Kes virus influenza yang semakin menular kini, pelbagai langkah pencegahan disarankan kepada ibu bapa. Ini bagi mengelakkan lebih ramai yang dijangkiti virus berkenaan. Selain di rumah, sekolah juga antara lokasi yang perlu mendapat perhatian kerana di sini jugalah tempat yang mudah merebaknya virus berkenaan.
Justeru, Dr Zubaidi Hj Ahmad menyarakan beberapa langkah yang boleh di ambil di sekolah bagi tujuan tersebut.
Berikutan penularan virus influenza di sekolah yang semakin hebat, saya mohon mencadangkan untuk dipertimbangkan.
1. KKM latih guru di sekolah buat saringan suhu pada setiap pelajar sekolah. Jika mahu mudah, KKM boleh bekalkan thermometer infrared seperti yang digunakan di lapangan terbang. Satu alat dalam rm300 boleh gunakan menyaring suhu dengan cepat. Jika ada 1000 pelajar pun tak ada masalah. Mungkin pihak PIBG boleh keluarkan budget untuk membeli alat ini.
2. Galakkan menggunakan penutup hidung dan mulut bila datang ke sekolah. Selalu basuh tangan dengan air atau sanitizer. Sediakan kemudahan mendapat air minum dengan mudah. Jangan buat latihan jasmani di tempat yang panas.
3. Bila mendapati ada pelajar yang mempunyai suhu yang tinggi, guru boleh hantar ke Pusat Kesihatan Kerajaan untuk pengesahan oleh doktor. Mungkin boleh buat pemeriksaan saringan influenza menggunakan "influenza kit". Dapatkan kebenaran ibubapa.
4. Jika disahkan demam, pelajar diberikan rawatan dan cuti untuk dikurantin. Bagi tarikh pemeriksaan susulan di klinik yang terdekatan dalam tempuh 2 hari.
5. Datang semula dengan cepat ke hospital atau klinik jika ada tanda-tanda yang lebih serius seperti demam kuat, batuk dan selsema tak berhenti, sukar bernafas dan tidak bermaya.
6. Jangan benarkan pelajar demam, selsema dan batuk untuk datang ke sekolah. Ia memoercepatkan kadar jangkitan di kalangan pelajar. Berikan cuti untuk kurantin.
Sekian.
#HealthDrZubaidi
Ads
Ads
Ads