Kacang merah sememangnya tidak asing lagi dalam kebanyakkan sajian makanan terutamanya pencuci mulut seperti cencol, bubur kacang merah dan aiskrim. Selain khasiatnya yang bagus untuk tubuh badan, rasanya yang lemak-lemak manis itu sangat seronok untuk dinikmati.
Menurut perkongsian resipi aiskrim kacang merah oleh Siti Rohana, aiskrim ini boleh jadi snek untuk sesekali layankan karenah anak-anak di rumah. Selain itu, step yang dikongsikan ini juga sangat mudah diikut disamping boleh berjimat.
“Mudah je buat aiskrim kacang merah ni dan lebih jimat bila buat sendiri. Manis, lemak berkrim secukup rasa, anak-anak pun mesti suka”.
Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim
Bahan-bahan:
- Kacang merah (lebih kurang 300grm)
- 1.5 liter air masak
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 satu kotak santan (kecil)
- 1 tin susu cair
- 3 sudu tepung pulut
- 3 sudu tepung jagung
- Sedikit sirap
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
– Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek. (Lagi lama rendam kacang lagi bagus senang empuk). Kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap. Resipi diatas anggaran sahaja.
– Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.
– 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixer.
– Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.
– Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi warna cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati. Tutup api.
– Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
Sumber: Siti Rohana
Wanita Ini Kongsi Teknik Buat Donut Lebih Lembut Dan Tahan Lama. Siap Ada Tip Cara Uli Dan Goreng. Gerenti Jadi!
Nak buat donut ni nampak aje mudah tapi jika salah sukatan, keras dibuatnya. Tiada lagi gebus gebasnya.
Sebagaimana resipi ni, mudah sekali ikut sukatan canwan dan daripada pengalaman membuat donut sendiri. Paling menarik disertakan dengan tip untuk pastikan donut jadi lebih lembut dan tahan lama.
Ikuti perkongsian ini.
Tips dan resepi buat donat. Berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi mohon maaf salah silap dan kekurangan. Ada orang pandai, takyah sukat, takyah uli pun jadi. Tapi macam Sis ni kurang pandai, kena sukat, kena uli, baru jadi. Sis cakap awal-awal taw. Resepi ni memerlukan uli-menguli. Tu teknik utama. Jadi yang tak suka menguli, boleh abaikan. Yang suka menguli, bersedialah baca post yang panjang.
Kita mula dengan resepi dulu ye. Setakat ni, resepi Sis pakai satu je. Bahan pun setakat yang ada dalam dapur. Mudah dapatlah kiranya. Dan dengan resepi ni jugak Sis buat crust pizza, pau, roti. Semua boleh. Cuma beza pada lama menguli je. Alhamdulillah. Setakat ni, tak pernah lagi tak jadi donatnya. Resepi tak payah uli pun ada. Tapi Sis selesa resepi yang ada uli2. Suka ber’me’time di dapur. So kalau korang ada resepi takyah uli, dan selesa macam tu, pakai je resepi masing2.
Resepi donat:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam (jangan panas, nanti yis mati)
1 sudu makan yis (rata, jangan membukit)
2 sudu makan gula (rata)
1 sudu makan marjerin (membukit)
Campur kesemua bahan dalam bekas. Sis tak bancuh yis. Campur terus.
Bila dah campur, gaul rata dan boleh mula menguli. Nak senang, uli pakai mixer atau breadmaker kalau ada.
Kalau pakai mixer, pakai hook yang bergulung tu. Tapi maksimum 3/4 cawan tepung jelah. Kalau lebih, takut motor mixer rosak. Uli sampai muka doh jadi licin macam telur dikupas.
TEKNIK RAHSIA DONUT CANTIK
Tu rahsia donat cantik dan gebu. Berapa lama nak dapat macam tu? Kalau pakai mixer, 5/7 minit je. Rujuk gambar mixer dan hook dan baca caption ye. Kena ada cara yang betul supaya mixer tak rosak. Kalau takda mixer, pakailah tangan. Ulilah semampu kita.
Lepas uli, bulatkan doh jadi bola dan rehatkan. Masa biasa sejam. Tapi bergantung suhu keadaan sekeliling. Kalau panas, cepat kembang dohnya. Kalau lembap, lambat sikitlah. Asal dah naik dua kali ganda saiz asal, oklah tu.
Bila dah kembang, dah cukup masa, tumbuk2 doh untuk buang angin.
Lepastu uli balik dalam seminit dua.Lepastu boleh bentukkan jadi bentuk donat. Pakai acuan boleh. Canai dan tekap. Sis biasa pakai tangan. Timbang doh 75gram sebijik. Pastu bulat2kan jadi licin. Pastu penyek kat tapak tangan dan cucuk di tgh2 dengan jari.
Dapatlah bentuk donat. Lepas bentukkan, rehatkan lagi dalam 30/40 minit.
Dah cukup masa, goreng donat. Macam mana tahu dah cukup kembang atau tak? Sebelum goreng, masa angkat donat tu, timang2 dalam tapak tangan ke, kalau rasa ringan dan nampak kembang dah, bolehlah goreng.
GORENG API PERLAHAN
Goreng dengan minyak yang panas, tapi api slow. Caranya, panaskan dulu minyak dengan api sederhana atau kuat. Bila minyak dah panas, turunkan jadi api perlahan. Barulah goreng donat. Balikkan sekali je donat tu ye. Supaya tak serap minyak.
Bila dah masak, boleh salut dengan gula ke, susu ke, coklat ke, apa2 sajalah kesukaan kita.
Tips:
CAWAN SUKAT
Cawan sukat tepung dan air, mesti cawan yang sama. Jangan lain2 saiz. Nanti nisbah lari. Sis pakai cawan metrik. Boleh beli dekat DIY.
CARA BANCUH YIS
Yis. Kalau dah biasa bancuh dengan air dan tunggu berbuih, buatlah cara tu. Cara saya ni cara malas. So kalau tak yakin yis ok ke tak, bancuhlah dulu. Kalo tak berbuih, rosaklah yis tu. Saya selalu check ngan sudu plastik.
Cucuk je sudu tu dalam peket yis tu. Kalo melekat yis, ok lagi tu. Hidup lagi.
Air suam kalau tak pasti, pakai air biasa je. Kekadang terlampau panas, mati pulak yis.
Uli doh sampai licin kalau nak donat tu cantik dan lembut.
ALAT ULI
Ada orang uli sampai doh jadi elastik macam gula getah. Mmg lembut sangat donatnya. Tapi kalau tak mampu atau takde peralatan yang sesuai, takpelah. Yang penting donat tak keras batu.
REHATKAN DOH DALAM OVEN
Kalau korang jenis yang bahagi2kan doh jadi kecik2 atau timbang doh kecik2 baru bentukkan jadi donat, Sis cadangkan belajar teknik rounding sekali. Rounding bagi cantik. Licin. InsyaAllah, lawa donat. Boleh tgk video rounding dough kat youtube.
Rehatkan doh di tempat tertutup dan panas kalau nak doh cepat naik. Sis biasa rehatkan dalam oven je. Tak payah on pun oven tu. Just rehatkan je dalam tu. Sebab tertutup kan. Panas sikit.
GUNA RESIPI SAMA BOLEH BUAT PIZA DAN ROTI LAIN
Guna resepi yang sama, boleh buat pizza, roti, pau. Kalau buat pizza, Sis biasa uli sikit je. Sebab crust pizza tak gebu sangat pun takpe. Tapi kalau nak gebu, ulilah lama. Kalau buat roti, baru Sis uli lama. Sampai elastik dohnya. Nak dapat roti macam kapas kat dalamnya. Resepi lain banyak je untuk roti ni. Tapi Sis ni guna resepi satu ni je.
ROTI TAHAN LAMA, LEMBUT DAN LEBIH SEDAP
Nak sedap lagi, nak roti tahan lagi, kena ada bahan lainlah. Improver ke, softener ke, K Fine Cream ke. Ni biasa orang meniagalah guna. Nak bagi roti tahan lama. Kalo guna improver, guna softener sekali. Tapi kalo guna K Fine, cukup K Fine saja. Sbb lengkap dah fungsi dia. Utk lembutkan roti, bagi tahan. Tepung kalo guna high protein, lagi baik. Tapi sukatan air saya tak pandai sgt utk tepung jenis tu. So sy x dptlah nak ajar. Bahan2 ni semua cari kat kedai bakery. Dan kena guna resepi lainlah ye. Resepi saya simple je.
Bagi Sis, donat ni mudah je. Asal cukup cecair dan paling penting cukup uli. Lembutlah dia.
JANGAN TERLEBIH PERAP ELAK DOH JADI MASAM
Lepas bentukkan donat, kita letak atas pinggan. Taburlah tepung dulu biar banyak sikit. Supaya donat tak melekat kat pinggan. Nanti susah nak angkat. Penyek pulak kena tangan kita. Masa goreng, jadi tak lawa. Jangan terlebih perap. Bila terlalu lama perap, doh jadi masam. Bau pun tak sedap. Dan nanti mudah penyek bila nak angkat. Bila goreng, donat jadi keras. So suggested time perap lepas bentukkan jadi donat tu dalam 30 minit gitu. Asal dah kembang, dah ringan dalam tangan, bolehlah goreng.
GUNA SCRAPER ANGKAT DOH DONAT
Satu lagi. Kadang2 ada yang tak berapa pandai nak angkat donat masa nak goreng. Sis cadangkan guna scraper. Boleh tgk gambar kat bawah.
Ada gak lapik dengan baking paper. Angkat baking paper dan terbalikkan donat dlm kuali. Boleh gak. Tetap kena tabur tepung gak atas baking paper tu, sbb mmg melekat gak sikit2.
TRY AND ERROR
Resepi donat ada banyak. Tapi Sis guna mudah camni je. Alhamdulillah sentiasa menjadi. Dan kawan2 Sis yang pernah try pun menjadi gak. Uli kena cukup. Tu penting. Tapi kalau tak jadi, bolehlah explore resepi lain yang mudah dan sesuai dengan kita. Dan tips yang paling berguna sekali, kalau gagal sekali dua, jangan give up. Cubalah lagi. Explore resepi lain pulak. Mana yang sesuai dengan kita. Sis gagal lebih sepuluh kali sebelum faham cara dan jumpa resepi yang sesuai. So jangan cepat menyerah. Sis bukan pakar, penjual donat pun bukan. Cuma seorang ibu yang suka mendonat.
Ni la saja ceritanya. Sorrylah panjang sikit. Sis berkongsi. Kalau kita nak makan sesaja, tak penting sangatlah rupa tu. Asal sedap. Tapi mana tau ada nak buat meniaga ke. Kenalah buat lawa2 kan? Sis harap tips2 ni membantu. Resepi tu bolehlah pakai kalau berkenan. Kalau tak, boleh try resepi lain. Tapi tipsnya biasanya lebih kurang je. Selamat mencuba. Mohon maaf mana2 yang kurang. Last sekali, Sis minta maaf taw kalo korang cuba resepi ni, tapi tak jadi. Bolehlah explore resepi lain. Teknik dan pengalaman pun penting. Makin selalu buat, makin faham, mesti jadi. InsyaAllah.
Selamat mencuba!
Kredit: Khairunnisa Mohammad
Petua Lembutkan Daging Tanpa Perlu Rebus Lama Yang Jarang Orang Buat. Wanita Ni Kongsikan Caranya. Mudah & Cepat!
Memasak antara aktiviti yang menyeronokkan, apa lagi bila hasil yang dimasak menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga. Namun, kadang kala ada benda yang menyebabkan proses memasak tergendala atau mengambil masa yang lama. Misalnya memasak daging, kalau tak kena caranya gdaging menjadi liat dan tidak sedap dikunyah.
Nah, admin kongsikan beberapa petua mudah melembutkan daging. Petua ini dimuat naik oleh puan Awatif Osman. Selamat mencuba!
5 PETUA MUDAH LEMBUTKAN DAGING
===========================
Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.
Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.
- Potong daging lawan urat.
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
- Rebus daging sambil tutup periuk.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
- Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
- Rebus bersama nenas
Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.
- Rendam bersama soda bikarbonat.
Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.
Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?
Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Ada Lebihan Nasi, Buatkan Apam Nasi Gebu Yang Sedap & Comel. Confirm Seisi Keluarga Teruja Nak Makan!
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520