“Jika Masih Hidup, Umurnya Sudah 42 tahun.” 23 Tahun Pemergian Arwah Along Spoon, Kronologi Kisah Tragis Ini Meruntun Jiwa

Share

“Jika Masih Hidup, Umurnya Sudah 42 tahun.” 23 Tahun Pemergian Arwah Along Spoon, Kronologi Kisah Tragis Ini Meruntun Jiwa

Untuk melupakan sesuatu perkara bukan sesuatu yang mudah. Lebih lagi apabila kehilangan orang tersayang.

Bagi ibu bapa pula, pemergian anak tersayang sudah tentu menjadi duka yang tiada penghujungnya.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh pergi menemui Ilahi. Lebih menyedihkan apabila pemergiannya dengan cara yang sungguh tragis

Namun sebagai hamba-Nya, kita harus tahu bahawa tidak ada satu pun di atas muka bumi ini yang kekal abadi.

Ini kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita.

Firman Allah di dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 8: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu ingin larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”

 

TAHUN KE 23 ALONG SPOON MENINGGAL DUNIA

Sesungguhnya kematian itu dekat dengan kita. Mengimbau kisah pembunuhan kejam Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie membuatkan ramai yang meruntun jiwa.

Vokalis kumpulan Spoon yang ketika itu popular dengan lagu “Rindu Serindu Rindunya”, tak dinafikan ini antara lagu yang paling hit ketika itu. Bagi yang lahir dan membesar pada era 80 dan 90an, pasti kenal dengan kumpulan ini.

Kes ini mengambil masa 10 tahun untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Along, keputusan mahkamah akhirnya menetapkan suspek yang juga seorang anggota polis itu menerima hukuman gantung sampai mati.

Antara lirik lagu Rindu Serindu-rindunya – Spoon

Rindu … rindu serindu rindunya

Namun engkau tak mengerti oh…oh

Pilu … pilu sepilu pilunya

Namun engkau tak perduli

Malu … semalu malunya

Namun apa daya orang tak sudi

Mahu … semahu mahunya

Namun apa daya orang dah benci

 

“Jika masih hidup, umurnya sudah 42 tahun. Banyak kenangan yang tidak bisa ku lupakan bersama Along. Seorang insan yang sangat baik hati dan hormat orang tua. Tiap kali bertemu Along akan mencium tanganku tanda hormat. Walau umur begitu berbeda tapi aku amat senang sekali mempunyai teman seperti ini. Semoga tenang di Sana. Al Fatihah buatmu Along. Airmata ku terus menitis ketika ini…. Ya Allah Kau tempatkan Along bersama orang beriman dan para anbiya’.”- Pakcu Azhar Omar

Kepada yang belum pernah mengikuti kejadian itu, menerusi perkongsian seorang peguam , Sir Kamarul menceritakan kejadian pembunuhan tersebut.

5 Disember 1999, Along (mangsa) telah menaiki sebuah teksi bersama seorang anggota polis Lans Koperal Mohamed Ya’cob (suspek) menuju ke sebuah kawasan sunyi di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembila

Arwah Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam, dia dibunuh di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Foto – Harian Metro
“Mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu”, ujar suspek.
KRONOLOGI PEMBUNUHAN ALONG SPOON
1. 25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
2. 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
3. 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
4. 19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
5. 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
6. 29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
7. 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh

 

Sumber: Sir Kamarul  & Kelab Peminat Along SPOON

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club