Peti sejuk, barangan elektrik yang sangat penting untuk menyimpan makanan baik yang mentah mahupun sudah masak. Pernah tak anda berdepan masalah ia tiba-tiba tidak berfungsi, dengan kata lain rosak atau tidak sejuk.
Rupa-rupanya ada yang kita buat menyebabkan ia rosak. Ini lima perkara yang nampak biasa tetapi boleh mengundang masalah. Cara ini dikongsikan oleh Kedai Baikpulih Hairul Vcool.
1. Jangan buka pintu terlalu lama
Jika pintu di buka lama, motor compressor terpaksa bekerja lebih keras kerana suhu sejuk dari peti akan keluar. Jadi, apabila ditutup, compressor terpaksa bekerja keras untuk sejukkan semula ke suhu yang telah disetkan.
2. Jangan letak barang panas dalam peti sejuk
Jangan terus masukkan makanan yang panas ke dalam peti sejuk. Ini kerana ia berbeza suhu, misalnya suhu makanan 40 darjah selsius manakala peti sejuk -18 darjah selsius.
Perubahan suhu akan berlaku di dalam compartment dan peti sejuk perlu bekerja keras untuk sejuk semula. Jika peti sejuk jenis inverter, ia akan bekerja lebih keras, maka compressor akan cepat rosak. Sejukkan dahulu makanan sebelum masukkan ke dalam peti sejuk, pesannya.
3. Elak isi muatan banyak dalam peti sejuk
Isipadu peti ais (300L, 400L dsb) menunjukkan kapasiti yang boleh dimasukkan. Bila terlebih muatan, ia akan menutup ruang peredaran udara di dalam peti ais dan boleh menyebabkan ia menjadi ‘semput’.
4. Jaga kebersihan peti sejuk
Ads
Makanan yang tamat tempoh boleh mengeluarkan bau dan ini menjejaskan makanan lain. Apabila makanan lama tidak dibuang atau dikeluarkan, ia akan menyebabkan peti menjadi padat sehingga boleh menyebabkan berlakunya tumpahan.
Tumpahan makanan di dalam peti ais bukan sahaja boleh mengotorkan peti ais, tetapi menyebabkan peti berkarat. Malah, getah pintu juga boleh pecah dan akhirnya menyebabkan ia tidak dapat ditutup dengan rapat, mendorong kepada permasalahan lain.
Sebaiknya, keluarkan barang di dalamnya untuk dicuci pada bahagian dalam sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
5. Berkongsi kepala plug
Penggunaan soket yang sama boleh menyebabkan peti ais cepat rosak. Apabila pengguna kerap menutup dan membuka suis apabila menggantikan kepala plug pada soket dengan plug peralatan elektrik yang lain.
“Paling banyak sekali plug peti ais berkongsi dengan mesin pengisar (blender). Masa nak guna blender, dia tutup peti ais, dia pasang blender. Dah siap blender, dia pasang peti ais pulak. Jadi on off on off, peti ais akan jadi cepat rosak,” jelas Hairul lagi.
Pengalaman melihat sendiri perusahaan membuat fish cake dan fish ball di satu perkampungan industri sedikit masa dulu buat rasa geli hendak menjamah makanan yang satu ini.
Itu jugalah penyebab fish cake bukan jadi makanan kegemaran setiap kali hendak memasak.
Tapi tak dinafikan penambahan fish cake dalam beberapa resipi memang membantu malah buat rasa makanan lebih sedap. Soalnya bagaimana nak jadikan kita makan dengan rasa selamat, suci dan halal malah tanpa rasa was-was?
Memilih untuk membuat sendiri adalah pilihan tepat. Perkongsian wanita bernama Tahrunisah Jali di facebooknya menjadi ikutan ramai. Jom kitacuba resipi yang dikongsikannya ini. Paling penting bersih dan halal.
Assalamualaikum..sebelum ini saya ada berkongsi resepi fish ball, sekarang saya kongsikan resepi fish cake pula. Memang ia sangat kenyal seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa Melayu. Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.
Bahan-bahan:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari ais batu)
Caranya:
1. Asingkan isi ikan tenggiri dan kisar halus dalam food prosessor.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais dan kisar lagi.
3. Masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak boleh tambahkan sedikit).
4. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar sebati.
5. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.
6. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware yang tahan panas.
7. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu, supaya senang nak keluarkannya.
8. Ratakan serta padat-padatkan adunannya. Gunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak.
9. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
10. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fish cake.
11. Panaskan minyak dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!
Kebiasaannya jika kita membeli sebiji buah betik dan bila dimakan rasa buahnya manis mulalah terdetik di dalam hati, kalau disemai benih buah betik tersebut bagus juga. Mesti bila berbuah nanti rasanya juga manis dan enak seperti buah yang dimakan. Boleh lah kita beranggapan, baka dari buah yang baik tentu hasilnya pun baik.
Pun begitu, bila berhajat untuk menyemai biji betik, anda perlu kenal terlebih dahulu biji benih jantan dan betina. Ini kerana hanya biji benih betina sahaja yang ditanam untuk memastikan pokok tersebut akan mengeluarkan buah.
Untuk mengetahui lanjut tentang pemilihan biji benih betik yang mudah, jom baca perkongsian daripada Ardi Tani.
Ini perkongsiannya;
Nak tanam benih ni jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina yang mana jantan seawal biji benih lagi.
Ini biji benih dari separuh buah betik..yang belah kiri warnanya hitam dan yang belah kanan warnanya hitam pudar sikit. Kebiasaannya yang hitam gelap betina dan yang hitam pudar jantan.
Untuk hasilkan buah kita semai yang belah kiri.
Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah kanan tu..
Jom tanam Betik…Betik pun nak Beli harganya dah mahal juga sekilo.
Sebelum semai saya basuh buang selaput luar dia dan jemur bagi kering.
Selepas itu baru semai di dalam lubang tray jenis tinggi dengan menggunakan medium cocopeat lama campur cocopeat baru
Apabila anak benih telah mengeluarkan daun dan akar penuh begini adalah masa terbaik untuk dipindahkan ke polybag.
Sebagai anak,kita tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk orang tua kita. Selagi nyawa dikandung badan, akan diusahakan untuk menunaikan impian dan harapan ibu ayah.
Itulah yang cuba direalisasikan oleh seorang anak perempuan ini, iaitu Puan Maslina Samidi kepada ibu tercinta.
Ini rumah yang ibu cita-citakan lama dulu. Ibu kata, dapat buat pondok kecil, ada sebiji tandas pun jadilah. Tanah ini tanah pusaka arwah ayah. Andai kata umur saya tak panjang, ibu ada tempat berteduh. Ibu cuma mahukan rumah kecil, semacam pondok. Rumah asas sahaja dengan kos pembinaan yang mampu milik.
Konsep Tiny House
Konsep rumah kontraktor KAAF builder yang berikan cadangan. Kami minta design tiny house yang tipikal asalnya. Tapi KAAF builder mahu jadikan rumah kami sebagai yang pertama untuk mereka bina dengan konsep moden. Dan ibu setuju dengan konsep dan kos yang dicadangkan.
Untuk deco, simple saja. Saya cuba kekalkan konsep putih di dalam rumah. Luas rumah cuma 600 kaki, memang perlukan perabot yang ringkas. Saya beli sedikit demi sedikit untuk lengkapkan barang di dalam rumah, sehingga Feb 2020 barulah rumah boleh diduduki sepenuhnya.
Rumah itu ambil masa dalam 5 bulan untuk siap sepenuhnya pada Ogos 2019. Cuma Feb 2020 barulah semua kelengkapan perabot siap. Kami jadikan rumah tersebut sebagai rumah untuk berehat di hujung minggu.Tidak ada ubah suai setakat ini. Cuma tambahan seperti pagar dan pokok hiasan sahaja.
Apabila rumah tersebut siap, dan sikit demi sedikit rumah tersebut mula lengkap, ibu saya sangat gembira. Kerana tidak ada di dalam gambaran bagaimana rupa sebenar apabila rumah tersebut siap. Dan Ibu tahu ibu tidak silap buat pilihan. Kami suka dengan konsep rumah yang kecil, ringkas tapi moden. Kami cuba kekalkan konsep minimalis hingga hari ini.
Buat yang tercari perabot konsep minimalis, boleh cuci mata DI SINI
Persiapkan Untuk Ibu
Kami 7 sekeluarga. Ada dua bilik sahaja dan Ibu suka duduk di laman, waktu pagi. Kami syukur Allah izinkan kami punya rumah yang unik seperti ini. Niat asalnya sebagai tempat ibu berteduh sekiranya terjadi apa-apa pada saya, ibu ada tempat tinggal. Ibu memang tinggal dengan saya sejak saya berkawin sehingga sekarang. Selepas rumah ini siap, tidak ada lagi kerisauan untuk saya sekiranya saya yang pergi dulu. Ibu ada rumahnya sendiri. Tanah itu tanah pusaka yang diberikan kepada saya, dan kami bersama-sama mengumpul duit untuk bina rumah tersebut.