Jika Tanam Pokok Tapi ‘Malas’ Nak Berbuah, Cuba Ikut Formula Ni. Orang Thai Dah Lama Buat!

Share

Beras siam, mangga siam dan durian siam antara produk pertanian keluaran dari negara Thailand yang cukup biasa kita dengar. Kata orang jika dapat menikmati buah-buahan di sana, rasanya cukup manis dan berkualiti tinggi.

Disebabkan itu juga, kadang kala timbul juga perasaan geram  di hati bila lihat hasil pertanian pekebun di sana. Pokoknya masih kecil namun telah menghasilkan buah yang banyak. Tapi bila kita cuba tanam sebatang dua pokok buah-buahan di halaman rumah, lain pula jadinya.

Pokok sudah meninggi tapi lambat pula  mengeluarkan hasil. Kenapa ini boleh terjadi? Apa sebenarnya rahsia yang digunakan oleh pekebun di Thailand yang mungkin boleh dipraktikkan oleh kita di sini.

Sebagaimana  perkongsian daripada Ladang Muhammad di FBnya, dikatakan orang Thailand ada membuat bahan untuk hormon penggalak buah

yang dihasilkan secara mudah. Anda patut cuba!

 

Bahan-bahan:

  • 2 kg kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2 kg gula perang
  • 1biji ragi tapai
  • 1 botol yakult
  • 2 kotak susu segar
  • 2 biji air kelapa muda

Cara-cara:
1. Kisar halus kulit telur dengan menggunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.

 

Sumber : Ladang Muhammad