Jika hendak menyambut hari raya biasanya, kita akan membuat pelbagai persiapan termasuk mencuci barang kemas agar kelihatan baru dan berkilat. Biasanya jika pergi ke kedai pastinya akan dikena upah cuci barang kemas. Oleh sebab itu, ramai yang akan membuatnya setahun sekali.
Tetapi dengan petua yang dikongsi oleh puan Lyza Norliza memberikan panduan yang amat berguna untuk dipraktikkan.Tak perlu tunggu hari raya. Boleh cuci bila-cila masa. Confirm nampak baru dan bersinar. Boleh lah kita berjimat cermat.
MUDAHNYA CUCI BARANG KEMAS
Malam ni nak kongsi sikit macam mana nak cuci barang kemas. Tak payah susah-susah nak pergi ke kedai emas nak cuci barang kemas. Petua ini sudah lama saya guna dan tak pernah sekali pun pergi cuci barang kemas di kedai. Jimat duit + tak risau mereka kikis emas kita semasa ‘proses mencuci emas’.
Caranya mudah, hanya dengan menggunakan cecair pencuci Sunlight dan berus gigi sahaja. Nak guna asam jawa pun boleh juga.
Pertama, rendam dulu dengan air suam dan tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada emas anda.
Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah terkangkang itu sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.
Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.
WOW NAMPAK BARU!
Selamat mencuba!
Sumber: Lyza Norliza via My Media Hub