“Jika Rindu Kepada Papa & Mama, Sedekahkan Kami al-Fatihah…” 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Akibat Covid 19!

Share

Kesedihan tentunya akan terus berbekas dihati buat anak-anak yang masih kecil bilamana ibu dan ayah  yang menjadi tempat bergantung selama ini  telah tiada disisi. Keperitan hidup yang dilalui hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Ini sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut;  berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Itulah juga yang terpaksa dilalui oleh dua beradik Mohammad Syahmil Sabiha, 12 dan Nurhaniesya, 8, bilamana ibu dan ayahnya meninggal dunia pada bulan Jun yang lalu akibat dijangkiti Covid-19.

Ini sebagaimana yang dilaporkan di dalam Harian Metro, Hazliza meninggal dunia pada 14 Jun lalu di Hospital Jempol manakala Sabiha pula menghembuskan nafas terakhir pada 28 Jun di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Menurut Mohammad Syahmil Sabiha,”Papa pesan jaga adik dan opah elok-elok. Jika rindu kepada papa dan mama kami diminta sedekahkan al-Fatihah.

Menurutnya lagi , masih terngiang terngiang-ngiang pesanan terakhir bapanya ketika bercakap menerusi telefon sebelum arwah ditidurkan.

Foto : Harian Metro

Katanya, bagi mengubat kerinduan dia dan adiknya akan menatap gambar dan memeluk baju arwah ibu dan bapa.

Dua beradik itu kini tinggal bersama nenek mereka Salmah Abdol, 69, di Felda Palong 7.

Sementara itu, Salmah berkata, dia tidak menyangka kehilangan anak dan menantu dalam masa singkat akibat virus berkenaan.

“Arwah anak, Hazliza dan menantu mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Sabiha juga ada asma.

“Hazliza sebelum itu sudah beberapa kali berulang-alik ke Hospital Jempol kerana menjalani pemeriksaan masalah kandungannya. Beberapa hari selepas pulang ke rumah dia mengalami sesak nafas,” katanya.

Katanya, anaknya kemudian dihantar semula ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

“Berikutan itu dia bersama menantu dan dua cucu turut diarah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum disahkan positif. Kami dibawa ke Pusat Kuarantin Covid-19 (PKRC) Kuala Pilah untuk dikuarantin.

“Bagaimanapun, kesihatan menantu saya semakin merosot dan dihantar ke HTAN bagi rawatan lanjut sebelum ‘ditidurkan’ namun meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua cucunya itu akan dijaga sehingga akhir hayatnya.

Sumber : Harian Metro 

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI  atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club