“Jika Tak Mampu Nak Bantu, Usahlah Menyakiti Hati Mereka.” Deep Perkongsian Ni Menyentuh Tentang Car Seat!

Share

Semua antara kita sedia maklum  penggunaan car seat wajib digunakan untuk golongan kanak-kanak di dalam kereta bagi memenuhi undang-undang yang ditetapkan.

Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi, dan turut terpanggil seorang ayah ini untuk berkongsi pandangannya.

Ini perkongsiannya.


Aku pentingkan keselamatan anak-anak. Sebab itu sebelum ini pun aku dah ada 2 biji carseat.

Dua minggu lepas, Kak Wana pemilik Tateh hadiahkan satu lagi carseat yang lebih elok, lulus SIRIM dan berkualiti. Alhamdulillah.

Dan kereta aku muat untuk 7 penumpang. Maka tiada masalah untuk aku dan 4 orang anak ke mana-mana dengan bawa semua anak-anak siap pakai carseat lagi.

 

Walau aku ada 3 carseat, walau kereta aku muat untuk bawa semua anak-anak dan isteri siap masukkan carseat dalam kereta, ia tidak menjadikan aku boleh menyindir mereka yang tidak mampu beli carseat.

Suara hati orang yang tak mampu, kena fahami juga. Belum cerita mereka yang ada anak 4-5 sedangkan naik Viva, naik Wira sahaja. Celah mana nak selit carseat tu?

Disamping terus menerus sebarkan kesedaran pentingnya setiap keluarga memiliki carseat, adalah sangat penting untuk cuba berada dalam kasut mereka dan menjaga perasaan mereka.

Komen “Siapa suruh beranak ramai?” “Beli kereta mampu takkan carseat tak mampu?” “Ibubapa yang hanya pentingkan diri sendiri dan tak sayang nyawa anak” “InsyaAllah makin ramai kanak-kanak mati” dan komen-komen seumpamanya tidak sedikit pun membantu mereka.

Carseat penting dan bagus untuk keselamatan anak-anak kita. Aku setuju tanpa takwil. Setiap keluarga sepatutnya ada carseat jika ada anak kecil dalam keluarga. At least untuk anak usia bawah 3 tahun.

Jadi yang belum ada carseat, cubalah sediakan sekurangnya satu untuk anak paling kecil ya. Dan yang berada, berduit, dah ada carseat, ada kereta besar usahlah memandang rendah pada kawan-kawan kita yang belum mampu nak beli carseat mahupun tukar kereta besar.

Jika tidak mampu nak bantu, usahlah menyakiti hati mereka pula. Begitu.

sumber : Mohd Fadli Salleh