
Baking soda bukan sekadar berfungsi dalam masakan terutama dalam membuat kek, sebaliknya ia juga boleh membantu dalam mencuci kotoran. Tak percaya? Jom semak tip ini.
Untuk hilangkan segala macam kotoran kat mangkuk tandas dan tangki tandas,bahan yang diperlukan:
1. Cuka
2. Baking soda
Cara pertama:
• Panaskan segelas cuka 40 ° C, dan kemudian campurkannya dengan soda (iodin).
• Guna 200 gram (7 oz) cuka, dan 1 sudu soda.
• Tuangkan campuran tersebut ke dalam tangki tandas selama beberapa jam. Lebih elok biarkan semalaman.
• Untuk hasil yang lebih puas, buat la beberapa kali.
Cara kedua:
• Kosongkan tangki air, dan tutup pili air.
• Lap permukaan dalaman tangki dengan kain kering, dan tuang kain yang dah dibasahkan dengan cuka dan sapu di kawasan yang kotor.
• Selepas 2-6 jam, anda boleh membersihkan kotoran dengan pengikis (bukan logam).
Resipi Buat Bunga Sabun, Wanita Ni Kongsikan Tanpa Rahsia. Memang Menjadi!

Memikirkan cara bagaimana untuk menambah sumber pendapatan jika anda seorang yang kreatif menggubah dan menghasilkan pelbagai jenis bunga hiasan, apa kata pelbagaikan lagi kemahiran anda dengan mengetahui cara untuk membuat adunan bunga sabun.
Diakui bunga sabun bukan sahaja nampak cantik malah berbau wangi dan bila diletakan sebagai penyeri ruang, turut berfungsi sebagai pewangi udara. Pasti ramai menyukainya!
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi untuk hasilkan adunan bunga sabun daripada Hamidah Uda Ahmad. Selamat mencuba!
cexdah nak share resepi doh sabun yang cexdah baru cuba petang tadi.. sesiapa yang teringin nak cuba buat bunga sabun boleh ambik resepi cexdah ni.. cexdah halalkan..
Tak sangka resepi ni simple aje tapi best sangat, doh nya lembut senang nak bentukkan kelopak , tak melekat.. memang best tau..
cexdah Google jer resepi ni kat youtube.. korang jangan susah-susah lagi nak cari resepi kat tempat lain, cexdah kesian kat kawan-kawan yang tak ada duit nak beli resepi.. ada yang jual agak mahal juga, so ambik jer resepi cexdah:
Bahan-bahannya
seketul sabun disagat
1/4 cawan air,
1/3 cawan gam latex
1 sudu baby oil
1 sudu cuka
1 cawan tepung jagung
sedikit veselin
Cara buat :
1. Sagat seketul sabun
2. Kacau sabun dengan air sebentar .. panaskan atas api yg kecil., masukkan cuka dan baby oil dan kacau hingga sabun hancur.
3. Setelah sabun cair masukkan gam.. kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung dan terus tutup api , kacau hingga tepung sebati dengan bancuhan gam tadi.
5. Keluarkan bancuhan dari kuali dan uli di dalam bekas lain dan kalau lembik tambah tepung lagi., lumurkan tangan dengan veselin supaya tak melekat.
6. Wrapping dengan plastik dan simpan dalam bekas kedap udara.. lepas 2-3 jam dah boleh buat bunga.
Sumber : hamidah uda ahmad
“Cuti Sebulan Jaga & Teman U Berpantang.” Aidil Luah Rasa Syukur Fasha Sandha Selamat Melahirkan Bayi Perempuan!

Semalam Aidil Aziz memuat naik sekeping gambar isterinya yang juga pelakon terkenal, Fasha Sandha dimasukkan ke wad bersalin.
Hari ini, dia berkongsi berita gembira apabila isteri kesayangannya itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya sebentar tadi berserta sekeping gambar bayi comel mereka.
Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah di atas rezeki ini.
Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.

Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..Aminn
.
#newborn #leogirl #samamacamayah
View this post on InstagramA post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on
View this post on InstagramA post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on
Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 November tahun lalu. Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk Fasha.
Bintang Anak Halal itu pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemaima.
Tip Berkesan Cuci Cermin, Bersih Berkilat Dengan Cara Yang Simple.

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selain sibukkan diri dengan amalan ibadah seperti solat terawih, biasanya minggu-minggu terakhir bulan Ramadan akan digunakan untuk mengemas dan membersihkan kawasan rumah terutamanya di bahagian ruang tamu dan ruang makan.
Salah satu ruang yang penting adalah tingkap dan cemin kaca untuk mewujudkan ruang pengudaraan dan pencahayaan rumah yang baik. Namun wujud masalah apabila pintu dan tingkap kaca kotor akibat daripada kesan titisan hujan dan debu halus yang melekat. Secara tidak langsung anda pasti akan melakukan pembersihan cermin dan pintu kaca secara rutin untuk memastikan ia sentiasa berkilat dan bersih.
Sudah tentu kita mahu cermin kembali berkilat dan bersih. Ikuti tip berikut.
Surat khabar lama
Ambil surat khabar lama. Celupkan dalam air. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit. Kemuaian lapkan pada cermin tingkap. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Tepung Jagung
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebut ke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
Cuka
Cuka adalah merupakan bahan pelbagai guna yang sangat berguna. Sangat berguna sebagai bahan dalam resepi masakan dan begitu juga buat cermin yang kita nak basuh. Hanya dengan campuran separuh air dan separuh cuka sudah cukup untuk digunakan pada cermin. Cuma ianya disarankan untuk kegunaan cermin luar kerana selepas cucian ianya akan meninggalkan sedikit bau.
Ubat gigi
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Sumber: Rosie Zam & abahbz.blogspot.com