Setiap ibu bapa inginkan anak yang pintar dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Oleh itu, anak memerlukan sokongan ibu bapa untuk mendapat otak yang cergas dan badan sihat.Menurut pendapat daripada Prof Dr Bustam Kamri, Dekan Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, terdapat beberapa panduan yang mudah yang boleh menjadi pencetus kepada pintaran anak. Anak kita bukan semulajadi cerdikpun boleh jadi pintar jika betul asuhannya.

Ikuti penjelasan pakar ini yang moga bermanfaat kepada anak-anak.

____________________________________________________________________

Untuk itu, anak tahun-tahun pertama dalam kehidupan anak-anak adalah tempoh yang penting kerana ketika ini mereka melalui fasa perkembangan otak yang cukup pesat. Justeru, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk perkembangan anak-anak mereka itu dengan mengetahui apakah rangsangan’ yang paling sesuai diberikan bagi mengoptimumkan perkembangan minda si kecil.

Jika Nak Anak Pintar, Ibu Ayah Jangan Abaikan 8 Perkara Ini! Ikuti Penjelasan Pakar Ini

1.Menggalakkan anak suka  buku cerita

Anak memang suka mendengar cerita. Dengan membaca buku cerita, anak dapat mengetahui pelbagai kisah teladan termasuk menambah pembendaharaan kata. Menurut pakar pendidikan, Dr. Rosmarie Truglio, membaca dapat membuatkan anak mencintai buku , menambah pembendaharaan dan  kosa katanya.

2.Bermain cara yang betul

Memang benar anak suka bermain dengan pelbagai permainan dan ia adalah proses pembelajaran buatnya. Namun ada kalanya ia perlu di bawah pengawasan ibu bapa supata mempercepatkan proses pembelajaran pada anak. Menurut Mengikut pandangan Dr. Jean Ashton dari Sydney University, potensi sosial anak semakin berkembang, dapat  mengenali  kemampuannya, bakatnya, minatnya dan keperluan emosinya semasa bermain.

3.Mengikuti kelas muzik

Ads

Jika Nak Anak Pintar, Ibu Ayah Jangan Abaikan 8 Perkara Ini! Ikuti Penjelasan Pakar Ini

Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh membawa anak mengikuti kelas muzik.  Hasil penelitian di Toronto University menyatakan bahawa anak yang belajar muzik dapat mengunakan otaknya kanannya dengan baik untuk pembelajarannya. Malah kajian di sebuah university di Perancis ada menyatakan dengan latihan muzik selama 6 bulan boleh memberikan pengasruh pada kemampuan kognitif anak anda. Malah dengan bermain muzik, kemampuan membaca anak juga meningkat.

4.Kekal sihat dengan sarapan pagi

Jika Nak Anak Pintar, Ibu Ayah Jangan Abaikan 8 Perkara Ini! Ikuti Penjelasan Pakar Ini

Para ilmuan dari University of IIinois  daripada kajiannya mendapati bahawa ada kaitan dengan kesihatan  dengan prestasi anak di sekolah. Ajak anak untuk bersukan dan memberikan makanan yang sihat dan gizi yang seimbang. Jadikan juga sarapan pagi sebagai keperluan yang wajib sebelum anak ke tadika. Hanya  minum segelas susu bersama kurma atau bijirin dapat memberikan tenaga anak untuk belajar dengan baik. Kajian di Ulm University, Jerman membuktikan anak  yang sarapan pada waktu pagi memiliki memori yang lebih baik  berbanding anak yang tidak sarapan pagi.

5.Elakkan makanan ringan

Ramai yang tahu bahawa makanan ringan atau junk food  mempunyai kandungan gula  dan lemak yang tinggi. Pastinya ia tidak sesuai untuk anak di bawah usia  enam tahun. Anda harus memberikan sejumlah zat besi untuk membantu pertumbuhan otaknya. Di samping itu, sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anak anda.

Ads

6.Asuh anak yang bertanya

Kajian pendidikan awal kanak-kanak mendapati bahawa anak yang  rajin bertanya dikatakan anak yang cerdas. Oleh itu, anda harus menggalakan anak untuk mempunyai sikap ingin tahu. Bertanya dapat menyelesaikan masalah yang ingin diterokai mengikut perkembangan kanak-kanak. Memahami persekitaran terdekat dengan lebih mendalam. Anak yang rajin bertanya dan mendapat penjelasan akan dapat menguasai kefahaman.

7.Permainan menguji minda

Terdapat pelbagai jenis permainan yang berunsurkan pendidikan. Ia adalah proses untuk anak  belajar melalui pengalaman yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan. Ibu bapa mestilah bijak memilih jenis permainan yang sesuai untuk anak-anak. Pastikan barang mainan ada unsur pendidikan dalam perkembangan kanak-kanak. Permainan ini termasuk cantuman gambar, puzzle, blok warna warni dan ikatan pada papan kasut.

8.Had menonton televisyen

Jangan membiarkan anak menonton televisyen dalam tempoh yang lama. Ia  bukan sahaja membuatkan anak obes atau bersikap malas,  malah pengasruh negatif akan menyerap dalam diri anak anda. Menurut ahki psikologi, seeloknya dua jam sahaja  menonton televisyen buat anak.

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI