Jika Sayangkan Keluarga, Jangan Abai Insuran Perjalanan Sebelum Bercuti Ke Luar negara

Share

“Ibu Alami Stroke Dan Pendarahan Otak Di Luar Negara, Tolong Kami Bawa Balik Ibu Ke Malaysia”

“Suami Saya Kemalangan, Kami Tidak Mampu Bayar Kos Perubatan Disini”

Insiden di atas adalah antara perkara yang sering dipaparkan dalam berita di kaca televisyen mahupun di laman sosial.

Cuti sekolah yang bakal menyusul tiba ini, pasti ramai ibu bapa mempunyai pelbagai perancangan yang telah disusun rapi bagi menikmati masa bersama anak-anak. Salah satu aktiviti yang sering dilakukan adalah dengan bercuti bersama keluarga.

Tapi ketika bercuti terutamanya ke luar negara ramai yang mengambil mudah tentang insuran perjalanan sedangkan ia penting untuk diambil. Ini kerana keseronakan dan kegembiraan bercuti di luar negara boleh direntap apabila berlakunya kemalangan dan musibah yang tidak diduga.

Oleh itu sediakan payung sebelum hujan supaya jika perkara ini berlaku anda telah bersiap sedia.

ANTARA KELEBIHAN MENGAMBIL INSURAN PERJALANAN:

1. Bayaran untuk bil hospital jika berlakunya kemalangan atau jatuh sakit diluar negara serta rawatan lanjut sebaik pulang.

2. Bayaran bil dan menguruskan membawa pulang jenazah jika berlaku kematian diluar negara.

3. Pampasan jika berlaku kehilangan passport, dirompak mahupun kehilangan bagasi diluar negara.

4. Pampasan terhadap kelewatan bagasi dan penangguhan penerbangan oleh syarikat penerbangan.

5. Jika berlaku pembatalan trip saat akhir disebabkan kematian mahupun jatuh sakit,  wang boleh dikembalikan dengan syarikat insuran.

INFO EKSTRA:

Harga insuran perjalanan bergantung pada destinasi dan tempoh perjalanan.

Ia tidaklah terlalu mahal dan sangat berbaloi berbanding harga yang perlu dibayar jika berlakunya musibah seperti perkara seperti diatas..

Insuran perjalanan ini boleh dibeli secara individu mahupun berkelompok satu keluarga.

Oleh yang demikian dalam keseronokkan merancang percutian, jangan sesekali lupa untuk mengambil insuran perjalanan. Masukkan keperluan insuran ini sebagai salah satu ‘check list’ yang mesti dilakukan sebelum pergi bercuti.