Jimat Ruang, Selamat & Kukuh Bila DIY Tempat Iron Baju Macam Ni!

Share
Papan seterika tidak boleh dikecualikan daripada senarai alat atau perkakasan yang diperlukan di rumah.
Adanya papan seterika atau iron board ini  bukan sahaja untuk memudahkan kita menggosok pakaian dalam keadaan selesa, malah dilihat ia lebih selamat berbanding jika kita menggosok pakaian dalam keadaan duduk bersila di lantai beralaskan kain tebal.
Hal ini walau nampak remeh, namun bimbang juga jika terkena pada anak-anak yang sedang lalu lalang di kawasan kita menggosok pakaian. Bahaya pula jadinya!
Pun begitu, tidak dinafikan bila adanya papan seterika ini di suatu sudut dalam rumah akan  membuatkan ruang menjadi sempit. Apapah lagi jika saiz papan seterka tersebut berukuran lebar, makan ruang dibuatnya.
Itu belum lagi dengan masalah kaki papan seterika yang tidak tahan lama, terpaksa pula diganti dan ini pastinya memerlukan kos setiap kali rosak.
Jadi apa kata anda lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh Acik Nuar Albanjari ini, masalah kaki papan seterika selesai dan dalam masa yang sama penggunaan ruang lebih praktikal kerana ianya tergantung dan boleh dilipat ke dinding.
Nak tahu lanjut ini bahan-bahan yang digunakan olehnya
➡️besi lipat Mr DIY
➡️kain meja iron Mr DIY
➡️Papan (Guna pintu almari kayu getah terpakai dipotong mengikut bentuk kain lapik)
Jika sudah digunakan boleh dilipatkan ke dinding
Pastikan letak papan seterika jarak 3 inci daripada dinding seperti gambar di bawah. Ini untuk memudahkan anda menggosok pakaian kelak.
Besi pelapik atau bracket boleh dibeli di Mr DIY. Begitu juga dengan kain pelapik seterika boleh didapati di kedai yang sama.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/groups/tukangapahariini/permalink/588243395649604″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Acik Nuar Albanjari [/su_button]