Jika Nak Bersedekah Utamakan Ahli Keluarga Dahulu. Ustaz Ini Beri Penjelasan. Ambil Peduli Hal Ini.

Share

Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah. Sebab itu, bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan kita hari ini, sedekah adalah jalan penyelesaiannya. Secara logiknya, apabila berada dalam kekurangan, pasti kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu.

Namun, amalan bersedekah kerana Allah SWT memang digalakkan, tetapi adalah lebih baik jika pemberian itu diberikan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang sangat memerlukan bantuan kita. Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selanjutnya ikuti penjelasan Ustaz ini, Khairul Anuar Basri mengenai muliakan ahli keluarga untuk bersedekah.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Pagi ni saya nak share 1 ilmu mahal yang mungkin orang tahu dan mungkin orang tahu.

Kalau kita bagi sedekah, inilah turutan priority yang perlu kita. Siapa yang perlu kita dahulukan, siapa yang perlu kita kemudiankan.

Semua ni Allah sebutkan dengan jelas dalam Surah Al-Baqarah, ayat 215.

1. Kedua ibu bapa.

2. Saudara mara yang dekat.

3. Anak-anak yatim.

4. Orang-orang miskin.

5. Orang yang dalam perjalanan.

Kadang-kadang kita terlepas pandang terutamanya kepada kedua-dua ibu bapa dan saudara mara kita yang dekat.

Kita cari la yang jauh-jauh nak bagi sedekah. Sedangkan yang dekat-dekat dengan kita tu pun bukan semuanya senang dan berduit.

Tentang ibu bapa dan saudara-mara yang dekat tu pun ada Rasulullah SAW jelaskan siapa mereka menurut turutan.

1. Ibu.

2. Bapa.

3. Adik beradik perempuan.

4. Adik beradik lelaki.

5. Selain daripada mereka mengikut jarak hubungan kekeluargaan daripada yang dekat kepada yang semakin jauh.

Ini panduan yang Allah SWT dan Rasulullah SAW gariskan. Tak salah kalau kita nak langkau, tapi hilanglah pahala keutamaan.

Saya yakin kalau kita selesaikan yang mengikut turutan ini, kita akan mendapat keberkatan yang lebih dari Allah SWT.

Sumber: Khairul Anuar Basri