“Jika Saya Ke Hospital ‘Double Mask’ Membantu…”Tan Sri Dr Noor Hisham Galak Orang Ramai Pakai Dua Pelitup Muka Hindar Covid-19!

Share

Kebolehjangkitan kes Covid-19 dilihat kian meningkat dan sebagai langkah keselamatan  kita perlu patuh dengan SOP yang ditetapkan. Pemakaian pelitup muka umpamanya, walau selangkah keluar daripada rumah, perlu diberi penekanan untuk memakai pelitup muka bagi meminimumkan dijangkitan Covid-19.

Terkini kita sendiri melihat Tan Sri Dr Noor Hisham memakai bukan satu tetapi double mask pada sidang media baru-baru ini.

Bahkan menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, amalan itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Memakai pelitup muka tambahan selapis lagi adalah bertujuan untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19.

Hasil eksperimen itu, katanya, memperkemaskan pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua mengurangka lagi risiko pemakai kepada pendedahan virus.

“Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.

“Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.

“Jika saya ke hospital ‘double mask’ membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan,” katanya.

Gambar beliau memakai ‘double mask’ tular dan menjadi perbualan di media sosial oleh warganet.

Sumber : H.Metro 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club