Apabila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam, pasti ibu bapa tak senang duduk kan. Masalah demam ni jangan dibuat main, boleh mengundang bahaya tak kira anak mahupun orang dewasa.Kerana itu cvepat-cepat dapatkan rawatan dengan doktor.
Namun ada kalanya anak-anak atau kita sendiri sebagai orang dewasa diserang demam secara tiba-tiba. Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Kaedah ini sesuai dicuba jika di halaman rumah anda ada ditanam pokok bunga raya berwarna putih. Atau mungkin di rumah jiran yang berdekatan, jadi bolehlah minta sedikit buat penawar kepada demam anak atau anda sendri. Tetapi jika demam tersebut berlarutan, sebaiknya jumpa dengan doktor itu yang terbaik.
Bunga raya putih.
Jika anak anda demam, suhu badan tinggi, atau orang dewasa pun boleh, ambil 5 helai daun bunga raya putih dan sekuntum bunganya.
Ramaskan di dalam semangkuk air. Sapukan ke kepala sampai basah rambut. Bila dah kering buat semula sampai basah rambut.
Insya Allah suhu di kepala akan segera turun dan suhu badan juga akan mulai turun.
Selain kaedah merendam, anda boleh cuba cara ini juga. Lendiran yang ada pada bunga kebangsaan ini juga dikatakan mampu mengurangkan demam si kecil. Tumbuk dan gumpalkan daun bunga raya sebelum dilumurkan di bahagian kepala.
Sumber: Petua IbuBunga