Jika Nak Anak Ada Kasih Sayang, Bahagiakan Anak Itu Dulu. Barulah Adik Beradik Baik-Baik Ajer.

Share

Sebenarnya nak mendidik anak ini memang mencabar. Jika salah didik, anak akan menjadi seorang yang berperwatakan tidak mempunyai budi pekerti yang baik.

Hakikatnya untuk mempunyai anak yang baik, salah satunya dalam diri mereka perlu ada saling menyayangi antara satu sama lain.

Jadi, asasnya adalah kasih sayang ibu bapa itu kepada anaknya. Dengan ini secara tidak langsung membentuk kendiri yang baik untuk anak itu.

Begitulah perkongsian oleh Dr Taufiq Razif di facebook miliknya.

Ikuti perkongsiannya 

” Anak suka pukul orang kalau dalam dirinya tak penuh “

Sebelum solat isyak tadi saya sempat We Time dengan bidadari saya. Sambil pegang tangan dia saya akan tanya bermacam macam soalan tentang aktiviti seharian dia dengan anak anak.

Sambil sambil tu dia ada kongsi teknik dan formula yang dia sendiri amalkan untuk handle anak anak yang suka pukul dan gaduh dengan orang lain.

Bidadari saya ni suka jaga anak anak yang umur 6 tahun ke bawah. Anak anak jiran pun kadang dia tolong jagakan.

Memang kadang tu mereka akan bergaduh dan saling memukul.

” Nabilah perasan bila kita banyak peluk anak anak ni jadi kurang pukul dan gaduh dengan orang lain. Untuk memberi dan berkongsi mereka kena penuh dulu “

Jika kita nak anak kita beri kasih sayang, mereka kena ada kasih sayang dulu. Biar dada dan hati mereka penuh dengan kasih sayang, barulah mereka boleh bagi kasih sayang tu pada kawan kawan dan adik beradik mereka.

Jika dalam hati anak kosong, lesu dan kurang kasih sayang maka mereka akan pancarkan benda tu pada adik beradik dan kawan kawan mereka. Mulalah mereka jadi ganas, suka pukul dan suka merampas.

Jadi betullah pegangan saya selama ni tentang satu ayat ni ” You can’t give what you don’t have”

TAK PERLU MARAH ANAK TAPI PELUK DAN PEGANG TANGANYA

Kadang kita tak perlu marah anak balik pun kalau mereka terbuat silap.

Ada masanya kita cuma kena pegang tangan mereka, sayang mereka dan peluk mereka ketat ketat tanpa perlu berkata kata apa apa pun kerana love needs no words as it is the universal language from the heart “

Bahagiakan anakmu dahulu

Sumber: Taufiq Razif

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club