Dilahirkan dengan masalah penglihatan sejak kecil, Anisa wanita berjiwa kental ini seboleh bolehnya mahu membuktikan di sebalik kekurangan diri, dia tetap berusaha mahu mencari rezeki halal seperti orang lain.
Kekurangan dan kelemahan diri tidak pernah menjadi batu penghalang buat dirinya untuk melakar kejayaan seperti insan sempurna lain.
Pemilik nama sebenar, Khairul Anissa Mat Samsuddin yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini terarah ke dunia niaga dan aktif menjadi pengedar pelbagai jenama produk daripada rangkaian makanan kesihatan hinggalah regim kecantikan.
Terbaru, wanita berasal dari Klang, Selangor namun menyewa di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur ini tular dan mencuri perhatian di aplikasi TikTok selepas berjinak jinak sebagai pengedar produk jenama Nurraysa.
“Saya tak mahu berpeluk tubuh mengharapkan simpati dan belas kasihan. Saya nak buktikan biarpun tak nampak, insya-Allah dengan usaha berterusan pasti ada kejayaan menyusul.
“Namun lumrah di sebalik kekurangan diri itu saya juga terus diadili dengan pandangan skeptikal. Ada yang meragui kebolehan saya untuk menjual itu ini. Pernah satu tahap rasa nak menangis dan tinggalkan terus dunia berniaga.
“Tapi saya tak akan dapat apa pun jika terus menyerah dan mengeluh. Pilihan yang ada ialah untuk jadi kuat dan menepis ego dan rasa tak ‘best’. Saya fikir, jika tak cari rezeki, bagaimana nak meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Sebagai manusia yang asalnya dilahirkan normal, namun 10 bulan selepas itu diserang kanser mata hingga hilang penglihatan, Anisa ada ketikanya bagai hilang punca dihukum dan dikutuk seperti tiada hati dan perasaan.
“Saya sudahlah lahir serba kekurangan, kemudian ditekan pula dengan kata sinis. Tentunya, lagi pedih rasa hati ini. Tapi saya tak minta lahir sebegini.
“Pernah ketika saya menjual produk makanan berasaskan coklat, ada yang komen kasar cakap saya ini sudahlah tak nampak, OKU (orang kurang upaya)…bersihkah dan terjaga ke kualiti makanan itu.
“Yang pernah meragui tahap halal makanan itu pun ada. Sedangkan terang terang makanan itu berstatus halal,” katanya.
Ads
Ikutkan cabaran dan dugaan besar Anisa tidak pernah terhenti. Hingga saat dia berkahwin dengan cinta hatinya, Muhamad Mazwan Shakir, wanita itu terus diuji.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata masing masing berusia 9 dan 14 tahun.
“Keputusan berkahwin saya anggap jodoh yang sudah tertulis. Seperti perkahwinan orang lain, fasa turun naik itu ada. Cabaran utama saya dan suami ketika itu ialah aspek kewangan. Nak besarkan anak lagi.
“Dari Selangor, kami selepas berkahwin berpindah ke Port Dickson. Suami ketika itu bekerja sebagai tukang urut dengan gaji RM350. Kami seterusnya berpindah ke KL.
“Masa itu saya dan suami mencari rezeki dengan cara persembahan jalanan atau ‘busking’. Ditakdirkan pandemik COVID-19 menyerang dunia. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, kerja ‘busking’ tak boleh diteruskan,” katanya.
Ketika hidupnya hampir gelap, timbul cahaya di hujung terowong, penyertaannya sebagai pengedar Nurraysa tanpa diduga membuka pintu rezeki.
“Saya mencuba nasib berjinak jinak dengan aplikasi TikTok untuk menjual barangan jenama itu. Selain foundation, saya juga jual gincu Magic Lipstick. Tak sangka pula, saya jadi perhatian di aplikasi itu hingga ramai yang nak membeli selepas menonton video pendek di Tiktok. Tak menang tangan jadinya mencatit tempahan dan membuat pesanan barang,” katanya.
Tanpa berselindung, Anisa mengakui rasa malu apabila namanya tular di TikTok.
“Rasa macam artislah ibaratnya. Tapi saya tetap Anisa yang dulu. Yang sentiasa nak buktikan diri ini juga boleh jadi sempurna macam orang normal lain.
“Dalam masa dua minggu, saya berjaya meraih jualan RM1700. Ia satu pengalaman menyeronokkan. Menjadi pengedar Nurraysa juga mendekatkan saya dengan insan baik di sekeliling. Saya sendiri mempunyai ketua dan pengasas yang mesra dengan pengedarnya. Terima kasih Nurraysa,” katanya sebelum menutup perbualan.
Tak sah kalau tidak singgah membeli setiap kali melalui kawasan yang menjual air. Tambah-tambah lagi air kesukaan anak-anak. Walaupun mungkin sedap, tetapi hati-hati kerana air yang dibuat diluar sana lebih manis.
Buat ibu-ibu yang ingin memikat hati anak-anak supaya tidak membeli air diluar, apa kata anda sediakan sendiri di rumah. Lebih mudah, jimat dan paling penting dapat dikawal terutama sekali penggunaan bahan pewarna mahupun gula di dalamnya.
Jom cuba AirSunquick Ala Vitagen yang dikongsikan oleh Saleha Maarof.
Selamat mencuba.
AIR SUNQUICK ALA VITAGEN ANAK TAK BEREBUT MINUM ?
Opss, nanti dulu. Kalau pun korang memang dah ramai yang tahu, sokay jee tau.
Sal kongsi resepi air sedap ni pada yang belum tahu keasyikkan air ni. lagi-lagi musim panas yang amat ni. Subhanallah terik kan.
Sekali sal try, anak anak kata, sedap nyaaa mama. Nak lagi nak lagi. Asben sal pun kata sedap laa. Eksaited laa sebab kita try jadi kan hehe.
Rasa pun best. Ikut citarasa tau kalau tak suka manis tu. Jangan kata air potong kaki lak. Terpotong bebetul nanti baru tau hehe.
Bahan bahan
Pati sunquick
Susu pekat
Air suam
Ais
Cara buat yang mudah.
1. Sediakan air suam suam je. Just nice tak panas tak sejuk untuk elakkan susu pecah.
2. Yang sal baca katanya masukkan susu dulu. Kacau bagi sekata elok.
3. Letak ais dulu, baru letak pati sunquick tu.
4. Boleh perasakan tahap manis dia. Kalau manis lagi tambah je air ye.
Siappp. Sedap minum time panas ni tau.
Sempena nak puasa ni sal bantu mak mak hidangkan air yang sedap buat sendiri untuk anak anak kita. Jadi jimat sikit duit takyah beli air kan hehe.
Ada jugak kata kalau buat air strawberry pun boleh ikut cara ni. Pun sedap dieorang kata. Korang try jela dulu k. Tak salah cuba.
Moga resepi mudah air ala ala vitagen ni boleh buat anak anak puas minum tak berebut tak cukup cukup kan beli 5pek tu hehe.
So sal izinkan korang share air sedap manis diminum ketika dahaga dan panas ni.
Selamat mencuba.
#SalKongsiResepiAirSedap
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim cuti sekolah begini, pasti banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Tetapi adakalanya kekangan masa dan kerjaya menyebabkan ibu bapa tak berpeluang berbuat demikian.
Tetapi jangan risau, nak menghiburkan anak-anak tak perlukan modal yang banyak. dengan DIY dan modal yang sikit anak-anak pasti suka.
Biasanya kalau ke pantai atau taman rekreasi pasti akan ada yang menjual buih belon atau giant bubble ini. Biasanya RM 5 untuk satu mangkuk kecil.
Anak-anak kalau sudah melihatnya memang akan meminta dibelikan. Tapi ‘giant bubble’ ini sebenarnya boleh saja dihasilkan sendiri di rumah.
Cuti hujung minggu begini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuatnya. Hanya dengan bahan mudah ini, anda boleh buat sendiri. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok
Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini, ibu bapa pun sama
DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main😁#jimat
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN) 1)1.5 Liter Air 2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu 3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND) 1) Tali Kain 2) Tape hitam 3) Hanger Besi 4) Gunting
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita😊 2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat. 3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih. 4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Kredit: Diana Said
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pulut kuning memang antara menu kegemaran ramai. Dapat makan bersama rendang mahupun gulai sedapnya kan.
Tapi ada yang masih kurang yakin nak buat sendiri. Ada yang bila buat hasilnya menecewakan. Pulut mentah, terlebih santan dan sebagainya.
Puan Masmira Idris berkongsi cara masak pulut kuning yang cantik dan tak berderai. lembut pula tu
Sy nak share resepi dan tips utk masak pulut kuning jd cantik, merelit, lemak, lembut, n sebiji² (tak benyai atau lembik/ kembang). Resepi ni dr mak sy, sy guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dh.. Alhamdulillah jd sumber rezeki, yg penting customer selalu rindu nk order lg hehe
Bahan² n steps: 1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu) *beras pulut susu nnt pulut kuning jd benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yg pnjg skit, elakkn yg jenis montok² hehe – bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dlm 2 sb (at least 3 jam) – sebelum kukus, kena bilas blk dgn air paip.. Sejat dgn penapis * perlu bilas blk utk hilang kn bau kunyit berlebihan n pulut tahan lama.. Please jgn guna perwana 2) Halia 1/2 inchi (wangi n buang angin) – kupas n cincang nipis² n paling halus *org yg mkn x kan prasan pon ada halia dlm pulut 😁 3) Daun Pandan 5helai (wangi) – 3 helai koyak 3 n ikat utk letak dlm pulut masa kukus – 2 helai koyak 3 jgk utk buat lapik pulut dlm periuk kukus.. 4) Panaskan air dlm pengukus, n Masukkan beras pulut dlm pengukus, halia cincang tabur bg sekata dlm pulut, dan daun pandan td.. Tutup dan kukus dlm 15-20 minit ikut pd jenis pengukus atau Kuantiti pulut.. So kukus smpai pulut dh msk. 5) santan fresh n pekat : 250-300 gram – dlm besen sederhana, masukkn 2 cwn air panas (baru didih, sy guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sb gula, 1.5 sk garam. Larutkn gula dan garam.. Then masuk kn santan pekat td.. Kacau2 smpai rata sebati.. Test rasa tgk, ada masin n manis sikit.. 6) Sediakan besen yg agak besar, masuk kn pulut yg dh siap dikukus td.. Keluarkn daun pandan.. Tuangkn kuah santan yg dibancuh td ke atas pulut.. Terus kacau2 smpai sekata semua.. Jgn risau tgk kuah santan tu byk (org kedah kata berlaut😅) sbb satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jd lembut.. Make sure kacau pulut smpai rata hilang ketul.. Then tekan² n ratakan dlm besen td, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok utk packing atau mkn..
Tip *** pulut yg cukup lemak, kita akan nmpk santan tu mcm bertali putih² kt senduk.. *** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus blk kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sblum masuk santan.. Kalau kukus blk nnt pecah minyak n lemak santan..santan x lekat pd pulut.. Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sbb kita dh bancuh santan dgn air panas.. *** yg ni resepi dan cara keluarga sy.. Terpulang pd kwn2.. Sy sekadar berkongsi tips utk dapat kn rasa yg sedap n tekstur pulut yg cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sbg sumber rezeki.. Try lah kawan² insyaallah menjadi dan puas hati 😁
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...