Kita semua tidak akan pernah tahu bila tiba masanya diuji dengan kehilangan pasangan yang pergi buat selama-lamanya apatah lagi jika ianya secara tiba-tiba. Boleh bingung dan mati akal dibuatnya.
Apa tidaknya insan yang selama ini sentiasa ada untuk kita, sama ada waktu susah mahu pun senang sekelip mata telah tiada menemani.
Perasaan sedih pasti terasa, mungkin bertahun-tahun akan berbekas di hati. Namun hidup ini perlu juga diteruskan. Banyak perkara perlu diuruskan dan dilakukan selepas ketiadaannya.
Contohnya apabila selesai proses pengebumian dan melangsaikan hutang-hutangnya, status harta akan bertukar milik kepada waris namun ia memerlukan waris menjalani beberapa proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran dan pembahagian kepada waris yang layak.
Memahami lagi berkenaan perolehan kuasa dan pentadibiran berkenaan proses menukar nama kenderaan untuk pemilik yang telah meninggal dunia ini, Fadil Mohd Yusof berkongsi di akaun facebooknya. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan.
PROSES TUKAR NAMA KENDERAAN UNTUK PEMILIK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Kita selalu mendengar ada orang menjual kenderaan yang tidak boleh tukar nama disebabkan pemilik meninggal dunia.
Sebenarnya, proses tukar nama boleh dilakukan jika anda telah membuat perkara-perkara berikut:-
1)Selesaikan dahulu proses pusaka simati.
Terdapat 3 tempat yang boleh dimohon (bergantung kepada jumlah harta yang ditinggalkan):-
* Ada masanya ketika bicara pusaka di pejabat tanah atau semasa membuat permohonan mentadbir harta di Mahkamah Tinggi, waris terlupa untuk masukkan kenderaan tersebut sebagai aset simati. Anda perlu mengisi borang untuk ulang bicara di pejabat tanah dan perlu buat permohonan aset tertinggal jika kes anda di mahkamah tinggi.
2)Setelah selesai proses pertama, anda perlu membawa kenderaan tersebut untuk pemeriksaan puspakom. Sekiranya kenderaan dalam keadaan baik, akan lulus ujian puspakom.
Sekiranya terdapat elemen tidak selamat pada kenderaan, puspakom akan memaklumkan kepada anda untuk memperbaiki kenderaan tersebut agar selamat digunakan di jalan raya.
Antara sebab biasa kenderaan tidak lulus ujian puspakom apabila melibatkan system brek , mentol-mentol @ tayar kenderaan.
Jalan termudah, boleh lantik agen untuk uruskan kenderaan anda untuk pemeriksaan di puspakom.
3)Setelah mendapat kelulusan daripada Puspakom, anda perlu membeli insurans ke atas nama pemilik baharu.
4) Pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan. Saya nasihatkan pergi sendiri dan bawa segala dokumen berkaitan.
Bawa dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:-
ianya akan terus dimasukkan ke dalam sistem).
5) Proses selesai. Anda sudah boleh gunakan kenderaan tersebut di jalan raya.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Fadil Mohd Yusof
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club