Sejak ada sosial media ni, macam-macam tip yang kita dapat di hujung jari sahaja! Tinggal rajin atau malas, nak ikut tak nak ikut je la kan?
Misalnya seperti yang akan dikongsikan hari ini, iaitu cara mudah, cepat dan jimat untuk merebus nasi impit. Ada sesetengah orang, ambil jalan singkat dengan menggunakan Pressure Cooker sahaja untuk merebus nasi impit.
Bagi yang tiada gajet itu, ada juga yang merebus menggunakan periuk nasi sahaja! Tetapi, terhad la jumlah untuk dimasaknya. Betul tak?
Haaa apa kata kita back to basic je, guna cara dulu-dulu masak atas api guna periuk! Tapi… Versi jimat gas! Tak ramai yang tahu trik ini, lepas ni sehari sebelum raya boleh cuba menjadi ke tidak. ok?
PETUA REBUS NASI IMPIT JIMAT GAS & ELEKTRIK
1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi impit.
2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.
3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
Ads
4. Selepas 30 minit, buka semua api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu.
Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat mcm ni sebab tak ada pressure cooker. Jika masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan guna periuk besar serta kuantiti air yang cukup dan betul-betul mendidih.
Jika masih terfikir-fikir menu apa yang ingin disediakan di pagi raya nanti, apa kata sediakan 3 menu istimewa ni. Ada menu nasi, ayam dan daging. Diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi idea untuk dijadikan menu untuk santapan seisi keluarga. Jika mahukan lebih daripada ini, ada banyak lagi pilihan resipi di dalam majalah Keluarga yang boleh dijadikan pilihan. Selamat mencuba!
Rendang Daging Minang
Bahan-bahan:
1.5 kg daging lembu
500 gm bawang besar-dikisar
300 gm bawang putih-dikisar
200 gm halia-dikisar
200 gm kunyit hidup-dikisar
200 gm lengkuas-dikisar
30 gm daun kunyit-dikisar
200 gm cili padi-dikisar
300 gm cili merah-dikisar
1 kg santan
6 batang serai (di ketuk)
30 gm daun kunyit
500 gm kerisik kelapa
200 gm serbuk perasa
10 gm asam keping
Cara Memasak:
Potong daging dan bersihkan, kemudian tos airnya.
Panaskan kuali, selepas itu masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, bersama dengan daun kunyit dan serai.
Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga daging menjadi empuk.
Bila daging sudah empuk atau lembut, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan kerisik kelapa dan kacau lagi.
Biarkan rendang tadi sehingga kering sedikit, kemudian masukkan serbuk perasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biarkan rendang itu kering.
Siap untuk dihidangkan.
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
1 kg minyak masak
500 gm bawang merah-dikisar
500 gm bawang putih-dikisar
100 gm halia-dikisar
100 gm rempah 3 sekawan
6 batang serai
10 gm daun pandan
500 gm bbawang besar
20 gm tomato (potong wedges)
500 gm cili giling
200 gm tomato puree
1 tin susu cair
20 gm serbuk kunyit
200 gm serbuk perasa
Cara Memasak:
Bersihkan ayam dan potong kecil, kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit.
Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak.
Keluarkan sedikit minyak dari gorengan ayam tadi dan masukkan rempah 3 sekawan. Masukkan daun pandan dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
Kacau perlahan-lahan sehingga naik baunya. Kemudian masukkan cili giling, serai dan bawang besar sehingga sebati.
Masukkan tomato puree dan kacau lagi. Biarkan beberapa minit sehingga kuahnya benar-benar masak.
Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan.
Masukkan sedikit air dan kacau perlahan.
Masukkan susu cair.
Biarkan mendidih, masukkan serbuk perasa dan sedikit gula.
Bila sudah masak secukupnya. Siap untuk di hidangkan.
Nasi Briyani Aidilfitri
Bahan-bahan:
1 kg beras Basmathi
500 gm minyak sapi
100 gm rempah 3 sekawan
500 gm rempah briyani
200 gm serbuk ketumbar
100 gm jintan putih
200 gm tomato pes
200gm yoghurt plain
30 ml kordial orange
5 helai daun pandan
1 tin susu cair
300 gm bawang merah-dikisar
200 gm bawang putih-dikisar
200 gm halia-dikisar
20 gm kismis hitam
20 gm kismis kuning
100 gm daun sup
100 gm bawang goreng
Cara Memasak:
Beras Basmathi di basuh, dibersihkan dan ditos.
Minyak sapi di panaskan. Selepas itu, masukkan rempah 3 sekawan, daun pandan, bawang merah, bawang putih dan halia. Serta rempah briyani dan juga jintan putih, tomato, yoghurt plain dan kordial oren serta susu cair.
Masukkan beras dan rempah tadi ke dalam periuk dan ikut sukatan airnya.
Biarkan beras mendidih sehingga kering airnya.
Bila sudah masak bolehlah di hidang dan di taburkan dengan kismis hitam dan kismis kuning bersama dengan bawang goreng dan juga daun sup.
sumber : Majalah Keluarga Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik makan sup atau daging goreng sahaja, apa kata ibu-ibu cuba resipi Yang dikongsikan oleh saudara Hmi Yusof ini . Nampak sedap dan menyelerakan.
Daging bakar Thailand style.. Sawadikappp…!!! Gais, saya nak share menu saya try semalam. Nampak macam sikit & simple tapi bila makan memang kenyang.
Kalau dah bosan mengadap nasi hari-hariBoleh la cuba resepi ni…serius sedap. aroma segar dari daun ketumbar buat rasa nak repeat buat lagi.
Jangan lupa share dulu, nanti dah kebawah post ni jenuh nak scroll balik bile nak buat. Raya korban dah dekat nanti daging banyak kat rumah boleh la cuba.
RESEPI
Untuk daging:
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Serbuk lada hitam
Minyak masak .
Caranya:
Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam. Lepas tu bakar ikut tahap garing yang korang suka.
Tips:
Jangan bakar lama sangat untuk maintain moist daging tu.. baru sedap.
Saya bakar atas hot plat / gridle pan. . Untuk Pencicah… Bawang putih (bakar dulu) Cili merah Cili thai Daun ketumbar Sos nampla(sos ikan) Air limau nipis .
Caranya:
Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
Cincang halus daun ketumbar Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis.
Nak hidang bersama salad atau bahan lain pun boleh juga.Tapi saya suka steam & grill vege. . .Sos ni sedap juga kalau uolls nak grill udang @ sotong sekali…Siappp…!!! jom makann….
Sumber: fb Hilmi Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.