“Jika Masih Hidup, Umurnya Sudah 42 tahun.” 23 Tahun Pemergian Arwah Along Spoon, Kronologi Kisah Tragis Ini Meruntun Jiwa
Untuk melupakan sesuatu perkara bukan sesuatu yang mudah. Lebih lagi apabila kehilangan orang tersayang.
Bagi ibu bapa pula, pemergian anak tersayang sudah tentu menjadi duka yang tiada penghujungnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh pergi menemui Ilahi. Lebih menyedihkan apabila pemergiannya dengan cara yang sungguh tragis
Namun sebagai hamba-Nya, kita harus tahu bahawa tidak ada satu pun di atas muka bumi ini yang kekal abadi.
Ini kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita.
Firman Allah di dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 8: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu ingin larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”
TAHUN KE 23 ALONG SPOON MENINGGAL DUNIA
Sesungguhnya kematian itu dekat dengan kita. Mengimbau kisah pembunuhan kejam Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie membuatkan ramai yang meruntun jiwa.
Ads
Vokalis kumpulan Spoon yang ketika itu popular dengan lagu “Rindu Serindu Rindunya”, tak dinafikan ini antara lagu yang paling hit ketika itu. Bagi yang lahir dan membesar pada era 80 dan 90an, pasti kenal dengan kumpulan ini.
Kes ini mengambil masa 10 tahun untuk menyelesaikan misteri pembunuhan Along, keputusan mahkamah akhirnya menetapkan suspek yang juga seorang anggota polis itu menerima hukuman gantung sampai mati.
Antara lirik lagu Rindu Serindu-rindunya – Spoon
Rindu … rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh…oh
Pilu … pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu … semalu malunya
Ads
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu … semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
“Jika masih hidup, umurnya sudah 42 tahun. Banyak kenangan yang tidak bisa ku lupakan bersama Along. Seorang insan yang sangat baik hati dan hormat orang tua. Tiap kali bertemu Along akan mencium tanganku tanda hormat. Walau umur begitu berbeda tapi aku amat senang sekali mempunyai teman seperti ini. Semoga tenang di Sana. Al Fatihah buatmu Along. Airmata ku terus menitis ketika ini…. Ya Allah Kau tempatkan Along bersama orang beriman dan para anbiya’.”- Pakcu Azhar Omar
Kepada yang belum pernah mengikuti kejadian itu, menerusi perkongsian seorang peguam , Sir Kamarul menceritakan kejadian pembunuhan tersebut.
5 Disember 1999, Along (mangsa) telah menaiki sebuah teksi bersama seorang anggota polis Lans Koperal Mohamed Ya’cob (suspek) menuju ke sebuah kawasan sunyi di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembila
Ads
Arwah Along telah menjadi mangsa pembunuhan kejam, dia dibunuh di lereng bukit Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu Negeri Sembilan. Foto – Harian Metro
“Mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu”, ujar suspek.
KRONOLOGI PEMBUNUHAN ALONG SPOON
1. 25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
2. 6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
3. 7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
4. 19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
5. 10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
6. 29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
7. 2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh
Pelakon Anzalna Nasir menghadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada anak sulungnya, Mohamad Eidrees sempena hari kelimanya.
Menerusi perkongsian video Anzalna di Instagram, ibu cantik jelita ini dilihat melakukan trend meminta Eidrees memilih hadiah serta tempat makan bagi meraikan ulang tahunnya itu.
Paling beruntung, Eidrees memilih pilihan wang RM10,000 yang diberikan ibunya.
“‘Spoiling’ (manjakan) Eidrees pada hari lahirnya. Boleh pula dia ambil semua yang mahal-mahal.
“Segala permintaan anak akan ditunaikan selagi ada rezeki,” kongsinya.
Bukan itu sahaja, bahkan tangan bertuah Eidrees memilih dompet mewah berjenama Versace dan makan di restoran dalam pusat membeli-belah di ibu kota. Memang terbaik.
Raikan anak yatim
Tidak hanya berbelanja untuk meraikan anak sulungnya itu bahkan kata Anzalna, lebihan wang itu juga akan turut disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti kebiasaan dilakukannya setiap kali hari lahir Eidrees.
“Duit lebih membeli-belah kita belanja Rumah Anak Yatim Nur Qaseh sempena hari jadi Eidrees,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna menganggap Eidrees anak yang cukup bertuah kerana dapat merasai pengalaman tersebut sewaktu masih kecil.
Terdahulu, Anzalna mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress, 5 dan Mohamad Emirhan, 2.
Anak kita berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan seribu satu macam karakter dan perangai yang berbeza biarpun dilahirkan dari satu rahim ibu yang sama. Semuanya punya karakter tersendiri.
Berkongsi jenis dan karakter anak, menerusi Webinar Penyusuan Syoknya Susukan Anak yang berlangsung pada Sabtu lalu, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.
Jom ikuti perkongsian daripada beliau.
Kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, samada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik.
Malah dapat memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah. Ini tip yang dikongsikan olehnya.
Tidurkan anak mengikut karakter anak:
Visual
– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur.
Auditory
– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur
Kinestetik
– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur
Reading Writing
– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– cth minum susu seblum tidur
Kita sendiri tidak tahu cara bagaimana pengakhiran hidup kita, namun semua antara kita tentunya mahukan yang terbaik sama ada buat diri kita yang akan ‘pulang’ ke negeri abadi bahkan buat yang ditinggalkan, semahunya kita dipersiapkan sebaik mungkin.
Namun apalah daya bila mana seorang ibu tunggal ini yang juga merupakan pesakit Covid-19, terpaksa melepaskan anak-anaknya yang masih kecil. Kisah pengkahiran hidupnya cukup menyentuh hati, bila mana sebelum menghembuskan nafas terakhir masih sempat memberi pesan kepada anak-anaknya untuk pergi ke rumah anak yatim.
Ini sebagaimana memetik petikan berita yang dikongsikan oleh Astro Awani.
Seorang ibu tunggal di Thailand yang dijangkiti COVID-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas COVID-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif COVID-19, dua anaknya juga turut dijangkiti.
Media tempatan pada Isnin melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Tidak Dapat Rawatan Di Hospital
Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, kemungkinan disebabkan terlalu banyak kes COVID-19 di hospital.
Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini.
Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.
Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan COVID-19 telah kian mencengkam negara ini.
Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.
Pada Selasa, Thailand mencatat 14,150 kes baharu COVID-19 dan 118 kematian, mengumpul jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan sejumlah 171,921 pesakit masih dirawat di hospital dengan 4,284 dalam keadaan kritikal dan 954 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut CCSA kematian melibatkan 64 lelaki dan 54 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun termasuk 115 warga tempatan dan seorang warga Myanmar, Kemboja dan India.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.