
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
PANDUAN CARI PASANGAN DARI USTAZ KAZIM
Sesiapa yang belum kahwin, kasi hadam betul-betul…Sedutan dari rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro
Posted by The Rohani on Monday, 3 September 2018
Sumber: FB The Rohani
Berjaya Transform Bilik Guru Jadi Lebih Modern Kontemporari & Hipster Hanya Bajet RM1200, DIY Dalam Masa 10 Hari. Para Pendidik Ini Dapat Pujian Warganet.

Siapa sangka, bilik guru yang dulunya biasa-biasanya tetapi setelah di transformasi menjadi sebuah sebuah bilik hipster, kontemporari dan modern.
Umum sedia maklum sesi persekolahan yang sepatutnya bermula hari ini, 20 Januari secara bersemuka telah tertunda ekoran peningkatan kes Covid-19.
Namun begitu, tempoh ini tidak menjadi halangan buat guru-guru untuk memastikan sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa mengikut jadual waktu belajar.
Oleh itu, demi merelasasikan mood pengajaran buat guru lebih ceria dan agresif, para pendidikan di sebuah sekolah di negeri Terengganu mengambil iniasitif bagi mencantikkan bilik guru.
Perkongsian oleh guru, Nordin Ismail begitu inspirasi mengenai transformasi bilik guru berkenaan.
Menurutnya makeover dalam tempoh 10 hari dengan bajet RM1200 hasil sumbangan cikgu-guru yang dilakukan secara DIY. Menarik jom kita lihat. buat guru-guru sekolah lain boleh cuba cara ini, barulah ‘jiwa muda’ untuk mendidik generasi muda hari ini.
“Feeling2” nak ada office cam office CEO syarikat besar cam dalam drama tv yg slalu aku layan.. Konon2 je la. Haha Tapi memandangkan bajet kurang and masa pun terhad…dapat make over bilik guru yg ala2 office CEO pun jadi la kan.
Walaupun sedikit sedih sbb sesi persekolahan tuk sesi 2021 tidak dapat dilaksanakan seperti yg aku harapkan disebabkan pendemic covid 19 yg semakin menggila tetap tak mematahkan semangat aku tuk make over bilik guru aku dan rakan2 guru. Amukan dalam tempoh 10 hari dengan berbekal bajet rm1200 hasil sumbangan cikgu2.
Bilik Guru SK Pak Ba, sebuah sekolah kurang murid (SKM) yg terletak diluar bandar Setiu, Terengganu berjaya di make overkan dari keadaan cam tongkang pecah kepada bilik guru yg berkonsep HIPSTER, KONTEMPORARI, MODERN LOOK dan yg paling penting hampir 100% melakukan DIY sendiri. Nak jimat duit punya pasal. Bila bajet ciput memang memaksa aku tuk lebih berkreativiti.
Dari segi penggunaan warna.. aku lebih berani kali ni dengan menggunakan warna gelap yg tak semua berani nak cuba iaitu warna coklat gelap yg jadi trend jugak la. Penggunaan playwood adalah cara paling tepat, cepat dan mudah tuk melaksanakan projek DIY yang memberikan impak besar kepada proses deko bilik guru kali ni. Tak hipster lagi tak tau la.
Susunan perabot dan penyelarasan ruang jugak penting memandangkan bilik guru kami agak kecil tp nak diadakan macam2 ruang seperti ngeteh corner, ruang pantry dan ruang ict. Hope..menjadi la kali ni. Setelah berbelas tahun akhirnya Bilik Guru SK Pak Ba akhirnya bertukar wajah pada Tahun 2021.
Aku sangat berterima kasih kat Guru Besar yang kacak lagi bergaya Ustaz Ghani Ali dan rakan2 guru yg sangat memberikan sokongan, kerjasama, kepercayaan dan sumbangan kewangan tuk menjayakan projek makeover bilik guru kite.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat individu belakang tabir yg banyak membantu aku tuk merealisasikan idea menjadi satu kenyataan iaitu Pengawal keselamatan sekolah Ku Luqman dan Saifol Mizan, akak kerani Kak Yah Zamaliah AbdWahab, Tukang kebun Mohd Rizal Mohd Rizal, akak clear kak dah Junaidah Junaidah dan bekas murid sk pak ba Hamdi Yaacob .
Semoga dapat memberikan sedikit idea dan inspirasi buat rakan2 diluar sana if terdetik nak deco bilik guru sekolah masing2. Lain padang lain belalang.. lain orang lain citarasa.
DIY YANG HEBAT!

RUANG KERJA PARA GURU

KEMAS SUSUN ATUR RAK PENGAJARAN

RUANG REHAT




Ruang keseluruhan PAK BA PANTRY
Wow hebat kan! Boleh buat di sekolah lain. Apa yang penting kena ada kerjasama.
Sumber: Nordin Ismail
Keluarkan Duit Tabung Haji Pada Hari Cuti, Ni Caranya!

Secara umumnya kita menyimpan duit di Tabung Haji untuk digunakan bagi menunaikan ibadah haji.
Lantaran itu seboleh-bolehnya, wang yang terkumpul tidak mahu dikeluarkan, biarlah dari masa ke semasa jumlahnya meningkat.
Pun begitu, sebagai manusia kita hanya merancang. Kita tidak tahu ada kalanya urgent hendak pakai duit dan kebetulan pula pada hari cuti.
Jadi bagaimana caranya? Tabung Haji sah-sah tiada kad.
Melalui perkongsian Fazliana Jamil ini diharap dapat membantu.
Meh saya kongsikan sedikit tips untuk keluarkan duit melalui Account Tabung Haji. Waktu cuti pun boleh. Nak simpan duit, keluarkan duit, semak baki Account or nak daftar Haji pun boleh.
Mula-mula anda kena pastikan dulu Account Tabung Haji anda telah dihubungkan dengan Account Maybank anda.
Yang tu mudah sahaja hanya pergi ATM ikut sahaja arahan di skrin mesin ATM.
1. Masukkan kad ATM dan masukkan nombor pin.
2. Pilih Daftar Akaun TH ke ATM Kad.
3. Masukkan Nombor Account Tabung Haji anda.
Dah register di mesin ATM baru follow steps ni. Masa ni boleh dah standby kunci motor nak pergi cucuk duit kat ATM.
Ikuti penerangan di setiap gambar kat bawah.
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
LANGKAH 5
LANGKAH 6
Sumber: Fazliana Jamil
Guna 5 Bahan Ini Rawat Bibir Hitam Supaya Kembali Merah Bak Delima

Bibir merah bak delima itu yang menjadi idaman setiap wanita. Nak bibir sihat dan merah merona, kena lebih perhatian memandangkan ia sangat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi. Lebih-lebih lagi jika anda jenis bermasalah kulit mengelupas. Elakkan mengopek kulit bibir jika tidak mahu terkoyak atau terluka.
Ini cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif. Hanya gunakan bahan-bahan semula jadi sahaja:
Serum Lemon Madu
Anda hanya perlukan satu sudu makan air perahan lemon dan madu yang dicampur dan dioles merata di bibir.
Lemon akan mencerahkan pigmen bibir dan madu akan menutrisi bibir dan melembapkan sehingga bibir kelihatan merah alami..
Topeng Buah Beet
Buah beet juga boleh mengembalikan warna semula jadi bibir. Caranya sangat mudah, hanya potong nipis ataupun haluskan beet dan oles merata di bibir.
Biarkan hingga kering dan bilas, Lakukan rutin setiap hari agar warna bibir kembali cerah.
Minyak Badam
Cukup ambil satu titis minyak badam dan oles merata di bibir. Lakukan rutin setiap kali tidur. Bukan hanya akan mencerahkan bibir malah minyak badam tersebut akan melembabkan secara semula jadi.
Jus Timun
Ambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Skrub Kunyit
Ambil 1 sudu teh serbuk kunyit (haluskan 1 ruas kunyit) campur dengan 1 sudu teh tepung sehingga jadi pes. Sapu dan biarkan sehingga kering.
Kemudian urut dan skrub merata bahagian bibir untuk mengangkat sel-sel mati supaya bibir lebih bersih dan cerah.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan.
Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, masker ini sesuai dipraktikkan. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Bahan-bahan:
30 gram gula tebu organik (dikisar)
10 ml ekstrak prun
5 ml madu
5 ml minyak zaitun
0.5 ml minyak vitamin E
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau sebati.
Ambil sedikit sahaja menggunakan jari dan ratakan pada bibir.
Urut perlahan pada bibir dalam turutan membulat selama satu hingga dua minit
Kemudian bersihkan dengan tuala yang telah dibasahkan.
Simpan lebihan skrub dalam bekas yang sesuai.
Tip:
- Skrub ini boleh digunakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan (jika dibuka bekasnya) dan jika tidak dibuka ia boleh digunakan dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.
- Fungsi madu adalah untuk memerahkan kembali bibir manakala prun pula berfungsi untuk merawat bibir pecah.
- Selain prun, ia boleh digantikan dengan delima. Delima berfungsi untuk memerahkan kembali bibir.