them . 9 pm – I usually teach Adam & Noah some Maths & English Dr Halina will handle the girls on some revision either SJKC or Islamic School work . Eusoff & Emelia will be playing closeby monitoring them from afar. By 10 pm lights off .
In the middle of the Night pulak … Usually around 3 am either Adam or Noah will knock on our room wanting to join our Bed . They seem to be taking turns alternately Then either Emelia or Eusoff will wake up in the middle of the Night … One of us will pat him back to sleep . They seem to be taking turns too . Haha … Tu belum lagi cerita terlupa nak hantar aktiviti ni .. aktiviti tu , etc Pernah sekali terlupa jemput anak kat Sekolah . Nasib baik Cikgu call . I thought Dr Halina handling it and she thought I was .
Definitely Chaos . The struggle is real. Am I complaining ? – Yes ! Sebab penat sangat . Would I do it again ? – Yes ! Sebab berbaloi sangat. Pelukan Si anak makes everything worthwhile. Kata kata ‘ I Love You Daddy ‘ membuatkan air mata berlinangan kegembiraan . Tersentuh sangat . Kepenatan tu tak lama . Masih boleh dikawal . Yang penting dua dua main peranan . AllahuAkhbar .
Hanya Berkongsi Love As Always PS – But yet I still want more kids
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 oktober 2010. Di kurniakan enam orang anak iaitu Sophea Isabella, 10, Sophea Natasha, 8, kembar lelaki berusia empat tahun, Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2 tahun.
Memiliki barang kemas kini adalah keperluan. Sejak barang kemas dikatakan mempunyai nilai pelaburan yang berbaloi untuk dimiliki ramai yang membelinya.Namun, jika asyik memakainya setiap hari warnanya akan kelihatan kusam. Tidak bersinar seperti mula-mula beli seperti di kedai.
Biasanya ada yang menghantarnya di kedai emas untuk mencuci barang kemas itu.
Apa kata buat sendiri di rumah membersihkan barang perhiasan ini. Sebagaimana perkongsian lelaki ini yang memuat naik menerusi akaun TikTok @YLGoldEmpire.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Setiap kali menjelang bulan ramadan, pasti lauk ini menjadi salah satu ‘wajib’ ada di atas meja bersama hidangan lain. Namun, kini telur masin sudah menjadi menu biasa. Baik dihidangkan bersama Nasi putih ataupun dijadikan bahan tambahan dalam masakan lain
Mungkin cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan membuatkan telur masin menjadi pilihan ramai. Terasa keenakkannya bila disalut pada Ketam Masak sambal ataupun Nasi Goreng.
Jika anda gemarkannya, apa kata anda buat sendiri telur masin. Jika tiada telur itik, boleh saja kalau menggunakan telur ayam.
BAHAN-BAHAN:
13 biji telur ayam | dibersihkan
1 cawan garam kasar
2 ½ cawan air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
Padamkan api dan biar air garam betul-betul sejuk.
Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam baling dan masukkan air garam yang telah disejukkan tadi.
Tutup baling dan simpan selama 2 minggu sebelum dicuba.
Sumber: Rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.